Majalah im #3
Mungkin ramai yang sudah sedia maklum, Majalah IM #3 sudahpun keluar. Isu kali ini mengetengahkan tentang isu “Perniagaan ebook!”, Adakah perniagaan ebook masih relevan?
Bercakap tentang perniagaan ebook.. ia sebenarnya hanyalah salah satu cabang kepada perniagaan “info produk”. Ada banyak lagi bentuk perniagaan info produk. seperti video tutorial, audio, membership site, coaching program dll.. semua itu adalah perniagaan yang berasaskan maklumat (info produk).
Oleh itu, secara peribadi.. saya merasakan “model perniagaan ebook” pada waktu ini perlukan sesuatu yang “baru”. Jika anda melihat dengan teliti trend diluar pada masa kini, “demand” kepada ebook sebenarnya sudah melangkaui “graf” kemuncak dan kini sedang menuju trend penurunan.. anda boleh lihat, guru-guru IM diluar sekarang sudah kurang mengeluarkan ebook… produk mereka kini sudah berubah.. dari ebook kepada “coaching program”. Mereka hanya menggunakan ebook sebagai “alat” sahaja untuk mempromosikan produk mereka yang lebih besar.. iaitu “coaching program”.
Ebook-ebook kini lebih banyak dikeluarkan oleh bukan guru.. anda boleh lihat sendiri.. betapa banyak ebook yang dikeluarkan oleh IM luar.. tapi kebanyakkannya bukanlah dari nama-nama besar.. malah.. ada nama yang anda tidak pernah dengar pun.
Guru-guru lain seperti Rich Scheferen, Mike Filsame, Derek Gahl dan sebagainya.. sudah tidak lagi mengeluarkan ebook sebagai produk utama mereka.. ebook & video hanyalah dijadikan sebagai bahan “tunnel” untuk mempromosikan produk “coaching program” mereka.
Jadi.. adakah perniagaan ebook masih relevan? Pada pendapat peribadi saya.. Tidak jika diluar.. Ya! jika di malaysia..
Perlu diinghat.. apabila saya katakan ebook.. saya bukan bermaksud “info product”.. ebook hanyalah salah satu daripada bentuk “info produk”.. ada banyak lagi bentuk info produk seperti video, coaching program, membership site, seminar, elearning dan sebagainya.
Industri IM di Malaysia agak ketinggalan beberapa tahun (mungkin 3 tahun) dari industri IM di luar (US).. beberapa tahun lalu, perniagaan ebook sangat popular di US, di malaysia.. baru sekarang ebook mula diterima dan banyak ebook-ebook baru yang muncul seperti cendawan lepas hujan. Jika anda ingin memulakan perniagaan ebook untuk pasaran malaysia.. mulakannya sekarang.. dalam masa beberapa tahun lagi (mungkin setahun).. perniagaan ebook akan mula merudum, harganya akan menjadi semakin murah dan orang ramai akan mula meragui kualiti sesuatu ebook yang dihasilkan. (Ditambah lagi dengan masalah pihak-pihak yang mengambil kesempatan dengan mengeluarkan ebook yang kurang berkualiti, menyebabkan industri ebook di Malaysia menjadi semakin pendek jangkahayatnya)
Oh! Berbalik semula kepada majalah IM #3, pada kali ini, saudara Gobala Krishnan telah di pilih sebagai model “cover” dan telah di interview oleh pihak majalah IM. Apa yang lebih menarik, kini pihak majalah IM turut sekali menyediakan sesi temuramah tersebut di dalam bentuk audio.
Usah berlengah lagi.. dapatkan segera Majalah IM #3 sekarang disini!



thanks for the info!
Saya dah baca IM #3 ni..
naik semangat lepas membacanya, terutama
interview bersama gobala krishnan
-Shueqry-
saya dah download e-zine. Teruja betul bila ada temubual dgn Gobala dlm fail audio..Bermotivasi betul dengar temubual tu! Tahniah…
ebook akan merudum??? so, macam mana kita nak suntik sesuatu yang baru kat ebook ni??
…mmg best.. respek dan sejuta penghargaan kongsi info yg totalny 100% freeeeee…. mana nak dpt mende2 fre yg berqualiti skg ni!
itu la… pasaran ebook nmpk kian merundum. sbb apa? kuar bnyk produk yg xbkualti .. kena lah bmula skrg. bila org sudah knal kita, biar pn pasaran merundum, kita tetap gah.
dah baca.yang aku suka interview gobala. Melayu dia cair woo..
[...] PERCUMA - http://www.panjangakal.com Read & Review » Blog Archive » Majalah IM #3 - Readercircle.com Majalah im #3 - Wangcyber.com Sedikit Review Mengenai MajalahIM edisi ke 3 - Ligakampung.com Percuma Tapi Ada [...]
hihihihi… aku dgq dah audio dia… dia mention pasai bos aku… sat nak p tanya dia.