Kepentingan Logo
Ramai yang bertanya apakah kepentingan logo?
Kebanyakkan usahawan yang berjaya diseluruh dunia kebiasaannya mencipta logo untuk sesuatu produk.Kepentingan logo ialah untuk melambangkan kerja yang professional dan logo juga merupakan cara usahawan untuk berkomunikasi dengan pelanggan.
Tahukah anda?Logo juga merupakan bentuk komunikasi di dalam bentuk visual dan secara tidak langsung ini akan memberi kepastian dan keyakinan kepada pelanggan.Tidak hairanlah jika kebanyakkan usahawan di dunia ini mencipta logo untuk sesuatu produk dan mencecah jualan produk berjuta-juta unit. Satu lagi kelebihan logo ialah pelanggan akan mudah mengingati produk kita.Contohnya bila saya sebut Mc Donald’s,Coca Cola,Pepsi dan sebagainya anda pasti akan terbayang logonya.
adi jika anda ingin berjaya didalam perniagaan Internet seterusnya menjadi usahawan berjaya ciptalah logo untuk produk anda.
Labanon adalah gelaran bagi seorang remaja yang mahu mencapai tahap bebas kewangan sebelum mencecah usia 20thn yang bernama Adly Bin Mukhtar. Semangatnya lebih membara lagi apabila mula melayari laman-laman web ebiz di Malaysia sekitar tahun 2005 ketika itu berumur 15thn.
Semangatnya untuk menjadi saudagar cyber lebih membara apabila ketika itu kecoh akhbar memaparkan jutawan internet muda iaitu Dr.Irfan Khairi.Beliau menjadi jutawan semasa berusia 24thn itu sememangnya menjadi satu cabaran kepada Labanon untuk menjadi jutawan seawal yang mungkin.Namun Labanon sedar yang untuk menjadi jutawan tidak mudah seperti yang disangka tetapi itu tidak menjadi penghalang kepada Labanon dan telah membeli domain JomBerniaga.com & beberapa domain lain menunjukkan semangatnya yang membara di dalam perniagaan internet.
Buat pengetahuan semua saya telahpun dapat duit melalui internet. Walaupun dalam jumlah yang kecil namun ianya tetap memotivasikan diri saya untuk menjadi jutawan cyber suatu hari nanti. Dengan masih mengkaji lagi tentang perniagaan internet Labanon ada projeknya yang tersendiri yang mungkin beroperasi selepas SPM. Akhir kata “Jom Berniaga kerana itulah satu-satunya jalan untuk menjadi jutawan”. Memanglah banyak cara lain untuk menjadi jutawan namun bagi saya everything is busniess!!



Leave a Reply