Public Mutual Fund
Semasa saya sedang membelek surat khabar semalam, saya terlihat satu laporan mengenai sebuah bank tempatan yang akan melancarkan satu dana pelaburan khusus untuk rakyat Malaysia.
Dua dana baru ini akan dilancarkan pada 28hb Nov 2006 (hari ini) oleh Public Mutual Bhd.
Dana-dana yang akan diperkenalkan kepada umum adalah Public Far-East Divident Fund (PFEDF) dan the Public Islamic Enhanced Bond Fund (PIEBF).
Untuk pengetahuan anda, PFEDF adalah dana pendapatan ekuiti yang memberikan tumpuan kepada pelaburan dalam syarikat-syarikat yang memperlihatkan ketekalan dalam menghasilkan pulangan kepada pemegang-pemegang saham melalui pembayaran dividen yang kukuh. Sejumlah hingga 70% nilai aset bersin (NAV) dana ini boleh dilaburkan dalam pasaran-pasaran serantau terpilih, termasuk Korea Selatan, China, Taiwan, Hong Kong, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand dan pasaran-pasaran yang diluluskan.
Adakah anda sesuai untuk melabur disini?
Bagi mereka yang terdiri daripada pelabur bersifat sederhana dalam menerima risiko dan ganjaran maka ia adalah amat sesuai sekali.
Jika anda berkemampuan, anda dibenarkan memulakan pelaburan dengan bayaran sebanyak minima RM1,000. Dimaklumkan juga, harga seunit di sepanjang tempoh tawaran pemulaan (28hb Nov – 18hb Dis 2006) ia bersamaan RM0.25 seunit.
Jika anda berminat untuk mencuba pelaburan ini dan inginkan maklumat lanjut, apa kata anda hubungi perunding unit amanah Public Mutual anda yang berdekatan ataupun terus ke 03 6279 5252 dan paling mudah, layari web www.publicmutual.com.my
Nota: Anda dinasihatkan supaya membaca dan memahami isi kandungan prospektusnya kerana Suruhanjaya Sekuriti tidak bertanggungjawab dengan kandungan prspektus dan bukanlah syor atau disarankan suruhanjaya untuk anda melabur.
Semoga info ini dapat membantu anda.
p.s: Apa jua pelaburan ianya mempunyai risiko tersendiri. Jika anda berani berhadapan dengan risiko, maka anda akan semakin berani untuk menempa kejayaan!
Noorizam Shah
“Menjana Usahawan Internet Terdidik dan Terlatih”


Saya juga sekarang ini berniat untuk melakukan pelabran sengan Public Mutual melalui kaedah Islamic, tetapi memandangkan keadaan ekonomi dan politik yang kucar-kacir menyebabkan saya membantutkan hasrat saya buat sementara waktu. Sehinggalah keadaan ekonomi kembali stabil.
======================================
Bisnes TDTone
http://bisnesTdTone.com/khairul
“Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”
=======================================