Produk IM Bulan Nov 08
Wah, pada bulan ini sahaja, bermacam-macam produk baru telah dikeluarkan oleh IM tempatan. Saya kira, ianya suatu perkembangan yang sihat. Berikut adalah beberapa produk terbaru hasil keluaran IM tempatan yang telah dilancarkan pada bulan ini.
1. Niagakit (www.niagakit.com)
Produk terbaru keluaran Team Flarebiz ini adalah merupakan sebuah produk “aplikasi” yang digunakan untuk membina sebuah website ecommrrce (kedai online). Ianya dibangunakan dengan menggunakan sistem wordpress dan telah di “pertingkatkan” sistem dan rekabentuknya menjadi lebih profesional dan sesuai untuk digunakan sebagai sebuah website ecommerce.
Produk ini, dipakejkan sekali dengan nama domain, webhosting, graphic design, manual penggunaan serta khidmat sokongan. Produk niagakit ini adalah amat sesuai bagi mereka yang memerlukan website ecommerce dengan cepat untuk memasarkan produk-produk jualan mereka.
Harga Produk : RM500 (50 pembeli terawal) , RM640 (pembeli seterusnya sehingga 200 orang)
2. Rahsia Jutawan Blog (http://rahsia.jutawanblog.com)
Ini pula adalah produk keluaran saudara Mas Dino a.ka. moneyceo. Pakej Rahsia Jutawan Blog ini merangkumi sebuah ebook panduan blogging secara profesional dan juga video yang menerangkan rahsia membina blog yang profesional. Terdapat pelbagai tips serta rahsia yang luar biasa di kongsikan di dalam produk ini. Semuanya bertujuan untuk membantu anda menjadi seorang blogger yang disegani dan profesional dengan mudah dan singkat.
Harga Produk : RM80 , diskaun untuk ahli Wangcyber RM30 (gunakan kod SWC30) = RM50
3. Panduan SEO Google Cara Inspiration (www.belajar-seo.com)
Saudara Busiai Bin Seman aka Inspiration, menulis ebook panduan ini berdasarkan pengalaman beliau di dalam menguasai teknik SEO. Seperti yang anda sedia maklum, SEO adalah merupakan satu “teknik marketing” yang amat kos efektif di dalam mempromosikan website perniagaan anda. Teknik yang saudara inspiration tunjukkan di dalam ebook ini adalah amat praktikal dan berkesan. Ini terbukti dengan kejayaan beliau memenangi pertandingan-pertandingan seo yang dianjurkan oleh website-website tempatan dan juga antarabangsa.
Harga : RM56
4. Kuasa Blog (www.kuasablog.com)
Sebuah lagi produk yang berkaitan dengan “blog”. Tetapi sedikit unik, produk ini lebih berbentuk teknikal, dimana, ianya adalah sebuah ebook panduan yang menunjukkan, bagaimana anda boleh menukarkan sebuah blog menjadi sebuah artikel direktori, website ecommerce, forum, minisite dan banyak lagi. Ebook ini dihasilkan oleh saudara Khairul, iaiatu seorang webmaster dan juga soft-blogger.
Harga : RM57 (harga promosi terhad)
5. Photoshop Ultimate Collection (www.profitniaga.com/photoshop-ultimate/)
Ini pula adalah merupakan sebuah pakej koleksi grafik. Dimana, did alam pekej ini terdapat koleksi grafik untuk minisite, icon, text, banner, button, ecover, stock photo dan sebagainya yang boleh digunapakai di dalam website anda. Pekej ini dijual oleh saudara mohdjohari.com.
Harga : RM30





waaa…makinbyk produk IM tempatan skang ni…kite ade bermacam2 pilihan sekrang..kena pandai pilih la yg maner terbaik…:)
Selepas ini lebih banyak produk internet akan muncul!
ZAMRI MOHAMAD
Penulis Bebas Sepenuh Masa di Malaysia
http://www.zamrimohamad.com
perkembangan adalah sangat sihat untuk industri IM tempatan…
dan, saya tahu, akhir bulan ini dan seterusnya… akan lebih banyak lagi produk-produk yang akan melimpahi persada industri IM tanahair. tahniah dan syabas!
dengan ini juga, saya mewakili team TriQuality, begitu mantap menggembleng tenaga untuk lebih lagi meriahkan ini semua; dengan servis yang kami sediakan…
http://www.wangcyber.com/forum/wts-pengiklanan-pemasaran/9984-team-triquality-servis-proofreading-review-testimoni.html
oh ya… kini, ia adalah masih lagi PERCUMA! hoh! bukankah indah dunia ini…
semakin lama, IM malaysia semakin menunjukkan kredibiliti masing2. Kita sudah mempunyai pakar-pakar yang boleh menandingi pakar-akar dari luar negara. Syabas saya ucapkan kepada mereka yang sudah berjaya dan sedang berusaha.
wassalam
Ya betul tu… saya pun sokong. Sebagai orang baru dunia perniagaan internet ni, saya juga akan melancarkan produk sulung dalam masa terdekat iaitu Pakej Promosi Web Icons…