Bagaimana Pheromone Berfungsi?
Suatu ketika dahulu, saintis tahun 1703 telah temui organ dalam hidung mamalia dipanggil organ veromenasal atau VNO. Organ ini diguna untuk mengesan kehadiran pheromones dan didapati ianya satu evolusi manusia.

Bagaimanapun sejak 35 tahun kebelakangan ini, saintis menemukan bahawa organ VNO mengesan kehadiran pheromones manusia. Malahan, otak dapat mengimbasnya dan kajian anthropologi membuktikan setiap masa.
Ia mengambil masa yang agak lama, sebelum benar-benar dapat mengenal pasti, sel hormon pheromones yang manakah dapat memberikan kesan yang tepat terhadap wanita. Setelah kajian dijalankan, saintis mendapati bahawa pheromones yang memberikan kesan tersebut adalah dari jenis (
5-Alpha-Androst-16-En-3-One) iaitu Androstenone.
Pheromones andrestenone dikesan oleh VNO pada wanita dan menguat rangsangan seksual. Tarikan dari segi seksual memang jelas ketara. Lebih dari 70% orang yang mengambil bahagian dalam ujikaji pheromones androstenone sepanjang tahun melaporkan, peningkatan dari segi sentuhan, ciuman dan hubungan kelamin.
Ia juga menunjukkan, bahawa bau androstenone pheromones meningkatkan rangsangan terhadap wanita untuk memilih pasangan bagi dirinya, berpandukan bau tersebut.