Kesan Kenaikan Harga Minyak Terhadap Perniagaan Internet
Sejak pengumuman kenaikan harga minyak, ramai peniaga-peniaga kedai(terutama peniaga kedai runcit) yang mengeluh hasil jualan mereka terjejas teruk. Jika dulu, hasil jualan boleh mencecah Rm1,000 sehari, tapi kini hendak cecah RM400 sehari pun agak sukar.
Sememangnya, kenaikan harga minyak memberikan impak yang sangat besar kepada kuasa membeli masyarakat. Masyarakat kini lebih berhati-hati apabila ingin berbelanja.
Itu cerita perniagaan offline, bagaimana pula dengan perniagaan online dan kuasa membeli masyarakat di internet? Adakah ia memberikan sebarang kesan?
Buat masa ini, saya tidak menjumpai lagi sebarang kajian dibuat terhadap perkara ini di Malaysia, namun begitu, di US, pihak JupiterResearch dengan kerjasama LinkShare telah menjalankan satu survey untuk melihat kesan kemerosatan ekonomi terhadap tabiat membeli rakyat mereka.
Berikut adalah hasil survey yang dijalankan terhadap 1234 orang pengguna internet di US :
- Secara keseluruhannya, pembeli di internet menjangkakan mereka akan mengurangkan lebih banyak pembelian secara offline berbanding membeli secara online.
- Perbelanjaan Offline dijangkakan akan menurun sebanyak 6.3% berbanding online sebanyak 4.2% .
- Ramai pengguna online (81%) percaya mereka sedang mengalami kegawatan ekonomi.
- 56% bakal pembeli lebih cenderung untuk membuat kajian secara online terlebih dahulu mengenai sesuatu produk dan harga. Ini kerana, mereka ingin memastikan, mereka mendapat harga yang terbaik sewaktu kegawatan ekonomi ini.
(Berita lanjut mengenai survey boleh dibaca disini..)
Pada pendapat saya, jika kajian yang sama dilakukan di Malaysia, keputusannya juga pasti tidak akan jauh berbeza. Disebabkan kenaikan harga minyak ini, sememangnya, orang ramai akan lebih berhati-hati untuk membeli sesuatu barang. Mereka akan membuat kajian (survey) terlebih dahulu.. dan cara yang paling mudah untuk membuat survey.. adalah dengan menggunakan internet!.
Selepas itu, jika mereka menjumpai produk tersebut ada dijual di internet, mereka akan terus membelinya di internet, itu lebih mudah dan menjimatkan, berbanding jika mereka ingin membelinya di kedai, sudahlah harga produk tersebut selalunya akan lebih “mahal” di kedai, kemudian mereka kena keluar duit minyak lagi untuk pergi ke kedai tersebut. Itupun kalau di kedai tersebut ada menjual model produk yang diinginkan, kalau tiada, kena pergi kedai lain pula.. duit minyak lagi.
Jadi.. saya kira, inilah waktunya untuk para usahawan-usahawan internet mempergiatkan lagi usaha mereka di dalam menjalankan perniagaan di internet. Bagi yang belum memulakan perniagaan di internet, inilah waktu yang sesuai untuk anda memulakan perniagaan di internet.
Selamat berniaga!
Lawati Topik di forum : Kesan Kenaikan Harga Minyak Kepada Perniagaan Internet



Menarik info yang disampaikan.Terima kasih.
Artikel ini siapa yang tulis ye?
artikel ini ditulis oleh en. mohdsuhaimy.com
Terima kasih dengan info itu shuth.
Kenaikan harga minyak memang memberi kesan kepada perniagaan internet.Ada kesan negatif dan ada juga kesan positif.Namun anggaplah ia sebagai satu cabaran.
Fikir positif dan tingkatkan usaha.
…betul, sesiapa yang masih berkira2 tentang ingin memulakan online biz… mulakanlah langkah pertama… jgn takut utk melakukan kesilapan pertama.
manusia tidak dapat lari dari kesilapan. Apatah lagi jika kita tiada pengalaman…. Ramai otai IM belajar dari kesilapan. Dan kadang-kadang mereka masih lagi melakukan ‘try and error’
..mcm saya, saya cuba meningkatkan online biz capasity saya.. semenjak minyak naik. kalau dulu saya akan travel meniaga pasar tani / pasar malam jauh2, kini saya cuba limit atau kurangkan kekerapan dalam sebulan… sebab sesetengah orang mula berhati-hati untuk berbelanja.
…apap-apa pun thax Shuth atas artikel yang membina….
owhh……info yg amat bergune ni……kat malaysia xde lagi survey macam ni mei??
mmg banyak kesannya kenaikan harga minyak ni kepada perniagaan internet dan kita pula kena bijak menanganinya.
betul2. saya masih seorang pelajar U. rata2 member semua mengeluh akan kenaikan harga bahan api ini. and kebanyakan mereka sudah membuka mata terhadap keinginann untuk membeli di internet dengan alasan ia ’save’!
apa yang pasti, kenaikan harga minyak, sedikit sebanyak menjadi penggerak kepada tumbesaran perniagaan internet malaysia!
Inilah masanya memulakan perniagaan internet.
mmg byk kesan..syarikat2 pon dah mula nak buat penjimatan secara agresif
nampaknya para IM kena lebih giat mempromosikan produk masing2.
Ada sapa2 dah terasa dengan sales masing2 (penurunan sales ebiz??) saya rasa sikit (kot?) atau ada strategi yang tak betul….
Memang sudah masanya untuk kita sama-sama mengembangkan bisnes berasaskan Internet ini. Potensi??? Jangan cakapla…memang tahap membunuh untuk kaut dan jana wang melalui Internet. Dalam keadaan politik dan ekonomi negara yang kucar-kacir dan kacau, perniagaan Inernet adalah salah satu alternatif yang terbaik. Pe2hal pun, nothing is too late.
Sape stuju angkat tangan????
Perniagaan internet sememangnya memudahkan usahawan slaras dengan pembangunan malaysia ke arah negara membangun.perniagaan internet adalahsatu alternatif bagi mengaut keuntungan serta menjimatkan masa.