Model Perniagaan Di Internet
Jangan terkejut sekiranya saya katakan ada di kalangan rakyat Malaysia yang sudah menjadi jutawan hasil daripada perniagaan di Internet ini. Sebagai contohnya, Sen Ze dari Kuala Lumpur, Patric Chan dari Pulau Pinang dan Irfan Khairi dari Selangor.
Sen Ze – http://www.LowCost-HighProfit.com
Patric Chan – www.YouChanDoIt.com
Irfan Khairi – www.RahsiaInternet.com
Terdapat pelbagai jenis perniagaan di Internet yang mampu anda ceburi. Ada yang mudah dan ada yang memerlukan kemahiran di dalam bidang teknologi maklumat (IT) atau komputer.
Ada juga yang memerlukan banyak masa dan usaha untuk menghasilkan hanya satu jualan dan ada juga yang apabila diaplikasikan beberapa strategi pemasaran yang berkesan, terus menghasilkan jualan hari demi hari tanpa perlu menguruskan perniagaan tersebut dengan lebih terperinci lagi.
Tanpa membuang masa, mari kita lihat model perniagaan Internet yang saya maksudkan.
Berikut adalah 5 jenis perniagaan yang banyak dipraktiskan oleh usahawan-usahawan Internet di serata dunia.
1. Menjual produk digital seperti buku elektronik, perisian (software), muat-turun audio dan sebagainya.
Empat perkara asas yang diperlukan ialah:
a.sebuah laman web utama yang menjual produk digital tersebut.
b.kemudahan pembayaran kad kredit atau cek.
c.sebuah lagi laman web yang menunjukkan atau memberi arahan bagaimana memuat-turun (download) produk digital tersebut.
d.dan produk digital yang diletak di pelayan web (webserver).
Kelebihan model perniagaan Internet seperti ini ialah ianya ringkas dan proses jual-belinya boleh berlaku secara kendali-sendiri (autopilot).
Contoh laman web yang beroperasi sebegini ialah:
http://www.AdsenseSEOQuickGuide.com
Jika anda melalui proses pembelian produk di atas, anda cuma perlu klik dan memesan barangan tersebut di laman web utama sebelum anda dibawa ke laman web pengendali bayaran kad kredit. Selepas membuat bayaran, anda akan dibawa ke satu lagi laman web di mana anda akan diberikan arahan dan cara-cara memuat-turun produk yang anda beli.
Perhatikan dengan teliti. Urusan jual-beli ini tidak perlu melibatkan penjualnya berada di hadapan komputernya secara langsung.
Begitulah hebatnya model perniagaan Internet ini.
2. Menjual produk orang lain dan mendapat komisen daripada setiap jualan.
Model perniagaan ini berkonsepkan komisen dari setiap jualan yang anda hasilkan. Anda cuma perlu menyertai program rakan pemasaran (affiliate program), dan mempromosikan produk tersebut kepada bakal-bakal pembeli.
3. Mendapat bayaran dari iklan yang dipaparkan di laman web.
Tahukah anda sekiranya anda mempunyai laman web yang ramai pengunjung, anda berpeluang menjual ruangan di laman web anda atau memaparkan iklan dari Google Adsense, Yahoo! Ads dan pengiklan lain.
Sebagai contoh, anda mungkin mempunyai laman forum mengenai masalah menguruskan badan, dan ianya selalu dilawati oleh pengunjung-pengunjung setia anda. Sekiranya ada usahawan-usahawan yang menjual produk untuk melansingkan badan, mereka mungkin akan tertarik untuk mengiklankan produk anda di laman web anda. Ini disebabkan pengunjung-pengunjung setia laman web anda merupakan pasaran yang bagus untuk mengiklankan produk melansingkan badan.
Sekiranya berminat, anda juga boleh mendaftar sebagai pemapar iklan Google Adsense di laman web anda. Bagi setiap klik di iklan Google Adsense, anda akan mendapat kredit bayaran yang akan dikumpulkan sehingga paling kurang USD 0 sebelum cek komisen dihantar kepada anda.
Pendaftaran Google Adsense boleh dibuat di www.google.com/adsense.
4. Menjalankan perniagaan Internet MLM.
Konsep perniagaan Internet MLM adalah sama dengan perniagaan MLM secara konvensional. Perbezaannya adalah anda akan menggunakan Internet untuk memperkembangkan jaring pemasaran anda. Ianya bersifat global dan boleh melibatkan pengedar-pengedar dari seluruh dunia.
Internet MLM juga mampu diusahakan oleh pelbagai pihak disebabkan yuran bulanannya yang rendah dan anda mungkin akan mendapat pulangan pelaburan anda semula walaupun hanya berjaya membina kumpulan pengedar yang terdiri daripada beberapa orang sahaja.
Walau bagaimana pun, untuk berjaya, anda mesti terus membina kumpulan pengedar anda sendiri. Bercanggah dengan tanggapan yang anda akan mendapat beribu-ribu dollar dengan hanya goyang kaki, Internet MLM juga memerlukan usaha, masa dan kreativiti anda.
Perlu diingatkan bahawa Internet MLM bukanlah skim cepat kaya. Ianya mungkin mengambil masa 2 hingga 5 tahun untuk mencapai matlamat yang anda impikan.
Sebagai panduan, pilihlah program Internet MLM yang mempunyai produk yang memberi manfaat kepada anda, yang mempunyai reputasi baik dan yang mempunyai sistem yang senang diikuti.
Tanya pada diri anda samaada anda akan masih menggunakan produk yang ditawarkan sekiranya tiada komisen diberikan. Dalam erti kata lain, jangan pentingkan wang semata-mata. Kemudian, kalau jawapannya ‘ya’, barulah anda menyertainya.
Pastikan yang anda memahami model perniagaan MLM ini sebelum anda menceburinya.
Buku “Mailbox Money” karangan Richard Brooke mampu menerangkan konsep MLM dengan mudah. Bagi yang masih lagi keliru dengan model perniagaan MLM, anda boleh mendapatkan buku percuma ini di www.richardbrooke.com/pdfs/mailboxmoney.pdf atau versi Bahasa Malaysia di www.richardbrooke.com/pdfs/mailboxmoney-malay.pdf.
Untuk panduan anda, laman web di bawah adalah contoh program Internet MLM yang saya ceburi.
Kiosk – http://www.ZamriNanyan.com/kiosk
5. Pendapatan dari servis yang anda sediakan.
Sebahagian besar daripada anda mungkin tidak berminat untuk menjual produk tetapi mempunyai kemahiran mereka cipta atau menyediakan perkhidmatan sendiri. Jika begitu, kemahiran anda boleh juga digunakan untuk menjana pendapatan melalui Internet.
Sila lawati laman web di bawah.
Ini merupakan dua contoh bagaimana usahawan Internet Malaysia memperolehi pendapatan daripada servis atau perkhidmatan yang mereka tawarkan.
Setiap pesanan daripada pelanggan akan dipenuhi dengan mereka-cipta kulit buku elektronik pelanggan (CheapestCovers) atau membantu mereka memulakan perniagaan Internet tanpa melalui proses yang menyukarkan (SoloBis).
Oleh itu, fikir sejenak. Sekiranya kemahiran yang anda ada dapat dimanfaatkan untuk dijadikan sumber pendapatan tambahan anda, mungkin model perniagaan Internet ini bakal menjadi salah satu model perniagaan yang anda idamkan.
Terdapat banyak lagi jenis perniagaan di Internet yang saya tidak dapat huraikan di sini kerana ianya mungkin akan mengambil sebuah buku untuk menerangkan walaupun satu model perniagaan Internet tersebut.
Cukuplah sekadar penerangan ringkas mengenai 5 model perniagaan Internet seperti di atas sebagai permulaan.
Sekiranya berminat, Sen Ze, di dalam buku elektroniknya “Mini Encyclopedia of Low-Cost, High-Profit Internet Business Models” ada menerangkan 19 model perniagaan Internet dengan lebih mendalam. Buku elektonik tersebut boleh diperolehi di http://www.LowCost-HighProfit.com
============================================================
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan yang lumayan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di www.ZamriNanyan.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
============================================================
============================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang.
============================================================



Leave a Reply