Kematian Affiliate Program Sudah Dekat?

Pernah jumpa ayat di bawah?

“Link affiliate anda tidak akan kelihatan seperti link affiliate. Contoh link http://ads.ipowerweb.com/~afftrend/transaction.php?APID=7&affID= 00000000000000017787 akan menjadi http://www.domainanda.com/ipower Pengguna tidak akan ketahui bahawa link tersebut adalah link affiliate sama sekali dan tidak akan was-was untuk klik padanya.

Pengguna tidak dapat memintas link affiliate tersebut kerana link tersebut seolah-olah adalah sebahagian dari laman web anda dan tiada id affiliate yang kelihatan.”

atau pun ayat di bawah ini?

“Pastikan pembaca tidak tahu ia adalah affiliate link.”

atau ayat seumpamanya?

Tidakkah dengan naluri seorang manusia, kita dapat berfikir, kenapa perlu menyembunyikan affiliate link? Kenapa perlu bersusah melindunginya? Adakah kita cuba menipu pembaca?

Artikel “Kematian Affiliate Program Sudah Dekat?” ini ditulis bagi mengupas fenomena tidak sihat ini.

Affiliate Program menjanjikan pulangan lumayan kepada pesertanya. Ia mudah. Anda hanya perlu mempunyai minat dan skil menulis yang baik, kemudian melalui penulisan anda, anda mengajak pembaca membeli sesuatu produk yang sedang dijajakan. Ya, tepat sekali. Anda adalah jurujual online!

Sebagai jurujual yang beretika, anda sepatutnya dengan terus terang memberitahu pembaca, bahawa anda mendapat komisyen bagi usaha anda membawa mereka ke laman jualan sesuatu produk. Keikhlasan ini biasanya dipandang tinggi oleh pembaca. Ia membina kredibiliti anda.

Justeru, fenomena menyembunyikan affiliate link(<i>memperelokkannya*</i> adalah suatu isu yang lain), perlu dibanteras.

Berikut adalah tanda-tanda kematian Affiliate Program jika fenomena ini tidak dibanteras:

  • Pembaca sentiasa dalam keadaan tidak selesa kerana bimbang tulisan yang dibaca adalah suatu ayat memujuk untuk membeli semata-mata.
  • Lantaran itu, sebarang link yang disyaki sebagai affiliate link(walaupun disembunyikan) akan diabaikan.
  • Peserta affiliate program akan mula menghadapi penyusutan jumlah jualan kerana masyarakat menganggap affiliate link adalah ‘link yang kotor’.
  • Pengurangan peserta affiliate program kerana affiliate program tidak lagi dianggap sesuatu yang boleh dijadikan lubuk duit

Anda sebagai pengamal dalam industri affiliate program perlu melakukan tindakan bijak bagi mengatasi fenomena ini. Ia bermula dari setiap dari kita.

  • Mulakan dengan tidak segan silu memberitahu bahawa anda sedang mempromosikan affiliate link anda.
  • Menyedarkan pembaca tentang tindakan mempromosi affiliate link adalah salah satu dari perniagaan anda. Namun, pembaca masih boleh mendapat manfaat dari maklumat yang anda sampaikan. Dengan kata lain, anda secara ‘gentle’nya memberitahu anda sedang menyampaikan ilmu disamping mengiklankan.
  • Pemilik affiliate program sewajarnya mendidik peserta tentang bahaya tidak jujur kepada pembaca.

*memperelokkannya - memperelokkan affiliate link adalah suatu usaha menjadikan ia mesra enjin carian, lebih elok dipandang mata dan memendekkan affiliate link yang panjang.

En. Aku adalah penggemar Internet. Boleh temui beliau di http://www.enaku.com

This entry was posted on Thursday, May 24th, 2007 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

2 Responses to “Kematian Affiliate Program Sudah Dekat?”

  1. suib on January 5th, 2008 at 8:41 pm

    memang benda ni dah lama, no big deal, bagi aku tak ada masalah kalau link tu macam mana pun. sekarang tak ada orang pakai script affiliate 7 tahun dulu.

    bagi aku landing page yang penting. aku pun sekarang tengah develope affiliate program, harap 2008 dapat launch produk tu.

    anyway usaha yang bagus..

  2. balootisme on January 9th, 2008 at 6:27 am

    bagi pendapat aku,

    sebab utama orang tidak klik pada link affiliates (yang panjang) adalah kerana mereka mempunyai SIFAT HASAD DENGKI YANG TINGGI. tak boleh tengok orang lain senang/buat duit…

    kita sebagai IM sepatutnya tidak mempunyai sifat sebegitu..kita sepatutnya support sama2 IM MALAYSIA…

Leave a Reply



Survey @ WC


Sertai survey anjuran WC.

Produk Hangat


Rahsia 10k Terbongkar

Terhangat @ Forum (more)

Links

Archive


Sponsor

Recommended Sites