Membentuk Personaliti di Internet

Mungkin anda pernah dengar ungkapan :

“You never get a second chance to make a first impression”

Kebanyakan kita memang suka melihat benda yang cantik-cantik. Dengan melihat benda yang cantik memberikan satu sentuhan luar biasa di dalam diri si pelihat. Bak kata pepatah “dari mata turun ke hati”. Dengan tidak berlebihan, sekurang-kurangnya semua orang ingin melihat sesuatu yang kemas.

Ketika kecil, amanah ibu yang sentiasa saya perlu pegang adalah membedakkan muka sebelum keluar rumah! Walau nak pegi mana sekalipun, telah menjadi kebiasaan ketika kecil. “Muka berkilat sangat nanti nampak comot!” kata ibu. Walaupun kini saya tidak lagi menjadikan ia suatu kemestian sebelum keluar ke rumah, tetapi saya belajar satu perkara tentang pentingnya penampilan yang kemas di khalayak.

Di Malaysia, perniagaan internet selalunya dikaitkan dengan perniagaan yang santai, boleh dibuat dari rumah, fleksibel dan menyeronokkan. Oleh itu kebanyakan pemilik perniagaan internet menampilkan gaya santai dan kasual. Penampilan yang tidak terlalu formal, berpakaian kemeja berjeans menjadi pilihan berbanding dengan bertali leher dan suit. Yang penting imej kemas dan bersih ditampilkan.

Walaupun begitu, dari pengamatan saya, terdapat satu kelemahan yang ketara dalam aspek personaliti usahawan internet. Kelemahan untuk mempersembahkan diri sendiri di internet.

” Kerja di rumah, buat apa nak hensem-hensem sangat”

” Alah. Bisnes kecilan, tak perlu nak posing mengancam begitu sekali”

” Tak reti lah nak senyum bergambar lawa-lawa. Aku ni tak hensem mana pun.. Malu je “

Ini mentaliti yang salah. Di akhirnya, kebanyakan usahawan internet memaparkan penampilan yang berkecamuk. Mereka tidak dapat menonjolkan personaliti yang sepadan dengan produk yang ingin dijual. Ada diantaranya menjual produk digital bernilai sehingga RM200 tetapi penampilan tuan diri tidak membayangkan produk berharga setinggi itu.

“Harga nasi lemak di KLCC jauh lebih tinggi dari nasi lemak di pasar malam”

Walau pun kedua-duanya adalah nasi lemak, tetapi satu pakej nasi lemak KLCC diberikan penampilan menarik dan cara persembahan yang baik. Dibantu dengan faktor lokasi, nasi lemak KLCC dijual mahal.

Samalah dengan produk yang ingin dijual di internet. Diri anda mencerminkan nilai produk atau perkhidmatan anda. Jangan rendahkan nilai produk atau perkhidmatan anda di mata prospek pelanggan hanya kerana anda tidak menambat personaliti mereka.

Mahukah anda membeli produk dari seseorang yang penampilannya kurang meyakinkan ? Anda tahu jawapannya.

Tips Membentuk Personaliti di Internet

1. Jangan gunakan gambar kad pengenalan, gambar passport atau gambar kad pelajar.

Ini hanya ingin menunjukkan wajah skima, kejang dan keras di depan jurugambar. Tiada orang yang dapat menilai diri dan personaliti anda hanya dengan duduk depan kamera kekejangan begitu.

2. Gunakan gambar yang mempunyai resolusi tinggi

Kalau tiada kamera DSLR, gunakan kamera digital biasa. Atau sekurang-kurangnya kamera handphone yang mempunyai resolusi tinggi. Jangan besarkan gambar yang kecil. Muka anda akan pecah ibarat cermin yang retak!

3. Kenakan pakaian yang sesuai

Biasanya orang hanya memaparkan dua bentuk penampilan. Sama ada berpakaian suit bertalileher atau kasual.Sekarang orang suka mengenakan smart casual.

Jangan sesekali berpakaian kain batik atau baju tidur hanya semata-mata nak menunjukkan anda orang yang bekerja dari rumah! Di belakang tabir mungkin tidak mengapa, tapi jangan di depan pelanggan.

4. Bergaya ala-ala artis

Kalau boleh, tetapi bukan satu kemestian.  Natural!

5. Berikan sentuhan emosi

Sentuhan emosi bukan bermaksud anda buat-buat ketawa atau menangis palsu. Sentuhan emosi adalah satu bentuk perasaan yang tercipta dalam diri orang yang melihat. Dengan melihat gambar wujud 1001 bentuk tafsiran. Lihat gambar Richard Bronson yang serius ini membentuk satu sentuhan emosi yang berbeza walau pun sebenarnya beliau seorang yang casual.

6. Lihat apa orang lain buat & beri kelainan

Kalau anda tidak tahu gaya yang anda mahukan, cuba buat carian di google. Lihat bagaimana orang lain menampilkan diri mereka. Anda pilih personaliti yang anda ingin tonjolkan.

7. Cari photographer

Jangan ‘tangkap gambar’ sendiri :) .. Mentang-mentanglah handphone sekarang semua memiliki kamera. Melainkan anda mempunyai kemahiran Photoshop, mungkin anda boleh mengupah seorang photographer profesional yang membantu anda. Tidak mahal, photographer yang saya kenal hanya mengenakan caj RM100 sahaja! Photographer yang bijak akan membantu anda menimbulkan personaliti anda. Bukan jurugrambar di kedai gambar ya!

Impression yang baik adalah impression yang memberikan kesan kepada orang lain. Jangan terkejut pula apabila suatu hari ada orang yang ingin bergambar dengan anda.

Selamat datang ke dunia semi-celebriti!

***************************************************************************

Irwan Dahnil adalah perunding perniagaan & pemasaran media baru di Malaysia. Merupakan pelopor dalam topik perniagaan dan pemasaran SMS dan telah menulis dua buah buku mengenai topik yang berkaitan.  Juga merupakan founder AkademiSMS.com. Beliau boleh dihubungi di www.irwandahnil.com bagi mendapatkan khidmat nasihat dalam penjenamaan di internet, perundingan online marketing, SMS Marketing dan yang berkaitan dengan media baru.

*****************************************************************************

Bookmark and Share


This entry was posted on Monday, August 17th, 2009 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

28 Responses to “Membentuk Personaliti di Internet”

  1. Fazli on August 19th, 2009 at 12:42 am

    bukan senang nak bina personaliti ni. kesabaran dan kecekalan diperlukan. walau bagaimanapun terima kasih kerana memberikan tips berguna.

  2. smartzul on August 25th, 2009 at 10:12 pm

    Wow, menarik!

    Saya rasa semua orang mahu melakukan seperti yang dinyatakan, tapi mungkin ada beberapa sebab mereka tak buat begitu. Mungkin mereka ada susunan strategi berperingkat atau masanya belum tiba lagi. Atau mungkin mereka tidak mahu terlalu mendedahkan diri atas sebab-sebab tertentu seperti privacy atau atas sebab had-had tujuan mereka berniaga.

    Terima kasih Irwan menulis saranan yang amat mengujakan! Saya pun akan buat juga, tapi bukan tahun ni. Tunggu saya masuk ke dunia semi selebriti ya. :D

  3. eldy on August 26th, 2009 at 8:27 am

    penting kah personality ? Kalau blog hangat, authornya automatik sure panas la ~ haha !!

  4. zahidan on August 26th, 2009 at 10:11 am

    Personaliti penting, tetapi di belakang personaliti itu lebih penting.

  5. Aril_RX on August 27th, 2009 at 1:03 pm

    Bak kata org hebat “u must sell yourself first, before u sell your producT”

  6. HR on August 31st, 2009 at 3:42 pm

    Memang menarik..memang betul2 berguna buat sesiapa yang mahu menceburi dunia im. Blogger pun boleh ambil ni sebagai contoh. Kesimpulannya impresi kita amat penting kepada penjenamaan produk

  7. eyeman on September 21st, 2009 at 8:48 am

    setuju. membentuk personaliti tu penting.

  8. afblogger on October 8th, 2009 at 7:08 pm

    saya akui. Ianya sangat penting.

  9. Azhar Hafiz on October 9th, 2009 at 3:35 pm

    Tetapi perlukah mengambil gambar hingga RM 100 ?

  10. hamid on October 19th, 2009 at 11:43 am

    Kalu nak buat duit kena buang duit….mslah nk kuar rm100 berbaloi ke x ukur baju dibadan sendri.Dalam bisnes kita perlu ada MODAL,PRODUK,MARKET N SISTEM.Kalu sebut modal@duit bergantung pada kita semua tu..utk pulangan dmasa hadapan,bisnes xkan berjya kalu hanya berlegar-legar je dlm kepala tampa pengorbanan.Sebut psal personaliti yg ni sy baru nk blajar,,,,he10x

  11. Che' Ammy on October 19th, 2009 at 4:16 pm

    Yes! Che’ Ammy suka article ni…lagi suka bila ada gambar Dr Irfan…ahaks~
    Anyway, thanks for the useful info.

  12. donnyien on November 10th, 2009 at 12:26 pm

    Hai apa kbr warga wc/semoga sihat..

    saya donny dari sabah bah!

    “You never get a second chance to make a first impression”
    betul tu..saya ingat masa saya pergi interview dulu,’kami akan tel kamu’..
    sampai sekarang batang idung pon tak muncul2..

  13. Draman Muhamad on November 18th, 2009 at 4:59 am

    Kualiti produk atau perniagaan mesti lah “seiring dan sejalan” dengan personaliti.
    Penampilan sama penting dengan barang dagangan. Lagi pun penampilan kemas bukan saja menyakinkan prospek bahkan empunya diri juga. Look good n feel good!

  14. Training Percuma on December 13th, 2009 at 1:11 am

    Thanks for the tip, memang tak dapat dinafikan tak boleh ambil mudah pasal imej diri..sekali orang pandang selekeh tentunya akan boleh beri kesan pada jualan.

    Tapi mungkin ada jugak yang lebih senang/suka bergerak secara ‘underground’. Mungkin benda ni kurang relevan untuk mereka

  15. Lochantos Solos on December 16th, 2009 at 7:36 am

    salam,bro…Yes,..tips tu mmg bkesan…anyway,good work,bro…

  16. abdhakim on December 30th, 2009 at 3:37 am

    Personaliti adalah gambaran awal sesuatu produk, sy yakin ramai pernah tertipu tgk gambar makanan dalam menu, nampak sedap tp bila dah makan. Sendiri mau ingat laarr, tp bkn laar sy bermaksud semua org kene buat personaliti gempak tp produk cincai2. Kalau boleh seiringkan kualiti produk dan juga personaliti anda

  17. diamond on January 9th, 2010 at 4:16 pm

    a’a tu..
    bkn sng nk bntuk personaliti yg trsendri….
    perlukn semngt yg berterusn..

  18. Aizat Kamal on January 13th, 2010 at 11:38 am

    Tips yang terbaik :)

  19. misstautau on February 1st, 2010 at 4:49 pm

    Assalamualaikum…

    wow..
    sangat2 menarik
    saya sangat tertarik dengan tips yang diberikan tadi…

  20. zack on February 4th, 2010 at 1:57 am

    menarik tips yg u bagi..
    pasni bley la ikut ye..

  21. roselen on February 8th, 2010 at 12:20 pm

    terima kasih maklumat ini banyak membantu dan membuka minda saya.

  22. Hanafi Abdullah on February 13th, 2010 at 6:50 pm

    Saya sangat setuju pasal penampilan diri nie.Bagi saya orang MLM saya selalu menjaga penampilan yang menyakinkan prospek.Bukan niat untuk mengaburi mata mereka tetapi untuk menjaga reputasi syarikat. bagaimana mungkin pakaian macam apek jika nilai bussiness kadang2 tu sampai belasan ribu.

  23. myteam on March 27th, 2010 at 4:08 pm

    personaliti itu adalah mempunyai maksud yang luas sebenarnya. Semua pun tentu melalui pengalaman dan kejujuran anda. Pada masa yang sama jangan lupakan penampilan diri dan semua peralatan untuk berjumpa orang. tak kiralah samada aksesori diri seperti jam, pakaian, pen. Melalui internet pula, seperti rupa blog, template, kaedah penulisan dsb. tentu saudara semua lebih tahu.

  24. che armad on April 5th, 2010 at 4:41 am

    hehe… suke part posing dpn kemare…. buat gaye2 chomel…..

  25. khairole on May 12th, 2010 at 4:49 pm

    Orang kata, penampilan mencerminkan sikap kita.

  26. ann on July 13th, 2010 at 5:59 am

    Saya nak berkongsi maklumat dengan ebook percuma “9 Perkara Asas Yang Perlu Ada Untuk Berjaya Dalam Perniagaan Internet”. Sila klik link di bawah untuk mendapatkannya sekarang.
    htpp://www.langkahdemilangkah.webs.com

  27. Haneef on November 2nd, 2010 at 3:15 am

    image sells

  28. PendekarPutra on January 5th, 2012 at 4:53 pm

    entry yg terbaik…personaliti tu penting walaupun kerja kilang maggi…hak{serious}

Leave a Reply