Kenapa iklan kemasyarakatan muncul?
Kenapa iklan kemasyarakatan muncul? Kenapa tiada adsense dipaparkan? Akaun saya ok tak nie? Macam mana tak mahu tunjukkan iklan kemasyarakatan macam xxx.com?
Assalamulaikum wbt.
Inilah persoalan yang akan bermain di fikiran anda terutama apabila menulis blog dalam bahasa ibunda, bahasa Melayu. Jadi sekarang anda akan lihat bagaimana cara setting untuk tidak memaparkan iklan kemasyarakatan dari google ads.
Sebelum itu, kita perlu mengetahui kenapa iklan kemasyarakatan selalu dipaparkan?
1. sebab tiada iklan berkaitan dengan post anda. Mungkin juga ‘kepekatan’ keyword anda kurang. Ini selalunya terjadi kepada blog yang mencampur adukkan kandungan dalam blog dan tidak menulis berdasarkan keyword.
2. tiada iklan berbahasa Melayu yang banyak. Masih belum ramai orang Melaysia menggunakan adwords berbahasa Melayu mungkin. Owh, maafkan daku wahai bahasa ibunda ku, tetapi itulah kenyataannya. Tapi saya tidak pernah cakap “Im look stupid when speaking Malay”. Hehe..
Cara nak atasi? Perbanyakkan keyword yang telah anda target.
Keyword adalah kata kunci yang anda target ketika memulakan website atau blog di peringkat permulaan sama ada menggunakan nichebot atau tools yang lain.
Kalau tak jadi jugak?
Sekarang anda akan dibawa ke video bagaimana mengubah setting tersebut. Semoga terhibur dan mendapat manfaat darinya.
Mohd Ramzan Rozali
RajaBlog.info



Leave a Reply