View Single Post
  #4 (permalink)  
Old 07-20-2008, 10:29 AM
johari's Avatar
johari johari is offline
WC Premium
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 481
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Default

Salam.....tuan tanah saya 200% setuju dengan pandangan awak dalam website tu seperti yang awak nyatakan dibawah>>>

Islam tidak menghalang umatnya mencari kekayaan selagi ianya tidak mengabai tanggunjawabnya sebagai seorang muslim bahkan amat menggalakan umat Islam mencari harta kekayaan di dunia.

Ini kerana jika anda benar-benar faham akan konsep sebenar kekayaan dalam Islam, anda pasti lebih terbuka dalam soal ini.

Kekayaan perlu bahkan amat perlu untuk diusahakan oleh setiap umat Islam.

Dengan harta kekayaan yang ada, umat Islam dapat membangunkan ekonomi Islam dan menjalankannya menurut tuntutan muamalat .

Ramai juga yang terlupa bahawa harta kekayaan yang kita perolehi di dunia ini sebenarnya masih boleh kita bawa sehingga ke kubur walaupun jasad kita sudah tiada dimamah tanah, bahkan hingga ke akhirat juga seandainya kita gunakannya untuk kebaikan seperti zakat, sedekah, atau pun wakaf ke jalan yang diredhai oleh ALLAH s.w.t.

Sederhana yang dimaksudkan dalam Islam adalah apabila seseoarng itu memiliki kekayaan di dunia ini, mereka hendaklah menguruskannya dengan penuh kesederhanaan untuk kehidupan dan keperluan diri dan keluarganya


Reply With Quote