Kesan mempromosi pada blog

Pada hari ini ramai yang telah sedar akan kuasa internet sebagai satu media pengiklanan. Memang diakui internet adalah satu media penting pada saat ini dan ramai pengguna internet hari ini menggunakan pelbagai fasiliti percuma diinternet seperti bilik borak (chat room), forum, berita, portal catalog dan berbagai-bagai lagi kemudahan dan terbaru sensasi yang menjadi perdebatan adalah blog. Blog adalah satu laman web maklumat berbentuk berita yang anda boleh perolehi secara percuma diinternet dan blog pada hari ini telah manjadi satu bahan bacaan mudah untuk pengguna-pengguna internet mendapatkan pelbagai maklumat mengenai isu semasa dengan pantas.

Jadi persoalan disini adalah apakah efektif menjual produk atau perkhidmatan anda didalam blog?

Sebagai pemerhati saya mengakui Internet adalah satu instrumen terbaik untuk menyampaikan pesanan dengan lebih berkesan. Nasihat pertama saya untuk menjual apa-apa barang di laman-laman blog amat tipis dan perlu berhati-hati.

Ini adalah pendapat saya yang tidak seberapa, kebarangkalian pegunjung-pegunjung laman blog dan sifat penggunjung itu sendiri yang membuatkan saya mengambil kesimpulan ini. Mungkin Ya! mungkin Tidak!. Bagi saya laman-laman blog akan menjadi satu alat pemasaran yang hebat jika ia berkaitan dengan laman blog itu sendiri. Blog yang baik dan megandungi isi-isi menarik dan boleh membantu mengisi hidup pembaca adalah suatu laman blog yang baik. Jika anda bertanya pada kebanyakkan pembaca-pembaca blog adakah mereka meminati laman web tertentu berdasarkan apa yang anda jual? tidak! orang gila sahaja akan memasuki laman blog sebegitu.

Pembaca-pembaca laman blog akan mengikuti setiap artikel penulis kerana mereka yakin yang mereka akan memperolehi maklumat berguna dan boleh dipraktikkan dalam hidup (tidak mengira tips-tips itu adalah untuk hiburan, nasihat atau idea).

Mungkin pada hari ini Syarikat-Syarikat tempatan tidak sedar akan kekuatan blog tetapi ianya telah dipraktikkan oleh kenalan saya yang mempunyai blog pemasarannya sendiri. Dari aktiviti ini saya dapati ramai juga pelawat-pelawat blog amat berminat untuk mendapatakan surat berita dari blog perniagaan kerana mereka adalah peminat-peminat produk tersebut. Walau bagaimanapun ianya masih didalam kumpulan kecil sahaja.

Mungkin dari sini anda dapat lihat blog bukanlah tempat untuk menjual barang anda, Kerana mungkin promosi-promosi pengiklanan ini telah dilambakkan dan sering didapati di TV, radio, petimail, product catalog web dan pelbagai sumber lagi.

Jadi bolehkah menjual barang diinternet?

Jawapan saya Boleh! mengikut pengalaman saya jika saya sendiri ingin menjual produk diinternet saya akan mengambil beberapa langkah terlebih dahulu, Sebelum menjual saya akan membina laman blog saya dan mencipta pelawat-pelawat setia dan kemudian barulah mempromosi produk atau perkhidmatan saya.

Set kan matlamat anda untuk membina kepercayaan, kredibiliti dan personaliti anda dan cipta keyakinan pada pelawat blog dan anda akan lihat blog anda akan menjadi sesuatu alat yang ‘super‘ untuk mempromosi. Jika dahulu anda memaksa pelawat menerima produk anda dan kini apabila anda mempraktikkan perkara contoh diatas anda akan mendapati pelawat anda sendiri akan terdorong memiliki produk terebut bukannya dari pujuk rayu anda.

Article Source: TimesPR NewsWire

This entry was posted on Thursday, January 3rd, 2008 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

10 Responses to “Kesan mempromosi pada blog”

  1. Han on January 4th, 2008 at 2:48 am

    tip yang bagus shuth…
    tapi ia perlukan masa yanga agak lama…
    kalau utk mereka yang nak fast income memang tak sesuai…
    ini pendapat saya…

    han

  2. Samdaddycool on January 4th, 2008 at 3:47 am

    …good point! mmg byk betulnya… cuma kelebihan blog ia boleh dibina dg FOC… dan dlm kita membina blog, kita belajar drp blog2 otai… mcmana nak dptkan quality info, layout, dan menarik subscribers, update2 terkini… saya juga dah byk upgrade skill buat blog , dan mengharapkan sampai level otai2 bloggers…

  3. silentleo on January 4th, 2008 at 10:51 am

    Memang boleh. Tapi masalahnya, tak ramai orang sampai peringkat itu lagi. So, kenela usaha lebih sikit.

    Skrg kan dah ramai otai blogger..:D

  4. smartzul on January 8th, 2008 at 6:19 am

    Bina kredibiliti melalui blog dengan sebaik dan sebijaksana yang mungkin. InsyaAllah pembaca tiada masalah untuk kita mempromosi melalui blog. Bahkan mereka amat menyukainya dan tak sabar-sabar untuk membeli.

  5. lynn on February 27th, 2008 at 5:10 am

    betul ler… tapi cam mana nak ‘MENCIPTA PELAWAT-PELAWAT SETIA’ tu?

  6. Hafiz Abd Mutalib on May 12th, 2008 at 2:48 pm

    Salam…kata-kata semangat yang bernas. memang betul dengan apa yang dinyatakan. Ianya bergantung 100% pada owner blog sendiri..eden toray..

  7. Dead on May 23rd, 2008 at 4:12 pm

    Betul la tu…Kena la ambil masa sikit dlm membina list pelawat setia ke blog kita.Kalau nk dpt pelawat ribu2 dgn segera susah la sikit melainkan org tu ada nama atau popular dan sedang cipta kontroversi.Sure kalau dia buat blog mesti ramai org nak masuk nak tau apa cerita…Kalau org biasa2 je cuba la buat kontroversi atau benda2 pelik mcm melompat dlm guni dari Johor ke Perlis atau cabar pontianak bergusti ke… :P

    http://duniasuram.blogspot.com

  8. rohaza on May 26th, 2008 at 3:02 pm

    Tingkatkan Trafik Blog Anda dengan Adbrite Britepic

    Pernah guna AdBrite BritePic?

    Dengan feature image search yang ada di Google Search Engine sudah semestinya kita manfaatkan untuk menarik pengunjung/pelawat ke blog kita…betul tak? Feature AdBrite BritePic ini membolehkan kita memasukkan TAG untuk gambar yang kita letak. Dengan adanya tag ini Google Search akan mengenali kita sesuai dengan tag yang kita masukkan.

    AdBrite BritePic mempunyai ad code khusus untuk Blogger. Ertinya kita tidak perlu susah-susah membuat kod tambahan atau parsing ad code supaya valid.

    Feature ini adalah cara mudah dan menyenangkan untuk cari duit, kerana kita bermain dengan image atau foto. Semakin POPULAR foto yang kita letak, semakin banyak pengunjung blog kita, semakin tebal poket/saku/kantong kita. Menarik tak?
    Kalau sahabat belum pernah menggunakan AdBrite BritePic, saya berikan sedikit panduan untuk mendapatkan feature “gila” ini. :-) No more secret la!

    Masuk ke http://www.adbrite.com/britepic/britepic_my_britepics.php menggunakan account adbrite anda.Kalu belum ada, kena register dulu la!

    Setting BritePic di http://www.adbrite.com/britepic/britepic_settings.php
    Terus pergi ke http://www.adbrite.com/britepic/britepic_generate_code.php untuk memasukkan kod lokasi image dan tag yang akan dibaca oleh Google. Ada syarat khas tentang image yang dibenarkan:
    1. imej mestilah dalam format Jpegs sahaja.
    2. Images smaller then 355px wide and 110px tall will not show ads.

    Jangan lupa pilih Non-javascript version (for myspace, blogger, etc) kalau anda menggunakan Blogspot. Jangan Pilih Javascript. Sesuaikan ukuran gambar dengan memasukkan ukuran panjang dan lebar pada kotak yang tersedia.

    Copy adcode. Paste di HTML code blog anda, atau masukkan sebagai embeded image within post.

    Sekian untuk kali ini. Selamat mencuba.
    rohaza
    http://lostbolos.blogspot.com

  9. rohaza on May 26th, 2008 at 3:05 pm

    Tips-tips Blogging bagi Orang Baru / Beginners

    Blog mengenai sesuatu yang anda minat mengenainya

    Jika anda tidak berminat mengenai topic tersebut, anda tidak akan kekal lama dengannya. Cara terbaik untuk menentukan apa yang hendak diletakkan di dalam blog anda adalah dengan menanyakan soalan kepada diri anda sendiri, “ Adakah saya melakukan secara percuma?”. Jika jawapannya adalah YA, anda telah menemui topic anda. Kebiasaannya seorang yang membuat blog semata-mata kerana duit jarang sekali berjaya.

    Baca selanjutnya di http://lostbolos.blogspot.com

  10. amirulcyber on July 11th, 2008 at 11:03 am

    tip yang anda berikan sangat berguna.Trima kasih..

Leave a Reply



Produk Hangat


Pakej Web Jualan Evolusi

Terhangat @ Forum (more)

Links

Archive


Sponsor

Recommended Sites