Ubah Kehidupan Dengan Berniaga

Namun, dalam menjalankan tugas yang diamanahkan itu, jangan pula kita alpa dan lupa dengan tanggungjawab kepada diri dan keluarga.

Islam itu sendiri sentiasa mengingatkan kita agar sentiasa berusaha mempertingkatkan diri dan keluarga agar tidak statik kepada satu-satu tahap sahaja.

Kalau orang lain sudah ke depan, takkan kita masih lagi ketinggalan di belakang. Adakah kita juga tergolong dalam golongan orang-orang gagal dan kecundang? Tentu tidak bukan!

Dalam hadis pernah mengatakan;

“tidak akan berubah sesuatu kaum itu, melainkan dirinya sendiri yang berusaha mengubahnya”.

Inilah masanya untuk anda menentukan arah tuju anda, untuk anda berubah demi mengejar sebuah kecemerlangan dan kejayaan yang diidam-idamkan.

Apa jua bidang boleh diterokai termasuk juga bidang perniagaan. Tidak dinafikan melalui perniagaan, seseorang itu mampu mengubah kehidupan mereka. Jatuh bangun dalam berniaga adalah adat orang berniaga. Begitu juga dalam islam, sememangnya umat Islam, sememangnya umat Islam digalakkan mencari rezeki melalui perniagaan.

Dalam hadis telah dinyatakan sembilan daripada sepuluh sumber rezeki itu adalah melalui perniagaan dan selebihnya itu adalah hak Allah s.w.t untuk memberi rezeki dalam bentuk lain.

Allah berfirman:

“Sesungguhnya Allah telah membeli orang-orang mukmin harta mereka dan jiwa mereka. Kemudian.. (Surah Al-Taubah ayat 111)

Perniagaan adalah cara terbaik untuk mendapatkan nikmat daripada Allah s.w.t namun, perniagaan perlu dilihat dari sudut yang lebih luas lagi.

Kita lihat perniagaan ini dari sudut ibadah. Perniagaan yang dijalankan mengikut lunas-lunas Islam adalah ibadah. SEtiap hari kita menjalankan perniagaan dengan Allah, seolah-olah kita menjual benda berkualiti daripada perniagaan yang diusahakan. Pembeli sanggup menghabiskan duit untuk membeli barang yang dia suka dan baik sahaja, tetapi apabila ianya tidak berkualiti, mereka tidak berpuas hati.

Kehidupan itu akan lebih berubah apabila anda berniaga…..

Noorizam Shah menjalankan perniagaan internet sejak tahun 2005. Mula aktif dengan blog mengenai ulasan, tip dan kejayaan usahawan pada 2006.

Memiliki blog peribadi di http://blog.pelamin.net atau http://noorizamshah.com

Merancang untuk menjadikan perniagaan internet sebagai pendapatan utama sebelum tahun 2010.

Bookmark and Share


This entry was posted on Friday, September 15th, 2006 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

One Response to “Ubah Kehidupan Dengan Berniaga”

  1. hj norazlan on June 16th, 2009 at 7:48 am

    Salam.. maaf.. saya baru je terbaca artikel ni.. maklum la boring2 letak pos dlm thread sambil baca2 artikel kat cni.. memang best.. cuma sini nak komen sket sebab nampak kemungkinan ada kesalahan sket di sini…

    petikan artikel :

    Dalam hadis pernah mengatakan;

    “tidak akan berubah sesuatu kaum itu, melainkan dirinya sendiri yang berusaha mengubahnya”.

    Kalau tak silap saya ini bukan hadis tapi ayat al-quran.. taoi tak ingat surah n ayat apa.. nanti saya akan cari kan ya.. maaf klu saya tersilap :)

    p/s… bukannak kondem tp sekadar menegur sebab manusia kadang2 buat silap juga kan :) ingat memperingatilah.. sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang2 mukmin :)

Leave a Reply