Kenapa Jemputan “Joint Venture” (JV) Anda Tidak Dilayan

Kenapa Jemputan “Joint Venture” (JV) Anda Tidak Dilayan
oleh Zamri Nanyan

Salah satu cara yang sangat berkesan di dalam mempromosikan produk ialah melalui promosi rakan niaga (joint venture). Anda cari rakan niaga yang mempunyai kelebihan untuk mempromosikan produk anda dan tawarkan insentif bagi setiap jualan yang dihasilkan.

Namun, walau sehebat mana sekali pun produk anda, jika anda tidak lakukan dengan cara yang betul, jemputan “Joint Venture” (JV) anda tidak akan dilayan oleh bakal rakan niaga anda.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa jemputan anda tidak dilayan berdasarkan pengalaman yang saya lalui.

1. Perhubungan Tidak Diutamakan

“Joint Venture” merupakan perhubungan yang berdasarkan kepercayaan terhadap seseorang individu dan juga produk yang dijual oleh individu tersebut.

Sebagai contoh, sekiranya saya terima satu email yang tidak saya kenali penghantarnya dan di dalam email tersebut, beliau memohon saya untuk mempromosikan produk atau servis beliau, besar kemungkinan saya tidak akan melayan permintaan ini. Bayangkan jika saya terima permintaan JV ini dan akhirnya saya dapati yang individu ini adalah seorang penipu, tidakkah susah di kemudian hari?

Seseorang usahawan internet lebih suka melakukan JV dengan mereka yang telah membina perhubungan baik terlebih dahulu dan saling mengenali di internet. Jadi, mulakan perhubungan tersebut dahulu sebelum anda usulkan cadangan untuk JV. Biarkan bakal rakan niaga anda ini kenal dan suka kepada anda dahulu.

Buat pengetahuan anda, perhubungan bisnes yang baik ini juga merupakan satu aset berharga bagi bisnes anda. Saya dan Patric telah menekankan kepentingan perkara ini di dalam produk The Four Weeks To Freedom(http://ww.TheFourWeeksToFreedom.com) dan saya harap anda ambil serius perkara ini.

2. Jemputan Yang Sambil Lewa

Pada dasarnya, konsep JV adalah mudah. Anda minta pertolongan usahawan internet yang telah berjaya untuk membantu anda mempromosikan produk terbaru anda.

Walaubagaimanapun, konsepnya sahaja mudah tetapi implimentasinya perlukan ilmu. Sebagai contoh, anda perlu tahu menulis email yang berkesan supaya bakal rakan JV anda membacanya tanpa merasa yang ianya adalah sebuah “template” jemputan yang tidak mempunyai nilai keperibadian dan kaku disebabkan ayat yang ditulis sebenarnya ditujukan kepada umum.

Jadi, ambil sedikit masa untuk menulis kepada rakan JV anda (terutamanya mereka yang anda rasakan akan menghasilkan jualan yang banyak untuk anda) dengan menyertakan panggilan nama, bertanyakan khabar dan berita spesifik mengenai bisnes mereka dan sebagainya. Dengan cara ini, rakan JV anda ini akan tahu yang anda mengikuti perkembangan bisnes anda dan mereka akan berasa yang apa yang mereka lakukan adalah penting, sama penting dengan promosi yang bakal mereka lakukan untuk anda. Inilah yang dikatakan mesej tersirat dan jarang dibongkarkan kepada usahawan internet baru.

Tidak salah untuk menggunakan “template” tetapi pastikan ada kelainan di dalam setiap email yang anda hantar kepada setiap rakan JV penting anda.

3. Tidak Hormat Dan Tidak Peka

Bukan setakat ada jemputan JV yang sekadar melepas batuk di tangga, ada juga individu yang tidak hormat langsung kepada bakal rakan JV mereka.

Penggunaan ayat seperti “aku” memang tidak sesuai lebih-lebih lagi jika anda tahu yang rakan JV yang anda ingin jemput tersebut lebih tua daripada anda, dan walaupun rakan JV anda ini lebih muda daripada anda, perkataan “aku” ini memang tidak sesuai di dalam bisnes internet sebegini melainkan anda benar-benar rapat dengan rakan JV anda.

Kadang-kadang ada juga ayat berbentuk sindiran dan mendesak seperti “Ye lah, anda sudah berjaya dan banyak duit. Tak kan la ‘blast’ satu email pun tak boleh?” atau “Ini email kedua saya. Saya masih menunggu jawapan anda. Jika tiada jawapan dalam masa 2 hari lagi, saya andaikan anda tidak berminat untuk menyertai JV ini.”

Ingat! Kebanyak rakan JV yang menghasilkan banyak jualan selalunya sibuk dengan bisnes mereka. Ada kalanya jemputan JV masuk mencurah-curah setiap minggu sehingga ada yang tak sempat mereka baca. Mungkin pilihan masa anda tidak tepat dan rakan JV ini tidak dapat promosikan produk anda. Jika anda desak pun, ada kebarangkalian yang mereka memang tidak dapat penuhi permintaan anda.

Kepekaan anda di dalam hal ini adalah penting.

4. Syarat Testimoni

Selalunya apabila saya dijemput untuk menjadi rakan JV, saya akan diberikan akses ke produk yang akan dijual supaya saya dapat lihat sendiri produk tersebut. Produk ini pula bukanlah produk yang tidak siap atau cuma draf yang compang-camping tetapi ianya adalah akses penuh ke laman muatturun produk atau produk fizikal yang dihantar terus ke rumah. Daripada inilah baru saya mudah untuk berikan testimoni sekiranya perlu.

Bercakap mengenai testimoni, bukan menjadi kewajipan untuk rakan JV anda memberikan testimoni untuk produk anda. Jika rakan JV anda akan promosi dan pasarkan produk anda, ini tidak bermakna yang mereka akan berikan testimoni dengan rela hati. Mungkin produk anda tidak cukup kriteria untuk rakan JV anda berikan testimoni. Jadi, jangan desak mereka.

Sesetengah individu pula meletakkan syarat yang rakan JV perlu janji akan berikan testimoni apabila mereka bersetuju untuk mempromosikan produk mereka. Selepas mendapat persetujuan ini, barulah produk mereka diberikan dan seterusnya rakan JV perlu menulis sesuatu untuk testimoni tersebut.

Segala-galanya adalah songsang sekarang. Sepatutnya rakan JV diberikan akses ke produk dahulu untuk penilaian. Sekiranya produk yang diberikan adalah berkualiti, barulah rakan JV anda akan berikan persetujuan untuk mempromosikan produk anda. Jika mereka rasakan produk anda memenuhi kriteria, barulah testimoni diberikan.

Inilah sepatutnya dipraktikkan oleh mereka yang mencari rakan JV.

Sama ada anda menjual produk digital atau produk fizikal, anda tidak akan rugi apa-apa pun jika produk anda diberikan kepada rakan JV anda. Ini kerana potensi jualan yang bakal rakan JV anda hasilkan adalah lebih besar.

5. Masa Yang Singkat

Di dalam kebanyakan jemputan JV di pasaran tempatan, faktor ini merupakan salah satu masalah terbesar yang saya temui.

Bayangkan yang anda akan melancarkan produk yang anda sudah habiskan puluhan ribu ringgit untuk menghasilkannya. Produk ini ternyata amat baik untuk pelanggan anda.

Masalahnya anda tidak mempunyai kumpulan pemasaran yang akan memasarkan produk anda dan anda pilih rakan JV sebagai cara untuk memperkenalkan produk anda kepada pasaran.

Esoknya anda akan lancarkan produk anda dan cuma baru hari ini anda mula menjemput rakan JV anda untuk mempromosikan produk anda tersebut. Ya, memang ada di kalangan rakan JV anda yang dapat mempromosikan produk anda tetapi kebarangkalian untuk rakan JV lain untuk tidak dapat turut serta juga tinggi.

Ini mungkin disebabkan rakan JV anda sudahpun mempunyai tanggungjawab lain seperti mempromosikan produk sendiri atau mereka sendiri tidak dapat dihubungi.

Disebabkan kurangnya perancangan menjemput rakan JV anda terlebih awal, besar kemungkinan promosi produk anda akan gagal walaupun produk anda memang sangat berkualiti dan mempunyai permintaan tinggi.

Walaupun mungkin anda ada 3 hingga 5 rakan JV yang dapat membantu, tidakkah ianya lebih baik untuk dapatkan 30 hingga 50 rakan JV untuk mempromosikan produk anda? Mungkin anda boleh dapat 30 hingga 50 rakan JV sekiranya perancangan dibuat terlebih dahulu.

Lebih buruk lagi, anda tiada perancangan langsung untuk melancarkan produk anda. Selepas beberapa hari (atau minggu) produk baru anda diumumkan, baru anda tercari-cari rakan JV yang dapat membantu anda. Memang sukar untuk rakan JV anda bantu anda sekiranya ini berlaku. Kenapa? Goreng pisang yang panas sudahpun sejuk.

Jadi, pastikan anda sendiri juga memberikan masa yang cukup untuk rakan JV anda meneliti produk anda, menilai dan membuat strategi pemasaran mereka sendiri sebelum mereka dapat membantu anda. Jika anda rasa ianya mungkin akan mengambil masa 7 hari untuk rakan JV anda meneliti produk anda dan menyusun strategi pemasaran mereka, berikan produk anda seminggu lebih awal. Jika ianya mengambil masa sebulan, berikan sebulan lebih awal.

Rancang dengan teliti.

6. Jasa Tidak Dibalas

Di dalam sebarang bisnes, ada peraturan tidak bertulis yang banyak dipraktikkan oleh usahawan yang telah berjaya – termasuk saya sendiri.

Sebagai contoh, jika sebelum ini rakan JV anda pernah memohon untuk anda promosikan produk beliau dengan cara yang baik tetapi anda telah menolaknya tanpa sebarang alasan kukuh, jangan harap yang jemputan anda pada kali ini akan mendapat layanan istimewa.

Persaingan di dalam bisnes, terutamanya bisnes internet, akan menjadi lebih sengit pada masa akan datang. Bahangnya pun sudah terasa sekarang. Jadi, tidak hairanlah pada masa akan datang, akan ada kumpulan-kumpulan usahawan yang akan memasarkan produk-produk mereka sesama sendiri sahaja. Pada masa ini, anda akan rasakan yang ianya akan menjadi sukar untuk anda memasarkan produk anda sekiranya anda tidak tergolong di dalam kumpulan ini.

Untuk menyertai kumpulan niaga ini, walaupun tiada peraturan bertulis dinyatakan, anda sebenarnya sudah dimestikan untuk membalas jasa promosi rakan JV anda yang telah membantu anda sebelum ini. Jika mereka pernah menjadi rakan niaga anda dan hasilkan jualan buat anda, adalah menjadi “kemestian” untuk anda berusaha untuk mempromosikan produk mereka pada masa akan datang.

Jika jasa mereka ini tidak dibalas, pada suatu ketika anda perlukan rakan niaga untuk mempromosikan produk terbaru anda, anda akan kehilangan sokongan padu daripada rakan JV anda yang lepas. Ini akan merugikan kerana anda pun tahu bahawa salah satu syarat JV yang penting ialah membina perhubungan yang baik sesama usahawan lain.

Begitulah serba sedikit sebab utama kenapa jemputan JV anda tidak dilayan. Terdapat banyak lagi sebab lain yang membantutkan usaha anda mencari rakan JV yang menguntungkan anda. Panduan di atas memberikan anda satu pendedahan supaya anda dapat membuat jemputan dengan jayanya pada masa akan datang. Oleh itu, pastikan anda simpan dan rujuk artikel ini semula apabila anda mempunyai produk untuk diterbitkan nanti. Siapa tahu? Mungkin dengan ilmu dan tip di sini dapat menjana pendapatan 6 angka untuk pelancaran produk anda, seperti yang pernah saya lakukan sebelum ini.

Dan untuk memudahkan pengurusan jemputan dan promosi JV, sebuah perkhidmatan penyenaraian pelancaran produk terkini juga ada disediakan di http://www.JVPanas.com di mana sesiapa sahaja boleh sertainya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.pakaraffiliate.com untuk mempelajari sistem pemasaran affiliate beliau.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Pakar Affiliate” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

Bookmark and Share


This entry was posted on Friday, April 23rd, 2010 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Kenapa Jemputan “Joint Venture” (JV) Anda Tidak Dilayan”

  1. pemburu impian on May 14th, 2010 at 2:45 am

    aku xla berjaya sangat sekarang…ape org kate ukur baju di badan sendiri…hehe…
    tp nice info!!!

  2. persada on July 5th, 2010 at 3:00 am

    salam…
    betul jua apa yang di katakan pemilik atikel ini, saya sebagai org baru dalam internet terasa jua lah, tapi tak mengapa sebb saya masih baru di sini.. teringn jua untuk bersama2 dgn rakan2 yang dah berjaya lain….
    terima kasih atas atikel anda :)

  3. aniza on July 13th, 2010 at 5:48 am

    Betul apa yang saudara Zamri Nanyan katakan itu. Apa-apapun mesti tau bagaimana nak bermula.
    Saya nak berkongsi maklumat dengan ebook percuma “9 Perkara Asas Yang Perlu Ada Untuk Berjaya Dalam Perniagaan Internet”. Sila klik link di bawah untuk mendapatkannya sekarang.
    htpp://www.langkahdemilangkah.webs.com

  4. hypropbulksms on August 13th, 2010 at 9:41 am

    Setuju, memang pada amasa akan datang persaingan antara IM bakal sengit. Tapi kalau terlalu bekerjasama JV juga boleh mendatangkan syak. Contohnya pembeli akan tertanya-tanya seperti ini.

    Bila si A jual barang jer si B punya muka ada, Bila si B jual barang muka si A bagi testimonial….

    Kroni agaknya ni, .. apa pendapat tuan..

  5. razmanmy on August 26th, 2010 at 9:33 am

    saya x rasa pun itu sebagai kroni yang boleh mendatangkan syak tapi ia adalah satu kepercayaan yang di berikan kepada rakan jv untuk turut sama bersaing dalam perniagaan walaupun produk orang lain jd kita boleh tahu setakat mana kemampuan kita utk lebih maju dalam perniagaan internet.

  6. Haneef on November 2nd, 2010 at 3:11 am

    trust. to build online trust you need true facts.

  7. nik on January 9th, 2011 at 12:17 am

    No 1 adalah kunci kepada JV, sememangnya tepat kerana kita pun jika nak memberi testimoni perlu mengenali penulis supaya tak tertipu.
    Informasi yang menarik. terima kasih

Leave a Reply