Perbezaan Antara Usahawan dan Pekerja

Adakah anda seorang usahawan? Adakah anda seorang pekerja?

Tidak kira anda seorang usahawan ataupun pekerja, anda buat semua itu adalah untuk menampung hidup, untuk mendapatkan duit ataupun sebagai hobi. Golongan pekerja adalah jauh lebih ramai berbanding dengan golongan usahawan. Secara anggaran, golongan pekerja meliputi 90% dan hanya 10% peratus sahaja yang mencari rezeki sebagai usahawan. Tetapi yang lebih menguntungkan ialah golongan yang membuat kedua-dua pekerjaan tersebut iaitu sebagai pekerja dan dalam masa yang sama sebagai usahawan. Bergantung kepada individu itu sendiri untuk memilih kerjaya masing-masing.

Terdapat perbezaan antara pekerja dan usahawan.

Golongan Pekerja:

- Pendapatan adalah tetap.

- Pendapatan telah ditentukan oleh majikan.

- Bekerja bertungkus lumus untuk majikan.

- Terpaksa ikut kehendak majikan.

- Persekitaran kerja adalah terhad.

- Kenaikan pendapatan bergantung kepada majikan.

- Berbakti untuk memajukan majikan.

- Kerja ikut waktu pejabat yang ditentukan oleh majikan.

- Cuti bergantung kepada majikan. Perlu mintak kebenaran daripada majikan untuk   bercuti.

Golongan Usahawan:

- Pendapatan adalah tidak tetap.

- Diri sendiri yang menentukan berapa pendapatan yang di inginkan.

- Bekerja keras untuk diri sendiri. Semakin kuat bekerja, semakin tinggi peluang   untuk meraih pendapatan.

- Waktu kerja adalah bebas. Bergantung pada diri sendiri untuk menentukan waktu kerja.

- Persekitaran kerja adalah tidak terhad.

- Tiada had untuk menambah pendapatan. Ada naik dan ada turun.

- Bebas menentukan waktu cuti. Bergantung kepada kebijaksanaan sendiri.

Berdasarkan kepada had pendapatan, seorang usahawan tiada had maksimum untuk meraih pendapatan. Memang tidak dapat dinafikan golongan kaya / jutawan / bebas kewangan kebanyakannya adalah terdiri daripapada golongan usahawan.

Cuba kita lihat senarai orang-orang kaya pada hari ini, Bill Gates, Donald Trump, Robert Kwok, Ananda Krishnan, Lim Goh Tong, Tan Sri Syed Mokhtar, Datuk Nadzmi Salleh, semuanya adalah berteraskan kepada Perniagaan.

Namun terdapat juga golongan pekerja yang boleh dikategorikan sebagai mewah tetapi amat terhad. Terdapat juga golongan pekerja yang meraih pendapatan bulanan lima angka. Tetapi golongan ini terpaksa menunggu lama untuk mendapat level sebegini. Berbeza dengan golongan usahawan, di mana pada usia muda sekali pun anda berpeluang untuk meraih pendapatan yang tiada had. Contohnya, Dr Irfan Khairi yang bergelar jutawan pada usia seawal 25 tahun.

Yang mana satukah pilihan anda? Untuk menjadi golongan Pekerja atau Usahawan ?

======================

Blukor adalah seorang yang sentiasa mencari maklumat mengenai perniagaan secara online yang ingin dikongsi bersama. Untuk mengetahui post-post terbaru atau berkongsi pendapat mengenai perniagaan secara online, sila layari laman blog http://www.ecash-2u.com/blog

This entry was posted on Tuesday, July 17th, 2007 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

Leave a Reply