Perniagaan Internet vs Program Wang Internet

Pendapatan Melalui Internet” …. mungkin sesetengah daripada anda mengganggapnya hanyalah sebagai sebuah mitos dan khayalan. Anda tidak percaya bahawa internet boleh menghasilkan wang. Anda menganggap… wang dari internet hanyalah merupakan sebuah penipuan semata-mata. Mungkin anda telah mengalaminya sendiri… atau, mungkin rakan-rakan anda telah mengalaminya. Mengalami kerugian kerana melabur pada program-program di internet.

Saya tidak nafikan, memang terdapat banyak program-program penipuan yang terdapat di internet. Walaubagaimanapun. itu tidak bermakna, tidak ada langsung program yang benar-benar memberikan anda wang di internet. Pada saya, internet adalah merupakan sebuah lombong emas yang besar yang masih belum di lombong sepenuhnya, terutamanya oleh rakyat malaysia.

Oleh itu, ilmu asas untuk menilai antara “kaca dan permata” haruslah didalami terlebih dahulu sebelum anda bertindak dan menceburkan diri di dalam dunia “penjanaan wang menerusi internet”.

Secara asasnya, terdapat 2 kaedah di dalam menjana wang di internet, iaitu:-

1) Perniagaan Internet

Pernigaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan perniagaan konvesional. Anda masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Apa yang berbeza hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya.

Antara contoh perniagaan internet adalah seperti:-

  • Menjual CD multimedia
  • Menjual ebook
  • Menjual Perisian-perisian
  • Menjual peta
  • Membuat Logo
  • Menjual Webhosting & nama domain
  • Menjual buku
  • Menjual tikar
  • Menjual Minyak Urut
  • Menjual ubat kuat
  • dan bermacam-macam lagi…

Perniagaan-perniagaan internet seperti ini biasanya adalah benar dan jarang sekali ada yang menipu. Jika anda melakukan kaedah ini, iaitu.. membina perniagaan anda di internet seperti contoh-contoh yang saya nyatakan di atas, maka anda layak digelar sebagai “usahawan internet” dan tidak mustahil anda boleh menjadi kaya/jutawan dengan perniagaan tersebut.

Namun begitu, untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya bukanlah mudah. Pelbagai ilmu perlu dipelajari, sama seperti anda membangunkan perniagaan konvensional. Membangunkan perniagaan internet bukanlah semudah dengan hanya membangunkan website sahaja. Banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan di dalami seperti ilmu berkenaan pemasaran internet, “Search Engine Optimization(SEO)” , “Writing Sales Letter”, “Building Web Credibility”, “Niche Market”.. dan bermacam-macam lagi.

Untuk mendalami serta berkongsi ilmu tentang membina perniagaan di internet, sertailah komuniti dan forum kami di www.wangcyber.com

2) Program Wang Internet

Ini adalah satu lagi kaedah menjana pendapatan secara online. Kaedah ini adalah lebih mudah untuk dilakukan jika dibandingkan dengan kaedah yang pertama iaitu membina perniagaan internet.

Antara program-program wang penjanaan wang secara online yang popular adalah seperti:-

  • Program Autosurf / Get Paid To Surf
  • Get Paid to Read Email
  • Get Paid to Survey
  • Internet MLM
  • Google Adsense
  • Affiliate Programe
  • HYIP
  • Doubler
  • Online Trading
  • dan bermacam-macam lagi

Program-program inilah yang paling banyak dicemari dengan program-program penipuan di internet. Anda boleh menyertai program ini, dan juga tidak mustahil anda menjadi kaya dengan menyertai program ini. Namun begitu, anda perlulah berhati-hati dan betul-betul bijak menilai program yang ingin anda sertai. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji yang akan memberikan anda pulangan wang yang banyak dengan segera.

Jika anda menjadi kaya dengan menyertai program-program seperti ini, syabas saya ucapkan, namun begitu, anda masih belum layak untuk digelar sebagai usahawan internet. Ini kerana, anda tidak melakukan sebarang urusan jual beli dan tiada produk yang diniagakan, malahan website tersebut juga bukanlah milik anda. Anda hanyalah merupakan ahli atau “players” bagi perniagaan internet (kaedah pertama mencari wang di internet) . Jika anda merasakan anda sudah cukup kaya dengan menyertai program-program penjanaan wang di internet, fikirkan pula hasil yang diperolehi oleh pemilik program tersebut.

Sekali lagi saya nasihatkan, berhati-hatilah jika anda ingin menyertai mana-mana program wang online. Jika anda kurang mahir atau masih ragu mengenai sesebuah program wang online, sertai forum kami dan dapatkan pandangan dari mereka-mereka yang mahir di dalam dunia wang online ini.

Kesimpulannya, penjanaan wang secara online bukanlah suatu cerita dongeng. Sememangnya telah ramai yang berjaya menjadi jutawan dan memperolehi pendapatan mereka menerusi internet. Namun begitu, anda perlulah mempunyai ilmu dan bijak menganalisa kaedah mana yang benar dan sesuai dengan anda.

Diharapkan, selepas ini, tiada lagi kekeliruan bagi anda untuk membezakan antara “Perniagaan Internet” dan juga “Program Wang Internet”. Usahlah menganggap kesemua perniagan internet itu adalah sebuah perniagaan yang menipu. Zaman telah berubah, usah lah ketinggalan.

Sekian, Salam cyber dari saya. Wassalam.
Mohd Suhaimy a.k.a shuth

This entry was posted on Sunday, August 27th, 2006 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

Leave a Reply



Survey @ WC


Sertai survey anjuran WC.

Produk Hangat


perniagaan internet

Terhangat @ Forum (more)

Links

Archive


Sponsor

Recommended Sites