Teknik Pemasaran BUM
BUM Marketing (pemasaran BUM) merupakan salah satu teknik pemasaran yang acap kali di gunakan oleh para internet marketer di seluruh dunia. Teknik ini pada dasarnya merupakan sejenis teknik di mana, anda hanya perlu menulis beberapa buah artikel untuk mempromosikan sesuatu produk. Walaupun teknik ini tampak biasa, namun keberkesanannya menjangkaui jangkaan.
Mengapakah teknik pemasaran BUM menjadi cukup hebat di internet? Hal ini kerana tujuan para pengguna internet melayari internet adalah untuk mencari maklumat. Jadi, artikel boleh di jadikan sebagai satu medium di antara anda dengan para pengguna internet kerana pada amnya, artikel memang padat dengan informasi-informasi yang diperlukan mereka.
Dengan menulis artikel, secara tidak langsung anda memberi maklumat-maklumat yang di inginkan para pengguna internet. Jadi, mereka akan lebih tertarik kepada artikel anda. Ideanya, selain memberikan maklumat yang diperlukan oleh oleh mereka, anda turut boleh mempromosikan sama ada produk affiliate anda mahupun produk anda sendiri dengan menjadikan produk tersebut sebagai penyelesaian bagi segala masalah yang anda bangkitkan di dalam artikel-artikel anda.
Secara kasarnya, teknik BUM hampir sama dengan teknik CTPM yang di perkenalkan oleh Dr. Ken. Namun begitu, yang membezakannya ialah BUM Marketing menyajikan maklumat kepada para pengguna internet melalui penulisan artikel.
Di dalam teknik pemasaran BUM, artikel yang di tulis jauh berbeza jika di bandingkan dengan artikel yang di tulis di sekolah-sekolah. Artikel BUM lebih tertumpu kepada mesej yang ingin anda sampaikan. Terdapat beberapa perkara yang anda perlu anda ambil kira di dalam mengaplikasikan teknik tersebut.
Perkara-perkara tersebut ialah, kesalahan ejaaan, kepadatan maklumat, daya penarik dan kekreatifan anda mengajak mereka membeli produk yang anda promosikan. Format artikel tidak begitu di ambil kira kerana para pengguna internet hanya mahukan maklumat. Jadi, sudah memadai bagi anda menjaga perkara-perkara yang saya senaraikan tersebut.
Selain itu, anda juga perlu ingat bahawa lebih banyak artikel yang di tulis, lebih cerah peluang anda untuk meningkatkan jualan produk anda. Dalam masa 1 jam, anda perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 5 buah artikel bagi memastikan teknik tersebut berjaya. Perkara ini tidaklah sesukar yang anda gambarkan kerana seperti yang telah saya katakana tadi, artikel BUM tidak mementingkan format. Jadi, anda akan lebih cepat menyiapkan artikel-artikel tersebut.
BUM Marketing merupakan satu teknik pemasaran yang menjimatkan. Bukan sahaja murah, malah pulangan yang di janjikan adalah cukup lumayan. Sebarang maklumat asas, boleh anda dapatkan pada laman web pengasasnya iaitu http://www.bummarketingmethod.com/
Fikri Fadzil
(BUM Marketing: Teknik Pemasaran Hebat!)



Leave a Reply