Kenapa VS Apa!

Salam semua,

Sekian lama saya tidak mencoretkan apa-apa di dalam ruangan ini selepas artikel pertama saya dulu. Duluu.. awal2 duluuuu..

Ramai orang sudah bercakap mengenai tips2 perniagaan internet, teknik menjana wang dan macam2 lagi di WC.. yang turut menarik perhatian saya sebagai seorang yang baru nak serius menjadi IM! Terima kasih kepada semua yang berkongsi! Semoga Tuhan membalas segala kebaikan anda semua, amin.

Justeru, izinkan saya membicarakan sedikit persoalan yang sering timbul di fikiran kita sebagai manusia biasa, apabila kita berusaha melakukan sesuatu dan hasilnya tidak memuaskan, menyedihkan dan merugikan!

Dalam perniagaan tentu ada untung rugi, turun naiknya. Internet ke, tak internet ke, risikonya sama sahaja. Bukan saja dalam perniagaan, malah dalam keluarga, persahabatan, pelajaran dan macam2 hal lagi dalam kehidupan.

Buku (bukan ebook – versi ebook belum launch lagi!) saya yang bertajuk Pilih Jangan Tak Pilih, ada memaparkan kisah2 benar tentang pilihan yang dibuat oleh manusia untuk menentukan halatuju kehidupan mereka. Manusia-manusia ini yang saya temui sendiri sepanjang kerjaya saya sebagai seorang ‘trainer’ dan fasilitator di seluruh negara.

Jadi, di sebalik pilihan.. persoalan ‘kenapa’ sering menghantui kita apabila sesuatu yang kita inginkan – kita tak dapat; ataupun apabila sesuatu perkara buruk terjadi dan menyebabkan kita rasa sedih, murung, kesal dan gagal.

Anda biasa dengar persoalan2 ini terngiang2 di dalam fikiran anda sendiri?

  • “Kenapa aku yang kena menghadapi semua ni?”
  • “Kenapa semua ni terjadi pada aku?”
  • “Kenapa bisnes aku jadi macam ni?”
  • “Kenapa Tuhan duga aku macam ni sekali?”
  • “Kenapa anak2 aku jadi macam ni?”
  • “Kenapa suami aku lari dengan perempuan tu?”
  • “Kenapa cikgu suka marah aku?”
  • “Kenapa mak abah tak pernah faham aku?”

KENAPA? KENAPA? KENAPA? AAAARRRGGGHHHH!!!

Apabila sesuatu terjadi.. sesuatu yang buruk, tidak diingini, tidak dijangka, menyakitkan hati, mengecewakan dan yang sejenis dengannya terjadi pada diri kita, kita pasti akan meluahkan persoalan2 ini secara automatik, separa sedar.

Dan ada juga antara kita yang membawa persoalan2 ini dengan sedar, dan meluahkannya kepada pasangan, sahabat baik, blog, diari dan lain2 lagi. Dan jawapan yang anda terima.. “Sabarlah..” atau “Ada hikmahnya..” atau “Mungkin Tuhan nak uji kau..” dan macam2 lagi.. kan?

Seterusnya anda pun berkata “Yelah, tapi kenapa aku? kenapa uji aku macam ni sekali?” “kenapa?” “kenapa?” “kenapaaaaaaaa….????”

Macam dialog Tuan Director Ahmad Nisfu, “kenapaa kenapaaa akuuu.. aku takdak kena mengena dalam ini gambaaarrr..!!” :D

Kita terlalu dihantui dengan persoalan ‘KENAPA’ sehingga sering sangat terlupa dengan persoalan ‘APA’.

Saya cadangkan kita gantikan persoalan ‘KENAPA’ dengan ‘APA’.

  • “Apa yang aku dah buat sehingga ini jadinya?”
  • “Apa yang aku tak buat sampai bisnes aku jadi macam ni?”
  • “Apa yang aku terlupa nak buat sampai suami aku jadi macam ni?”
  • “Apa yang aku tak buat / dah buat sampai anak aku jadi macam ni?”
  • “Apa yang aku tak buat / dah buat sampai cikgu marah aku macam ni sekali?”
  • “Apa yang aku boleh lakukan supaya perkara macam ni tak jadi lagi?”
  • “Apa yang aku tak buat / dah buat sehingga Tuhan turunkan ujian seperti ni ke atas aku?”

Sering sangat kita terlupa.. kan?

Selalunya apabila sesuatu terjadi.. kita kerap lekas menuding kesalahan itu pada orang lain. Semua silap, salah, kekecewaan, kerosakan adalah berpunca daripada orang lain.

Kita sering terlupa nak tengok diri sendiri. Laju sangat nak tengok orang lain.

Saya pernah menonton satu rancangan di sebalik tabir sebuah filem, di mana satu adegan yang ditunjukkan oleh watak utama wanita (yang mendapat HIV akibat dirogol sedangkan dia seorang isteri yang baik), melutut di dalam hujan sambil menangis2 dan bertubi2 persoalan dalam hati bertanya pada Tuhan, apakah dosanya sehingga diberikan ujian sebegitu dahsyat.

MasyaAllah, jangan dipertikaikan ketentuan Tuhan! Kan lebih baik difikirkan mungkin ada dosa luar sedar yang telah dilakukan, ada kewajipan yang tidak ditunaikan ataupun adalah lebih bertuah mengetahui saat kematian sendiri kerana peluang untuk bertaubat itu diberikan dalam sedar.

Mujur itu hanya lakonan. Jika anda pernah tertanya demikian, kenapa perniagaan anda tidak pernah berjaya.. sebenarnya di sebalik tuduhan kepada orang / perkara lain, jauh di sudut hati anda tahu apakah sebenarnya punca kegagalan anda.

Kurang persediaan. Kurang study. Kurang bertanya. Kurang maklumat. Kurang rajin. Kurang usaha. Rasa semua dah cukup dan tak sabar2 lagi nak dapat duit berjuta!

Sesungguhnya Allah swt Maha Bijaksana, Dia tidak akan menimpakan sesuatu ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya.

Kita lihat ada orang begitu TABAH.. dan ada pula orang lain menghadapi ujian yang sama, tetapi menjadi ‘PEMINTA SIMPATI’. Mengapa terjadi sedemikian?

Itu semua adalah pilihan.

Berapa ramai peniaga yang ‘bungkus’ dan terus trauma hendak berniaga? Dan berapa ramai pula peniaga yang beberapa kali ‘bungkus’, bangun kembali dan kini bergelar jutawan?

Ujiannya sama, hanya pilihan mereka yang berbeza. Yang trauma telah memilih untuk tidak berniaga lagi kerana mempunyai pengalaman lampau yang ‘menakutkan’, manakala yang sudah menjadi jutawan telah memilih untuk terus berjuang dan tidak memperdulikan perkataan ‘putus-asa’.

Antara mereka, ada yang memilih untuk mempersoalkan ‘KENAPA’, dan ada yang memilih untuk mempersoalkan ‘APA’. Pastinya persoalan ‘KENAPA’ tidak membawa kita keluar dari masalah, sedangkan persoalan ‘APA’ akan membawa kita ke fasa mengenalpasti dan menganalisa masalah, seterusnya menemui formula penyelesaian dan akhirnya menghasilkan suatu keputusan yang cemerlang!

Bukan saya hendak mengajar anda semua, tetapi sekadar perkongsian. Satu matlamat punyai ribuan cara untuk mencapainya. Lebih banyak kita berkongsi, lebih banyak cara yang kita boleh jadikan pilihan.

Setiap hari sebelum tidur, fikirkan sekurang2nya SATU ilmu yang telah anda dapat pada hari itu. Dan pagi esoknya, bangun dengan semangat, kegembiraan dan keazaman yang dahsyat untuk berjaya!

Wallahu alam.

Bookmark and Share


This entry was posted on Sunday, December 14th, 2008 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Kenapa VS Apa!”

  1. zariham on December 14th, 2008 at 5:01 pm

    mind set memang penting dalam menentukan hala tuju hidup dan apa yang kita mahu lakukan. sesunggunya yang baik dtg dari Allah swt dan yg buruk dari kelemahan kita sendiri.

  2. samdaddycool on December 14th, 2008 at 9:33 pm

    wow!…. satu penjelasan yang seronok dikupas.. walaupun sangat mudah.. apa vs kenapa… bagus.. bagus.. memang best!

  3. Zairi Zaidi on December 14th, 2008 at 11:37 pm

    Ler…
    Mula-mula tak faham tajuk…
    Lepas baca komensamdaddycool baru paham

    Apa2 pun terima kasih atas motivasi pembakar semangat untuk terus berjaya ini

  4. AlphaLipidweb on December 16th, 2008 at 11:07 am

    musuh manusia adalah diri mereka sendiri bukan orang lain.

  5. bard on December 17th, 2008 at 6:33 am

    Salam bahagia buat semua,

    Kehidupan kita ini diselubungi dgn persepsi/anggapan/andaian. Jadi bila perkara ‘Kenapa’ berlaku terhadap diri kita sendiri menyebabkan tindak balas (reaksi) spontan sama ada utk menyalahkan orang lain, diri sendiri malah lebih tragik ‘menyalahkan Tuhan’ pula.

    Sebaliknya Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang memberi kita pilihan memilih ‘Apa’ yang patut kita lakukan dlm menjalankan aktiviti kehidupan sebagai ‘Khalifah’ dibumi ini. Apabila persepsi ‘Apa’ yg menimpa kedalam kehidupan ini mempunyai hikmah dan tujuan tertentu sebenarnya mendorong kita lebih tabah dan menjadikan kita lebih hebat dari sebelumnya.

    Misal kata; Apa yg menyebabkan kita sakit, tentu saja mungkin sebelum ini kita kurang memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan. Selain itu, Apa yg membuatkan kita tidak dapat memperolehi kewangan yg stabil? adalah mungkin kerana kita tidak bersedia dan mahu berusaha dengan lebih bijak lagi (bukan bekerja berhempas pulas macam dahulu kala).

    Pendek kata kelemahan atau kekuatan yang mendorong utk kita berjaya adalah bergantung dgn kemahuan dari diri kita sendiri. Lihat dicermin yg anda lihat adalah imej diri anda sendiri. Berbangga lah menjadi diri anda sendiri.

    Sekian, wasalam.

  6. Alam on December 22nd, 2008 at 5:34 am

    mmm..betul jugak kadang2 persoalan nih terjadi kat aku….
    always thinks positive

  7. ajak on November 2nd, 2009 at 7:41 am

    btol3..
    soalan kenapa?apa? mengapa?nie sllu bermain difikiran..
    nk bli ar bku neh..

  8. ijan on January 1st, 2010 at 1:58 am

    Masalah ni sering terjadi kat aku dan akhirnya…….

Leave a Reply