Rahsia Trafik Blog 2 – ‘Mencuri’ Trafik Youtube

Pada artikel lepas, saya ada menyebut bahawa kita boleh meningkatkan trafik ke blog kita dengan menyediakan ruang video di blog kita, agar artikel blog kita menjadi lebih menarik. Lebih-lebih lagi kerana orang awam umumnya menyukai video berbanding gambar dan tulisan. Untuk artikel ini, saya ingin menyentuh dengan istilah saya sendiri iaitu “mencuri trafik Youtube”. Malah, saya tidak sangka, artikel pertama saya telah menjadi perbualan di forum ini. :)

Tidak mengapa, teruskan perbincangan ilmiah.

Sebagaimana yang kita maklum, Youtube merupakan ‘gergasi besar’ dalam bidang laman web koleksi video. Terdapat beberapa sebab kenapa laman web Youtube begitu popular :

1. Antara laman web terawal dalam bidang sebegini.Selepas Youtube begitu popular, barulah muncul pelbagai laman web yang cuba meniru konsep Youtube, seolah-olah tumbuh bagaikan cendawan.

2. Perkhidmatan percuma. Tiada caj yang dikenakan untuk mengupload video mahupun menonton video.

3. Perkhidmatan memuaskan.

4. Terlalu banyak koleksi video yang terkumpul di sana. Sudah tentu semakin banyak pilihan, semakin disukai ramai. Sebagai contoh untuk pemahaman, antara kedai runcit dan supermarket, yang manakah lebih disukai pengguna? Sudah tentu jawapannya supermarket lebih disukai ramai dan lebih popular. Kenapa? Kerana banyak pilihan di sana.

Antara konsep meningkatkan trafik kunjungan pelawat, tidak kiralah samada ke blog atau laman web, kita perlu bijak mencuri trafik dari laman web yang sudah mempunyai trafik yang tinggi. Trafik bermaksud jumlah pelawat laman web atau blog.

Caranya mudah sahaja untuk ‘mencuri’ trafik dari Youtube. Hantar video milik anda, tidak kiralah apa sahaja,hantar dan upload ke Youtube. Dan jangan lupa menyelitkan nama blog atau alamat atau URL laman web anda dalam video tersebut. Jadi, apabila para pelawat Youtube menonton video tersebut, mereka akan ternampak nama atau alamat atau URL laman web anda. Sudah tentu, secara tidak langsung, ini adalah satu cara pengiklanan yang berkesan! Ia tidak kelihatan seperti iklan di TV yang benar-benar seperti iklan mempromosi barang, tetapi menghantar video ke Youtube + alamat laman web anda adalah cara pengiklanan secara tidak langsung, yang tentunya lebih berkesan.

Ia sangat berkesan. Semakin banyak yang anda hantar, semakin banyak trafik yang akan anda dapat. Ini kerana, semakin banyak anda menghantar video, semakin ramai yang akan menonton video-video anda, dan sudah tentulah semakin ramai yang mengenali alamat laman web anda (melalui kaedah yang saya nyatakan tadi). Cubalah jika tidak percaya. Malah, banyak kes telah menunjukkan kejayaan melalui kaedah ini. Selamat mencuba.

Mawardee,

(AHMAD MAWARDI)

Smart Blogger of :

www.blogsendiri.com

www.internet-crazy.com

Bookmark and Share


This entry was posted on Thursday, May 24th, 2007 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

13 Responses to “Rahsia Trafik Blog 2 – ‘Mencuri’ Trafik Youtube”

  1. Khairul on August 1st, 2008 at 7:52 am

    Saya sokong. Promosi cara ini memang berkesan. saya pun sekarang nie tengah mencuba menghasilkan koleksi video youtube yang terpilih.

    Bisnes TDTone

    http://bisnestdtone.com/khairul

    “MUDAH & MENGUNTUNGKAN”

  2. zainul9 on May 26th, 2009 at 1:52 pm

    tQ d atas cadangan yg d berikan..salah satu cara promosi yg bagus gak ni..

  3. alana on July 26th, 2009 at 11:34 am

    saya br je buat blog untuk ambil tempahan tart nenas.tapi xtau cara nak bg ada trafik.maybe saya bleh guna cara ni

  4. blog informasi unik on October 20th, 2009 at 9:09 am

    it’s good i think

  5. ajak on November 2nd, 2009 at 8:07 am

    btol2..
    ley cuba..

  6. amnizam79 on March 11th, 2010 at 2:36 am

    Saya dah cuba dan Ia telah terbukti satu kaedah periklanan secara tak langsung yang amat efektif

  7. masas on March 26th, 2010 at 6:20 am

    memang ok dan berkesan cara tersebut. saya sendiri selalu upload video, namun perlu bijak pilih tags yang sesuai dan menarik.

  8. max on June 16th, 2010 at 2:27 am

    saya dah try promote guna you tube memang berkesan..thanx..

  9. sabahmotion.com on June 27th, 2010 at 9:37 am

    ya memang betul..kalau mau trafik lg mantap..cuba buat video yang boleh menarik viewer seluruh dunia..masyuk beb..

    _ http://www.sabahmotion.com _

  10. sukagosip on July 3rd, 2010 at 3:42 pm

    Saya baru belajar, semua tip sangat membantu…. skrg saya guna you tube…. macam mana saya buat boleh cari dalam you tube sukagosip

  11. ddyana on August 26th, 2010 at 4:16 pm

    betul saranan anda….. video mmg cukup mantap utk promosi apa shj…..

    http://www.BuatDuitSenang.com

  12. gambarpanas on December 31st, 2010 at 5:16 am

    betulllllll…terima kasih ilmu yang dicurahh

    http://www.bit.ly/hHuldv

  13. shawari on March 30th, 2011 at 5:04 pm

    Bermain-main dengan Video dan Fotografi…….memang keghairahan sekarang.Paparan 1 minit bersamaan dengan 10 muka surat.Tak ramai yang suka membaca dari penonton dan pendengar sesebuah klip video.

    Kelebihannya lagi
    1.Penyampainya dapat dikenali-siapakah pemiliknya.
    2.Infonya disampaikan secara visual/interaktif 2 dimensi atau 3 dimensi.
    3.Secara spontan menarik minat pelawat atau penonton kepada link yang kita fokuskan.
    4.Beri kita satu lagi teknik pemasaran yang efektif

    http://hadirnya.com/78/mencipta-kredibiliti-tanpa-dibebani-kredit-yang-melampau/

Leave a Reply