View Single Post
  #3 (permalink)  
Old 08-02-2006, 02:35 AM
entrepreneur entrepreneur is offline
New Member
 
Join Date: Jul 2006
Posts: 46
entrepreneur
Send a message via Yahoo to entrepreneur
iTrader: (2)
Default Kalau Tak Taja Memang Tak Dapat Apa-Apa

Assalamualaikum..

Terima kasih atas pertanyaan saudara…

Sebelum saya mulakan dengan pelan pemasaran, elok kiranya saya perjelaskan tentang produk HUBB Marketing, Harga Ahli, Harga Jual & Point Value (PV). Produk-produknya ialah:

1. Khairat kematian bernilai RM 2000 dengan caruman RM 20.00 Setahun. Ianya bertujuan membantu meringankan beban ahli keluarga ahli / usahawan MLM HUBB Marketing. RM 2000 Cover Ahli, Isteri-isteri & Anak-anak. Jika suami, meninggal isteri dan anak-anak dapat RM 2000, Jika isteri meninggal suami & anak-anak dapat, jika anak-anak meninggal suami / isteri dapat RM 2000. Tiada PV

2. Kolostrum Madu- Harga Ahli RM 110.00 (Semasa pendaftaran ahli), RM 100.00 (Semasa Menjadi Ahli & Merupakan Harga Promosi). Harga Jual RM 135. PV 50
Kandungan Sekotak 30 Paket / Sachet. Satu paket beratnya 1500mg / 15g. Kandungan IgG bagi setiap paket 750mg, tepung susu 550mg (anggaran) & Ektrak Madu 200mg. Ini menjadikan Kolostrum Madu keluaran HUBB adalah yang termurah (bagi perniagaan MLM, kandungan IgG yang tinggi & mempunyai ektrak madu). Kolostrum ini mendapat pengesahan halal daripada JAKIM & New Zealand Islamic Meat Management. GMP Certified.

3. Minyak Kelapa Dara “Sri Dara”, Harga Ahli RM 35.00, Harga Jual RM 45.00, PV 15. Kandungan bersih 120ml. Diproses menggunakan Bio Teknologi.

4. Kismis Doa Minjaro (Minda Jasad Rohani), Harga Ahli RM 7.00, Harga Jual RM 10.00 (Sama Harga Dengan Harga Pasaran Trading – Kismis Doa Ustaz Ismail Kamus), PV 2. Berat Bersih 250mg.


5. Apro-Dik 360 – Kapsul Tongkat Ali, Harga Ahli RM 50.00, Harga Jual RM 60.00 PV 25.00

6. Trim Met – Campuran spirulina, lactos, soy lechitin, garcinia cambogia, psyllium husk & soy protein untuk mengurangkan berat badan. Sekotak 20 paket-20mg, Harga Ahli RM 100, Harga Jual RM 125.00. PV 25

7. Bodi Klenz-Fiber pembersih perut mengandungi Hawthorn Berries, Senna & FOS untuk membuang kotoran dalam perut. Harga Ahli RM 100.00 Jual RM 125.00. PV 25. Sekotak 20 paket-20gm


Sekarang cerita tentang cara menjadi ahli.

Pakej Biasa : Yuran Keahlian RM 35.00 Sekali Seumur Hidup
Khairat RM 20.00 Setahun
Jumlah Bayaran : RM 55.00



Pakej Penuh : Yuran Keahlian RM 35.00 Sekali Seumur Hidup
Khairat RM 20.00 Setahun
Kombinasi Produk Bernilai RM 145.00 (Cth Sekotak Kolostrum Madu & Minyak
Kelapa Dara / 5 Botol Kismis Doa Minjaro)
Jumlah Bayaran : RM 200
Keuntungan : Dapat PV 100 walaupun jika dihitung sebenarnya PV kombinasi produk tadi adalah
65 PV / 60 PV


So sekarang cerita pasal Plan Pemasaran…

Ada 2 Plan yang dijalankan serentak iaitu Plan A dan Plan B

Plan A atau Plan Penajaan

Bonus Plan A dibayar secara mingguan (pembayaran mengambil masa 2 minggu selepas submit borang ahli baru bagi melepasi ‘tempoh bertenang’)

Bagaimana Plan A berjalan

Katalah anda seorang ahli (tak kiralah anda masuk pakej keahlian mana dan anda mendapat downline (katalah Ali) yang membeli pakej penuh RM 200.00, Syarikat beri anda bonus RM 50.00 Ali dapat produk dan PV 100. Anda dapat PV dari Ali 100 (timbunan)

Kemudian Ali memperkenalkan HUBB kepada Ahmad dan Ahmad menjadi ahli dengan pakej RM 200, Ali dapat RM 50.00, Anda dapat RM 10.00. Ahmad 100 PV, maka PV Anda dan Ali juga bertambah

Katalah Ahmad kemudian mendapat downline Salmah dengan pakej RM 55.00, Anda, Ali dan Ahmad dapat downline sahaja tak dapat bonus tak dapat PV. Katalah kemudian Salmah pada bulan yang sama, mungkin selang 10 hari beli produk nilai 100 PV (Kira-kira RM200), Ahmad dapat RM 50.00, Ali RM 10.00, Anda RM 8.00. Di sini Salmah membayar RM 255.00 (RM 55 + RM 200) untuk PV 100 sedangkan dia juga boleh dapat 100 PV dengan terus daftar pakej RM 200.

Ianya berlanjutan sehinggal downline level 9. Ringkasannya :

Anda
Level 1 RM 50.00
Level 2 RM 10.00
Level 3 RM 8.00
Level 4 RM 6.00
Level 5 RM 4.00
Level 6 RM 3.00
Level 7 RM 3.00
Level 8 RM 3.00
Level 9 RM 3.00

Bagi saya, saya panggil plan ini Plan Jualan Pakej Penuh. Ianya menguntungkan kerana kita dapat percuma 40 PV dan Ianya berbeza dengan pakej penajaan lain kerana harga produk yang ditawarkan adalah munasabah. Jika dibandingkan dengan scam, plan penajaan selalunya mengenakan yuran yang tinggi, harga produk yang tidak munasabah, kena tunggu pair dan pelbagai syarat yang menyeksakan ahli.

Sekarang kita cerita Plan B
Bonus Plan B dibayar sebulan sekali, iaitu selepas ahli submit pembelian untuk repeat buy (biasa org panggil ‘maintain), repeat sale dan jualan kepada bukan ahli. Ianya ditentukan oleh pangkat anda. Bagaimana mendapat pangkat ? melalui pembelian produk, kerana setiap produk yang dibeli mempunyai PV. PV ini akan dikumpul dan memberi pangkat kepada Anda.


Pangkat-pangkatnya:

DISTRIBUTOR 100 PV – 1500 PV 5% DRPD PV
SUPERVISOR 1501 PV – 3000 PV 10%
EXECUTIVE 3001 PV – 4999 PV 15%
MANAGER 5000 PV – KEATAS 20%
DIAMOND (2 ORANG MANAGER) 25%
BLUE DIAMOND (3 ORANG MANAGER) 30%
CROWN DIAMOND (5 ORANG MANAGER) 35%

DENGAN PANGKAT ANDA AKAN DAPAT

1. BONUS PENCAPAIAN KUMPULAN
Contoh 1: Anda adalah distributor, pada bulan Ogos anda membeli produk dan pv nya ialah 200 PV, maka bonus anda ialah 5% dari 200PV = RM 10.00. Anda juga pasti mempunyai Rangkaian / Downline, Jika downline anda juga distributor, bermakna anda tidak dapat overriding kerana 5% - 5% = 0%. Bermakna anda dapat bonus dari pembelian anda sahaja.

Contoh 2: Anda adalah Manager dan pada bulan Ogos anda membeli produk dan pv nya ialah 200 PV, maka bonus anda ialah 20% daripada 200PV = RM 40.00. Kemudia katalah group distributor anda pada bulan ogos membeli produk dan pv nya ialah 1000 PV, maka overidding anda terhadap group distributor adalah 20%-5% = 15%. Bonus dari group distributor adalah 15% x 1000 pv = RM 150.00

Contoh 3: Anda adalah Crown Diamond. Anda akan mendapat overriding dari kumpulan ahli Distributor sebanyak 30% (35% - 5%), Kumpulan Manager 15% (35%-10%), Kumpulan Diamond sebanyak 10% (35%-25%). Jika
Jualan Kumpulan Baru Anda : 1500 PV, Bonus Anda RM 450
Jualan Kumpulan Manager Anda : 8000 PV, Bonus Anda RM 1200
Jualan Kumpulan Diamond Anda : 15000 PV, Bonus Anda RM 1500
JUMLAH : RM 3150

2. BONUS KEMAJUAN
Khusus Untuk Manager Ke Atas. Bayaran Dibayar Mengikut Pangkat

Anda tentu sudah buat perkiraan, bagaimana pula overidding jika kita dan downline kita
sama pangkat ? contoh kita manager downline kita manager. Maka overidding 25%-25%
=0%. Tak dapat bonus overidding la camni..Tapi Anda dapat Bonus Kemajuan iaitu 5%
Bagi Manager Level 1, 4% bagi Manager Level 2, 3 % Bagi manager Level 3 & Manager Level 4. Ringkasan dia

Manager
5% Dari PV Semasa Manager Level 1
4% Dari PV Semasa Manager level 2
3% Dari PV Semasa Manager Level 3
3% Dari PV Semasa Manager Level 4

Katakan 4 Level Group Manager ni PV Semasa Depa 20,000 PV so 15% darip 20,000 PV = RM 3000

Jika Anda Diamond, Anda Akan Dapat 20% Daripada 5 Level Kumpulan Manager Contohnya Jika PV Dari 5 Level = 80,000 PV.Bonus Anda RM 16000

Jika Anda Crown Diamond, Anda Akan Dapat 20% Daripada 7 Level Kumpulan Manager.
Contohnya Jika PV Dari 4 Level = 100,000 PV.Bonus Anda RM 20,000

BONUS-BONUS LAIN

1. BONUS PERKONGSIAN SYARIKAT (10%)
Jika Anda Menjual Hanya 200 PV Sebulan (4 Kotak IGG Sahaja), Anda Akan Menikmati Satu Pegangan Saham 10 % Dari Jualan Syarikat
Cara kiraan : Andaikan Jualan Syarikat Pada Bulan Jun Ialah RM 1 Juta Dan Ada 500 Saham Yang Layak

Maka : 10 % X 1,000,000 = 100,000

100,000 / 500 = RM 200 Sesaham

Ini bermakna jual 4 kotak IGG bonusnya ialah RM 200. TANPA MENGIRA PANGKAT ATAU PRESTASI JUALAN KUMPULAN !!


2. Insentif Crown Diamond
3. Insentif Super Crown Diamond (Pakej Umrah)
4. Insentif Double Crown Diamond (Pakej Ke China, HUBB Ada Cawangan Disana)
5. Insentif Crown Diamond (Pakej Ke Pulau Langkawi)


Bagaimanakah dikatakan Plan A dan Plan B berjalan serentak

Katalah Anda mempunyai downline A, pada bulan ogos anda tak repeat buy, tak buat jualan. A pula maintain dan aktif menaja pakej RM 200.00, (selagi belum cecah level 9, anda dapat bonus penajaan tetapi tidak bonus plan B). A selain dapat bonus plan B (dari ahli yang buat repeat sale), A dapat juga bonus penajaan kerana selain dia maintain dia juga buat penajaan. Jika anda juga buat penajaan anda dapat bonus penajaan dari penajaan anda sendiri.

Katalah anda ada downline A dan Downline B, anda maintain, A dan B juga maintain , maka anda dapat bonus plan B.


Oppss lupa..maintai bulanan hanyalah 100pv = RM 200.00. Biasa saya jual kismis 100 botol. Letak 10 pada 10 buah tadika. Kenapa 100 botol sebab 200pv, dapat bonus perkongsian.

Kalau ada apa-apa pertanyaan, sila la kemukakan...InsyaAllah saya cuba menjawap mengikut apa yang saya tahu dan sedang pelajari...

so berbalik kepada soalan saudara, kalau tak taja tak dapat apa-apa ke? Betul kalau tak taja usahkan Plan A, plan B pun hanya dapat bonus perkongsian dan bonus pencapaian (tak termasuk overidding) sebab takde downline...

Itu ajer...wassalam...

www.mysmartnetwork.com/?id=duitraya2006


Reply With Quote