Komputer kerap diserang virus??

Rata-rata orang di Malaysia, ramai yang yang sudah memiliki komputer peribadi sendiri. Ditambah pula dengan harganya yang semakin murah membuatkan komputer peribadi boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja.Selaras dengan peningkatan ini, pengguna Internet di Malaysia juga makin bertambah.

Tahukah anda, bila komputer peribadi anda sudah bersambung dengan internet, risiko untuk komputer anda terkena virus (dan kawan-kawannya :P ) juga meningkat?

Jangan risau!! Yang penting, anda kenalah amalkan langkah-langkah di bawah ini untuk kurangkan risiko komputer anda dikacau anasir-anasir luar (cewah :P )

Langkah 1 – Pasang Antivirus Dan Update Setiap Hari

Pastikan anda ada antivirus yang bagus, tidak kiralah sama ada yang percuma atau berbayar (kalau mampu boleh la beli). Yang percuma pun ada yang bagus juga.Yang penting di sini adalah lakukan update sekerap yang boleh, tidak kiralah apa-apa pun program pun yang anda pakai.

Langkah 2 – Pasang Firewall

Komputer dengan perisian Windows memang dah didatangkan dengan built-in firewall. Namun, firewall Windows hanyalah asas sahaja. Disyorkan memasang program firewall untuk lebih kawalan dan sekuriti. Kalau tidak mampu untuk keluarkan duit, pakai sahaja yang percuma :) Dengan memasang firewall tambahan, apa-apa aktiviti dari luar akan disekat terlebih dahulu oleh firewall.

Langkah 3 – Pasang spyware/adware removal

Bukan virus saja yang berbahaya, spyware atau adware pun boleh mengancam keselamatan komputer. Ada program antivirus yang menawarkan fungsi ini sebagai tambahan. Program ini juga perlu diupdate selalu selepas memasangnya di komputer.Pastikan selepas memasangnya, scan lah sekurang-kurangnya 2 bulan sekali untuk membersihkan spyware atau adware dalam komputer anda.

Langkah 4 – Guna browser selain dari Internet Explorer

Untuk makluman anda, banyak pembuat virus menyebarkan virus melalui Internet Explorer kerana penggunanya yang paling ramai di dunia. Dengan menggunakan browser selain dari Internet Explorer, anda dah berjaya mengurangkan risiko diserang virus. Contoh browser yang popular lain adalah Mozilla Firefox.

Langkah 5 – Remote Assistance

Ada satu fungsi dalam Windows yang membenarkan komputer anda dikawal secara jauh. Fungsi ini lebih berguna untuk komputer yang berada dalam rangkaian komputer (network). Untuk komputer peribadi, lebih baik anda mematikan saja fungsi ini untuk mengelakkan komputer anda dikawal oleh orang lain.

Untuk mematikan fungsi ini –
Klik kanan ikon My Computer anda.Di menu yang muncul,pilih tab Remote. Buang tanda (/) di kedua-dua kotak remote assistance dan remote desktop. Kemudian klik Ok.

Langkah 6 – Scan pendrive/thumbdrive

Scan pendrive/thumbdrive rakan-rakan terlebih dahulu sebelum anda buka foldernya.Sebabnya, pemiliknya kadang-kadang tidak sedar thumbdrive nya telah pun dijangkiti.

Tips Mudah – untuk elakkan terkena jangkitan virus, cuba biasakan membuka folder dengan klik kanan thumbdrive folder dan pilih open. Jika anda nampak pada menu, ada pilihan autoplay, ada kemungkinan pendrive itu dijangkiti virus.

Langkah 7 – Scan fail zip yang anda download

Jika anda mendownload fail zip (atau apa-apa format compressed fail) dari sumber yang anda tidak pasti kesahihannya, scan terlebih dahulu fail zip tersebut.

Sudah memadai untuk amalkan 7 langkah-langkah asas ini bagi mengurangkan risiko komputer anda terkena jangkitan virus.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Penulis artikel ini, WaidaKmy, adalah pemilik blog Wanita & Komputer yang dibuat khas untuk kaum wanita. Dapatkan tips-tips komputer lain yang mudah difahami dan senang dipraktikkan dari blog Wanita & Komputer ini. :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bookmark and Share


This entry was posted on Sunday, January 20th, 2008 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

45 Responses to “Komputer kerap diserang virus??”

  1. titan on January 20th, 2008 at 7:19 pm

    Ehm, So. Pakaila Nod32 antivirus. Aku recommend antivirus ini setelah 2 tahun menggunakannya. :D

  2. dncgroup on January 21st, 2008 at 1:27 am

    kaspersky pun bole juga… jgn segan2
    setelah 1 tahun digunakan dlm CC

  3. syia on January 21st, 2008 at 1:48 am

    virus memang selalu attack je kalau masuk site tak biase.. paling selalu kene attack kalau bukak spam mailnye URL address :(

  4. Noorizam Shah on January 21st, 2008 at 3:59 am

    aku pakai online scan virus je.. :)

  5. Shueqry on January 21st, 2008 at 4:13 am

    erm, pasal antiVirus program, software yg rekemended adalah :

    1. Bit Defender
    2. Kaspersky Lab
    3. Eset NOD32
    4. Trend Micro Pc-Cillin
    5. F-Secure Anti Virus
    6. McAfee virus scan
    7. Norton Anti Virus
    8. AVG Pro
    9. CA Antivirus
    10. Norman virus control

    Ranking ikut turutan, the best adalah
    yang paling atas.

    -Shueqry-

  6. Samdaddycool on January 21st, 2008 at 4:56 am

    …bagus le artikel ni… kekadang terlupa nak wat step-by-step walaupun tahu…
    ingat mengingati sesama kita yg mudah lupa (maklumle makin tua :P )

  7. waidakmy on January 21st, 2008 at 6:24 am

    samdaddycool,
    tq :)

    shueqry,
    tq listkan antivirus tu..saje taknak ltak contoh..masing2 preference dia lain2..hehe

  8. code7 on January 22nd, 2008 at 1:22 am

    aku still pakai kaspersky sbb agak ok then spyware guna spy sweeper..

  9. Wan on January 22nd, 2008 at 6:09 pm

    seelok2nya gunakan beberapa jenis antivirus dan spyware removal.

    aku guna
    Antivirus: Nod32+AntiVir
    Spyware Removal: Ad-Aware 2007+Spyware Blaster+Spybot Search & Destroy (Semua freeware)
    Firewall: n/a
    Software tambahan(RECOMMENDED): TuneUp Utilities 2008+System Cleaner

    kombinasi ni langsung tak membebankan pc aku sbb semuanya bersaiz kecil dan sederhana tapi powerful dlm kelasnya.

  10. izz on January 23rd, 2008 at 3:23 pm

    bitdefender internet security 10 la bro..
    palik power dialam semesta..haha. try la klu berani..only for serius user and your pc must power because agak lembab jika pc anda x power.

  11. xlastx on January 24th, 2008 at 4:32 am

    Aku recommend Kaspersky. Bitdefender berat beb. Say no to Norton. Huhu.. Hidup kaspersky!

  12. Shueqry on January 25th, 2008 at 12:50 pm

    Setiap antivirus programme ada kekuatan masing-masing.

    Anyway, keberkesanan powernya bergantung pada 3 faktor :

    1. Jumlah RAM komputer/laptop
    2. Jenis processor yang digunakan
    3. Kekerapan update melalui Internet (setiap 1 jam atau setiap 24 jam mahupun setiap 1 minggu)

    Bagi pc/laptop yang RAM 256 ke bawah, better gunakan AVG free edition atau AVG pro edition, NOD32,Pc-Cillin, Avira atau Kaspersky.

    Bagi yang RAM 256 ke atas, recomended guna BitDefender, McAfee dan Norton AntiVirus.

    Berat atau tidak program anti virus tu, bergantung pada 3 faktor di atas.

    Untuk nak check RAM, tekan F2 time boot process dan nilai RAM akan tertera di Boot setup sekali ngan brand motherboard.

    moga info ni membantu :)

    Shueqry

  13. Aree on January 25th, 2008 at 5:00 pm

    Salam>

    Saya rekomen guna antivirus jenis spybot n destroy.

    Baru-baru ni Notebook saya dah kena, gelabah bewak.

    Boleh download free aje.

    Pi cari kat free download.

    aree

  14. mohdhilmi.com on February 16th, 2008 at 1:30 am

    ok.. tq dah bnatu saya wat assignmnet ni :)

  15. zul on February 16th, 2008 at 12:27 pm

    Setakat yang saya tahu..antivirus paling baguih:
    Kaspersky
    Avira
    Nod32

    AntiSpyware: Spybot
    Tools: TuneUp Utilities 2008 dan Ccleaner

    Pastikan windows selalu update..

    Jangan layari laman web lucah, hehehehehe…ado spyware n virus menanti anda :)

  16. Shueqry on February 17th, 2008 at 5:06 am

    satu lagi virus info,

    kalau tak nak guna manual scan dari control centre antivirus yang kita install, boleh pakai pc online virus scanning melalui internet. Free bah!

    Saya dah pakai, test dan cuba online virus scanning dari Symantec, Trend Micro, Bit Defender dan Kaspersky.

    Norton dan Trend Micro slow time scanning dan memakan masa, lagipun Trend Micro banyak keluarkan iklan time scannning dan ini little bit ‘annoying’.

    The best part is Kaspersky scanning. Cuba dulu baru tau..

    Online scanning ni tak buang buang virus, dia cuma detect virus yang beranai pinak di dalam pc.

    -Shueqry-

  17. nor on February 21st, 2008 at 7:42 am

    Sila jelaskan maksud norton dan trend micro

  18. syarif on May 5th, 2008 at 9:18 am

    kadang2 tuh, antivirus x detect virus yang ader..apa kejadahnya kan?ishk2.
    http://teknikpc.blogspot.com

  19. waidakmy on May 5th, 2008 at 9:29 am

    nor,
    norton dan trend micro tu nama perisian antivirus , boleh google perkataan tersebut

    syarif,
    memang sesetengah antivirus tak dapat detect, sebab itu semua bergantung pada virus database dalam perisian tu. Itu la antara salah satu ciri antivirus yang bagus adalah kekerapan update. Update tu antaranya update virus database atau baiki sekuriti (atau bug)

  20. syarif on May 5th, 2008 at 9:31 am

    bagi sesetengah antivirus, ada yang x dianggap virus. Contohnya kod command prompt.semua nie bergantung atas antivirus gak.Apa2 pun, kaspersky da best.
    http://teknikpc.blogspot.com

  21. jieba on June 28th, 2008 at 7:32 am

    leh bgth x ape maksud komputer virus?????

  22. syarif on June 28th, 2008 at 8:53 am

    virus komputer merupakan sejenis program komputer yang mampu membawa kerosakan terhadap komputer.

    penerangan lanjut ader lagi..

  23. johan on July 22nd, 2008 at 4:57 am

    ala ala.. format je senang :P

  24. Ezineartikel on July 26th, 2008 at 5:31 am

    PC memang selalu kena virus tak seperti Mac .Saya rasa Kaspersky adalah antivirus yang praktikal dan ringan.Original murah pulak tu . http://www.ezineartikel.com

  25. syarif on July 27th, 2008 at 6:20 am

    format mungkin jalan terbaik. tapi ada jalan penyelesaian lain yang boleh digunakan malah mengambil masa yang lebih singkat.

  26. Piratestech on August 5th, 2008 at 11:23 am

    Nak free software atau freeware antivirus g jer kat http://www.filehippo.com atau da banyak duit bleh beli yang da lesen nyer..

    http://www.murahshop.wordpress.com :: Belajar buat virus dan antivirus

  27. Piratestech on August 5th, 2008 at 11:35 am

    Xsemestinya kne format, tapi kalo reti bleh format sendri atau hntar kedau maybe kne cas RM50 jer kot..huhuhu minyak dh mahal blajo2 ar bikin sndri..
    Cara lain sblm format komputer, guna kan safe mode dan vcleaner.exe . Hanya untuk Windows XP sahaja.

    Caranya :
    1. Download vcleaner.exe dari antirus provider anda. (Cari pada toolbar “Virus Cleaner”).
    2. Restart komputer anda dan tekan butang F3 (untuk safe mode)
    3. Utk pengetahuan semua, semasa didalam proses safe mode tiada sebarang program yang boleh berjalan seperti game dan lain2 kecualai antirus anda. Jadi ini adalah masa terbaik untuk anda scan komputer anda dan setelah selesai running vcleaner yang telah didownload tadi.
    4. Setelah selesai, restart komputer./
    5. Gunakan seperti biasa.

    p/s: Jika komputr anda masih slow, cara terbaik format komputer anda itu.

  28. Piratestech on August 5th, 2008 at 11:44 am

    Untuk pastikn sekiranya komputer anda terkena serangan virus atau tidak, ikuti kaedah ini :

    Cara A:
    1. Buka folder “My Computer”
    2. Klik “Tools” pada toolbar diatas, lihat samada Folder Options anda ada atau tidak, jika tiada SAH komputer anda kena serangan virus HFN1…hihihi gurau jer..

    Cara B:
    1. kLIK START.
    2. Klik RUN
    3. taip regedit
    4. terdapat 4 folder berasingan, buka folder “HKEY_CURRENT_USER”
    5. buka folder “HKEY_CURRENT_USER\Control Panel”
    6. klik foder “HKEY_CURRENT_USER\Desktop”, dan cari “MenuShowDelay”
    7. Klik pada “MenuShowDelay”, tukarkan value data anda 400 kepada 0.

    Semoga berjaya

  29. syarif on August 6th, 2008 at 7:35 am

    ya..salah satucara yang agak bagus.
    korang jugak boleh gunakan software GVR untuk membaiki masalah yang sedia ada.

  30. rizq on August 10th, 2008 at 8:47 pm

    saya guna ubuntu dah dekat 2 tahun..sejak itu saya dah lupe ape itu virus dan ape itu antivirus..hehehe

  31. khairul on August 12th, 2008 at 12:44 pm

    Stakat sampai ke harini, saya masih gunakan antivirus kaspersky. Tahap sekuritinya cukup membunuh. Sampaikan antivirus nak lalu depan PC kitapun xdapat. Haha…
    Saya paling suka bila saya tengah scan komputer, Lepas satu, satu virus dapat detect.

    So…pendapat saya Kaspersky antivirus paling bagus. Sape stuju angkat tangan????

    ======================================
    Bisnes TDTone

    http://bisnestdtone.com/khairul

    “Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”
    =======================================

  32. syarif on August 13th, 2008 at 1:13 pm

    yer..bagi saya sendiri pun. kaspersky da best..

    rizq..pakai ubuntu..ermm..agak bagus..

  33. Johari on August 27th, 2008 at 2:09 am

    Hakikatnya, walaupun kita dah scan semua files dengan antivirus atau anti-spyware kita tidak boleh beranggapan bahawa sistem kita sudah clean betul2.

    Apabila anda memiliki sambungan internet , hampir 80% sistem anda tetap akan terdedah dengan ancaman virus mahupun spyware ini.

    Menurut statistik, setiap saat akan ada satu spyware/virus baru yang tercipta.

    Bezanya, sama ada ia merbahaya ataupun tidak begitu merbahaya. Untuk yang tidak begitu bahaya, kesan infectionnya adalah ia akan melambatkan sistem OS anda.

    Anda juga perlu selalu periksa/ scan registry sistem kerana ramai pencipta virus ni ‘menanam’ virus atau spyware di dalam sistem registry.

    Tujuannya adalah untuk mengaktifkan sistem virus yang mereka tanam ini setiap kali anda on internet atau melayari laman2 web.

    Sidenote : Untuk melihat registry pergi Run> taip -regedit > tekan [enter]

  34. aswad on November 2nd, 2008 at 3:54 pm

    1)anti virus yg paling berkesan aku pakai adalah kaspersky 7.0
    2)dan nk buang adware &spyware lak yg paling berkesan aku cadangkan try pakai
    superantiSpyware

    http://www.lunaih.blogspot.com

  35. kmzseo on November 26th, 2008 at 3:49 am

    Camne nak buang Antivirus 2009

  36. syarif on December 11th, 2008 at 1:27 pm

    cuba guna antispyware nak hapuskan antivirus 2009..
    Tapi saya pernah gunakan cara manual: http://www.gempurvirus.com

  37. kamal on March 2nd, 2009 at 9:47 am

    saya recomend anda pakai
    pc tool antivirus,coz dpat detect byk virus.
    kalau pendrive anda atau drive c or d tak leh buka, anda boleh gunakan flash disinfector.
    mmg berkesan.saya hanya guna 2 software ini sahaja.

  38. ct sipir on March 25th, 2009 at 1:12 am

    ak plg best bile dgr bunyi virus tu mlalak..puas ati tol.kaspersky mmg best!

  39. m2mdoh on May 13th, 2009 at 11:20 am

    .: Assalamu’alaikum and Greetings~~ Dalam banyak-banyak komen ni, mungkin m2mdoh je yg lain? :P paling suka guna Avg free dicombine ngn Avast. Jalan dua-dua skali. c Avg nih benda kecik-kecik yg Kaspersky xdetect, dia buang. yang Avast plak dia leh scan ‘System Volume Information’ dan bunyi dia masa jumpa virus ke apa2 benda alah memang best-bunyi siren.. Teknik scan komputer yg install dua2 ntvir nih ialah, apa brg yg nak dscan-guna avast je scan. Sbbnya, dari pngalaman m2mdoh, kalau Avast xdetect, Avg jamin jumpa. kira mcm diorang ni partner yg tgk bnda yg partner satu lg xnmpak-synergy lah senang citer. Dulu masa blaja dulu, tym RavmonT dll baru nak naik, sudut IT kat U yg guna Kaspersky xterbuangkan c Ravmon. masa tu dah hangin dah ngn Norton n d gang. jd lps jumpa Avg ngn Avast, dpt pulak buang Ravmon. Lps tu jatuh cinta terus ngn Avg n Avast. pernah try nod32, BitDefender, Panda, TrendMicro, rasa xbesh plak lps pakai. benda besar2 je dpt detect, benda kecik2 yg mnyakitkn hati dgn virus2 yg blum dkenali definition nya, ntvir td xdetect. Hujung critanya, Avg n Avast bagus kalau combine tp RAM kena besar ckit.. 512 tu kira okla tu. Theme xyah pakaila, drpd balik2 re-format, kang rosak harddisk. pakai yg free edition sbb xmmpu bli yg ori. mari sama2 tanm sikap xnak pirate sbb laptop yg dgunakan tk cari rezeki di online kena Halal dan ‘Toyyibaa.. (kena tny Ustaz nih mksud dia). Biar xde sbrg unsur haram sbb yg buat software kat dunia ni berhak dpt habuan utk software diorg buat penat2. banyak pulak, tulis nih. tp yg penting, Anda semua mahir dalam memilih ntvir yg bgus. m2mdoh cuma ckp dr pngalaman dan ingin berkongsi dgn kawan2. sekian, makacihhh~~~ =) :.

  40. ari on July 12th, 2009 at 3:08 pm

    x berat ke kalo install 2 jenis antivirus utk 1 komp??

  41. m2mdoh on July 24th, 2009 at 11:59 am

    .: memang berat bro, masa m2mdoh pakai dulu, (version lama) diorg ni masih serasi lagi~~ masa tu pulak komputer rumah cuma ada 512 je ram, kira ok gak masa nak onl9. tym main game sori la nak on dua2 skali, ram kena maen bro~~ ;P yg sekarang nih naik menyampah pulak dgn avg, xblh harap pun ada gak (version bru dia kehampehan sgguh). skrg main taktik lain, tp tetap menten pakai yg free-registered home version lg (xpyh pirate2). g site nih, [http://avptool.virusinfo.info/en/] download softw dia. pastu donlod avast home. register by emel utk avast. pastu softw avptool tu install jugak. nak scan je pakai avptool, avast pasang resident shield tggi2. pastu kalau scan usb ke, whole pc ke, system volume information ke, mmg ada jumpa. siap jerit2 lg, huahuahua~~ (avptool tu kaspersky virus remover-every week dia ada update bru, tp kalau pakai yg lama pun xpe-xde softw restriction). Selamat mencuba~~ :.

  42. pzychozound on September 7th, 2009 at 6:10 am

    Eset Smart Security is the best!:p

  43. dani on October 2nd, 2009 at 11:19 pm

    saya dah guna McAfee anti virus,, tapi yang banyak detect virus windows pc defender,, masalahsaya sekang windows ni suh regester… lau free tak pa…. so leh tlg tak

  44. m2mdoh on October 6th, 2009 at 10:58 am

    .: xde pengalaman pulak guna mcAfee nih.. tp yg windows pc defender tu apa pulak? knp rasa byknya brg belum tau lg nih-byk sgt software kat market, haiyaa~~ X-D tak kisah nak guna apa, tp biarlah ntvir tu bkesan dan kuat. yg pntingny psl ntvir tu ialah, kalau dia xde l9 intenret, dia kuat ke tdk? haa.. sbbnya, virus n d geng, kalau xdtg dr internet, diorg dtg dr.. removable media: USB, cd, dvd, smua ada bunyi eeee.. haha X-D ntvir yg kuat, jenis xupd8 hr2 pun dia dpt detect virus and unknown virus. yg kureng kuat ialah ntvir yg xdpt buang n detect virus terkenal atau yg xknl tnpa prlu upd8 hr2. ntvir jenis ni ada susah ckit na pcaya.. tp knp tny windows suh register? kalao softw pirate2 nih, cari sendirilah. susah nak ckp, xblh pulak utk diajar, hint dia, ‘cari sendiri’. kalao fhm,ok. kalao xfhm, hohoho.. X-D :.

  45. pemburu impian on May 14th, 2010 at 2:48 am

    aku pakai kaspersky 2010..ori punye…mmg puas hati..xbanyak songeh mcm avira…avg…
    hehe

Leave a Reply




Terhangat di Pasaran!


Terhangat @ Forum (more)

Links

Archive


Sponsor

Recommended Sites