Kehancuran Program Reseller

Akhir-akhir ini banyak betul website-website skim cepat kaya yang tumbuh dan menggunakan perkataan “program reseller” sebagai nama samaran bagi “skim cepat kaya” anjuran mereka.

Kebanyakkan website-website program reseller ini, menawarkan satu peluang “pendapatan mudah”.  Kononnya, dengan hanya perlu membayar sedikit “yuran keahlian” (RM10- RM50) , mereka akan menjadi kaya raya.

Setiap ahli akan mendapat produk “sampah” & juga sebuah website reseller. Untuk mendapatkan wang yang banyak , ahli tersebut perlu mempromosikan website reseller mereka. Lagi banyak mangsa yang mereka perolehi untuk sertai dibawah mereka.. lagi banyak wang yang akan diperolehi.

Hakikat sebenar, program-program resseler ini sebenarnya, adalah merupakan skim piramid dan program skim cepat kaya versi terkini.

Mengapa saya katakan program reseller ini adalah sebuah program skim cepat kaya?

Ramai yang terkeliru dan mengatakan program reseller ini adalah sama seperti program affiliate, tetapi hakikatnya tidak.

1) Program reseller berbilang tingkat, duit yang diperolehi akan digunakan untuk membayar orang atas yang bertingkat-tingkat. Berbeza dengan program affiliate, maksimun hanyalah 2 level sahaja.

2) Ahli yang ingin dapat komisyen, perlulah menjadi ahli berbayar. Berbeza dengan program affiliate, ahli tidak perlu membayar/membeli produk untuk memperolehi komisyen mereka.

3) Produk sampah, produk yang ditawarkan pula hanyalah produk-produk yang tidak berkualiti. Ianya wujud hanyalah untuk mengelirukan dan menutup hakikat sebenar skim piramid yang mereka anjurkan. Ini kerana, jika anda mengkaji asal usul skim piramid, pada asalnya skim piramid hanyalah melibatkan wang, tiada sebarang produk yang terlibat. Namun begitu, pada hari ini, penganjur2 skim piramid ini sudah sedikit bijak, kini, mereka menggunakan “produk” di dalam urusniaga mereka.. ianya hanyalah sebagai alasan untuk mereka mengatakan, kononnya mereka bukanlah penganjur skim cepat kaya.. sebabnya, mereka ada produk. “Wang yang dibayar oleh ahli adalah untuk membeli produk”.. kata mereka.. hakikatnya.. produk tersebut hanyalah sampah dan langsung tidak bernilai. Ianya lebih bermotifkan wang (itulah tulang belakang skim piramid).

Program reseller juga tidak akan berthan lama, malahan ianya juga merugikan ramai orang.

Ini kerana program reseller menggunapakai konsep skim piramid sebagai “model bisnes” mereka. Dan seeprti yang diketahui, skim piramid adalah merupakan satu program yang rapuh dan tidak akan bertahan lama. Mengapa skim piramid tidak bertahan lama?

Kerana model skim piramid mempunyai kekangan dan ianya bergantung kepada bilangan manusia. Anda boleh lihat bagaimana program reseller/skim piramid yang menggunapakai “5 orang bawah” sebagai orang bawah akan menjadi tepu pada suatu hari nanti.

Gambarajah berikut menunjukkan, skim piramid akan tepu pada peringkat ke 13, ini kerana, pada peringkat ke-13, bilangan orang yang diperlukan untuk menyertai skim tersebut adalah bersamaan dengan bilangan penduduk dunia. Selepas itu, jika mahu cari orang lain untuk sertaiprogram tersebut, ahli-ahli di level ke-13, perlu mencari lembu, katak, monyet dan alien sebagai orang bawah mereka. Jika mereka tidak berjaya mencari orang bawah.. mereka akan rugi!.

Hakikatnya.. lembu, katak dan monyet tidak boleh menyertai mereka!. maka.. jadilah mereka orang-orang yang rugi!. Duit dah bayar jadi ahli.. tapi satu sen pun tak dapat (sebab dah tak ada orang di dunia ini yang boleh daftar dibawah mereka)

Sekarang kita lihat semula program reseller, program reseller yang sering kita jumpa pada hari ini pula kebanyakkannya adalah website yang berbahasa melayu. Secara logiknya, ianya hanyalah ditargetkan kepada orang-orang malaysia.

Dan tahukah anda? berapakah bilangan penduduk malaysia?.. Ianya adalah 24 juta orang.

Dan memandagkan program reseller ini adalah merupakan sebuah website, maka, potensi marketnya hanyalah orang-orang yang masuk internet sahaja bukan? Jadi kini.. berapakah pula bilangan penduduk malaysia yang mempunyai akses ke internet? Ianya.. adalah 4 juta.

Sekarang mari kita lihat pula gambarajah piramid di atas.
Katakanlah jika semua orang yang masuk internet di malaysia ini menyertai program reseller tersebut. Maka, program tersebut akan mula menjadi tepu apabila memasuki level ke -9.

Pada level tersebut, seramai lebih kurang 3.8 juta orang akanmengalami masalah untuk mendapatkan orang bawah. Sekali lagi, lembu, katak dan monyet tidak boleh diajak untuk menjadi “orang bawah” mereka. Kesimpulannya.. rugilah mereka.! Hangus duit yuran sebanyak RM10-RM50 yang dibayar untuk menjadi ahli.

Hakikat sebenar!

Hakikat yang sebenarnya, dari 4 juta rakyat malaysia yang online, setelah ditolak budak-budak yang hanya tahu main games di internet dan juga pakcik-makcik yang hanya sebulan sekali masuk internet untuk check resepi kuih raya. Bakinya hanyalah sekitar 2 juta orang.

Dan dari 2 juta orang itu pula, tidak ramai sebenarnya rakyat malaysia yang “bodoh” untuk menyertai program reseller ini. Dari permerhatian saya terhadap program-program reseller ini sebelum ini, saya mendapati, bilangan mangsa yang paling ramai sesebuah program reseller dapat tipu untuk menyertai program mereka ialah sekitar 1-2 ribu orang sahaja. Pendek kata, program mereka ini akan mengalami masalah kekurangan mangsa dan akan menjadi tepu pada level ke-4 atau ke-5. Dan ini, menyebabkan, hanya 36 orang sahaja (pada level 1-2) yang sempat dapat untung . Baki seribu ahli yang lain? Terlopong dan ternganga sahajalah jawapnya..

Tak percaya? Tanyalah mereka yang “kononnya” dapat beratus-ratus RM (ratus2 je.. bukannya puluh ribu pun! oh!) dari program reseller ini.. tanya mereka, mereka ahli no berapa? Kemudian, tanya pula ahli yang ke 100 atau 300, berapa RM yang meraka dapat? Pasti mereka segan nak cakap.. oh!

Kesimpulan..

Lengkapkanlah diri anda dengan ilmu supaya tidak mudah tertipu dan menjadi mangsa pihak-pihak yang tidak bertanggungjawap. Jauhilah program-program mengarut  seperti program reseller ini. Banyakan membaca dan banyakkan bertanya kepada mereka yang lebih arif jika anda kurang pasti mengenai sesuatu itu. Sekian, selamat maju jaya!.

p/s:- Mungkin artikel ini akan menimbulkan sedikit kontroversi. Pasti ramai yang tidak akan berpuas hati.. tapi bagi saya.. ianya adalah perkara biasa. Ianya mengingatkan saya semula sewaktu zaman program autosurf, hyip dan siwisscash suatu masa dahulu. Ramai yang tidak berpuas hati apabila saya meneluarkan artikel dan mengatakan semua program itu adalah program skim cepat kaya dan piramid. Kita tunggu dan lihat.. masa akan menentukan…

Artikel ini ditulis oleh MohdSuhaimy.com dan anda dibenarkan untuk mengcopy paste keseluruhan artikel ini tanpa mengubah mana-mana bahagian.

Bookmark and Share


This entry was posted on Wednesday, September 17th, 2008 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

43 Responses to “Kehancuran Program Reseller”

  1. abdfatah on September 17th, 2008 at 7:33 am

    hohohooo… nak copy paste jugak ler… nak tampal dalam blog cari duit dengan reseller…

  2. Matt on September 17th, 2008 at 1:05 pm

    Time kasih utk info tersebut.

    aku mmg anti dgn skim piramid ni.

    boleh bagitau tak program2 reseller yg betul2 berkualiti?

  3. Bearnerd on September 18th, 2008 at 1:31 am

    Ya saya setuju. Tapi keliru sikit lah dengan program berdaftar seperti mymode. Rasanya untuk mencari downline mymode ni pun akan tepu juga satu hari nanti. Tapi tidak lah secepat program “reseller” ni. Any comments?

  4. apiz on September 18th, 2008 at 2:09 am

    Tq shuth atas post ni, sekarang ni memang banyak kelihatan tumbuh program jenis ni dan ramainya orang Malaysia ni join sebab nak cepat kaya, tapi kayap jadinya

  5. sahabat on September 18th, 2008 at 5:28 pm

    Jangan pulak produk yang berkualiti termasuk dalam golongan ni,

    saya setuju bangat dengan bro shuth, sebenar orang tak berapa paham mengenai produk reseller, nak-nak kalau jual longgokan lelong, maknanya merendahkan produk-produk tu. Kalau boleh keluar modal sikit bagi nampak professional.

    Nawaitu masing-masing kena ubah jangan terlampau pandang duit segera. biar lambat asal kan selamat dan terlancar. Moga tiada sangkut dengan mana-mana salah faham antara customer.

  6. silas on September 20th, 2008 at 4:43 am

    memang betul tu , e-book tak pakai punya , bole dapat free…
    hakikatnya kebanyakkan program menjana duit di internet perlu mendapat downline yang aktif dan besar , baru masyuk… yang masuk lewat atau last jadi mangsa , memang tak patut…..

  7. PRODUK RESELL RIGHT PERCUMA on September 20th, 2008 at 8:05 am

    Betullah bro shuth,progrem reseller sekarang dah tercemar.Ramai yang dah keliru apa makna sebenar reseller atau dalam bahasa melayunya “wakil penjual”.Ada pihak2 tertentu yang dah memutarbelitkan makna reseller,diaorang dah tukar identiti reseller tu sendiri kepada “wakil mencari mangsa”cari orang,taja orang..pujuk rayu….fuhh ,apa sahaja asal dapat ahli baru…

  8. ibok10 on September 21st, 2008 at 7:32 am

    bagai saya bukan senang nak senang, jarang orang boleh bagi banyak duit kepada kita,

    Ya saya setuju. Tapi keliru sikit lah dengan program berdaftar seperti mymode. Rasanya untuk mencari downline mymode ni pun akan tepu juga satu hari nanti. Tapi tidak lah secepat program “reseller” ni. Any comments?
    [url=http://online-build.blogspot.com/]:)[/url]

  9. jai on September 22nd, 2008 at 4:41 am

    Betul lah seperti yang di terangkan. Apa yang membimbangkan kita semua di sebabkan mereka-merka yang inginkan kekayaan mudah dengan menggunakan medium internet dan orang lain yang jadi mangsa mereka selepas terpedaya akan kata-kata manis akan mencemarkan bisnes- bisnes Internet yang lain.

    http://www.glowglokal.com

  10. mazuki mustaffa on September 25th, 2008 at 4:11 pm

    mmg betol pon…dia menggabung kan mlm dan reseller… jika mlm mmg ade produknya jadi program macam ni gunakan produk-produk ebook sampah kerana berbentuk digital….

    salam ramadhan dari,
    http://selangor2u.com

  11. jay on September 28th, 2008 at 8:00 am

    hanya komen,

    apa bezanya bayar komisen 2 atau 5 tingkat skalipun. itu sume makan untung atas usaha orang lain. katakan direct sales komisen dapat rm5, sales level 2 sampai 5 hanya rm1. yang pi pening kpale pikir pasal lg 4 ringgit 2 pasal, anggap je la sebagai bonus.

    katalah affiliate 2 tier 2 tulus and halal, setiap affiliate wat 10 sales pastu buyer mereka pun nak jd affiliate gak mereka pun wat bende yang sama tak ke ending die same je yang ada pihak yang menjadi mangsa.

    bukan ke kita patut jual bende yang kita da guna sendiri, bg saya affiliate berbayar akan wat sales yg lebih bagus berbanding mereka yang tau cakap je tapi bile tanye rupe-rupenye review ebook pun lom bace lagi. hanya mementingkan keuntungan.

    sekarang ni pun da belambak produk sampah, kebanyakan ebook adalah olahan dari beberapa ebook otai2 terdahulu. pastu ada hati nak jual sampai 40-50 ringgit. otai2 dulu cari bahan macam nak gile, bace buku, surf net, join macam2 program untuk menghasilkan sebuah ebook. tapi sekarang senang je. klua modal dalam 100-150 ringgit. bli 3,4 ebook pastu complie maklumat pastu jual mahal2. pastu produk sume one-hit wonder.

    reseller, skim cepat kaya, pak man telo, chain letter and piramid sume akan jadi halal kat malaysia ni kalau company and agent2 diorang bayar cukai. mlm skang pun banyk guna sistem ponzi, tapi sume lepas sbab byar cukai.

    komen saya ikhlas and tak berniat menyinggung hati sesape, cuma pikir2 kanlah.

  12. WC Founder on October 3rd, 2008 at 11:34 pm

    Affiliate2 tier, akan lebih menekankan kepada penjualan produk , dan komisen yang diterima adalah berdasarkan jualan produk. Manakala 5 tier akan lebih memotivasikan kepada “penajaan ahli”.. dan ini akan menjadikan ia semakin cepat menjadi tepu dan sekaligus menjadikan “kualiti” produk.. tidak di endahkan.

    Siapa kata kita hanya patut jual benda yang kita da guna? Yang penting, kita tahu dan mempunyai maklumat yang cukup tentang produk tersebut.. kalau semua produk nak kena guna dulu, bangkraplah salesman kereta mercedes dan bmw…

    tentang syarikat MLM skang yang banyak guna skim ponzi.. memang saya setuju.. sebab itu kena berhati-hati apabila nak join mana2 MLM skang nie… kena tahu bezakan yang mana MLM yang betul dan kurang betul..

  13. hadi on October 15th, 2008 at 6:54 am

    Assalamualaikum, sebenar sy keliru dgn byk2 program2 ni…mana satu yg betul, boleh bg penjelasan….teorinya sape cepat dia dapt kot…

  14. pedagangIT on October 16th, 2008 at 4:21 am

    memang banyak program reseller di pasaran buat masa sekarang..ada yang yang sebagai money game dan ada yang bersifat positif dalam merancakkan penjualan .
    saya lebih gemar memilih yang mempunyai produk berbentuk fizikal .

    selain ianya boleh digunakan , ianya membantu saya dan network menjana income..

  15. Jutawan Miskin on October 18th, 2008 at 1:51 pm

    Yang sedihnya yang buat dan yang main skim piramid ni majoritnya adalah dikalangan bangsa aku.

  16. asmidos on October 21st, 2008 at 10:03 am

    Sememangnya saya bersetuju sangat le dengan komen @ artiket abd suhaimy kita tu. Dia orang skim piramid nie, kalo, lembu kambing boleh di daftarkan, pun akan didaftarkannya. Jadi orang bawahan. Tapi dia jugak yang bayor.
    Tapi skim yang macam nie, cepat sangat dia orang nie nak join dan nak masuk. Kes baru nie, buluh emas dan lain-lain. Ramai member yang dah terkulat-kulat mengenang untung nasib. Modal pinjam kan Bank Rakyat lagi tu… Kan.. Sapa susah? Anak beranak mereka juga yang susah.
    So saya syorkan rakan-rakan yang berminat nak menyertai / membeli / turut serta dalam mana-mana program internet, cuba join forum dulu. Tanya dan minta pandangan… Kan ke elok…

  17. greenlady on November 12th, 2008 at 2:32 am

    Salam..saya pun rase confused dgn prog reseller ni..saya ada dpt email program reseller ekoleksi yg skang ni dh dtukar nama jd igetworld..ada sape2 yg join x? email yg saya dpt psl igetworld ni mmg cam meyakinkan, cuma yg mcm x sdp sbb email yg kita dpt tu actuallynye email recycle from owner of the prog kira cam template email la..siap dgn bank acct stmt n mcm2 lg tp sbenanye bkn yg tukang anta email 2 punye acct tp acct owner of the prog! ..i2 dh mcm satu penipuan but still i’m not sure whether this prog is really transparent n true..modal adalah rm50 n kita akan dapat a collection of ebooks yg saya pn x sure sampah ke x..boleh sape2 bg komen psl ekoleksi.com aka igetworld.com??

  18. nuarx on November 21st, 2008 at 6:20 am

    apa yang saya faham ttg reseller adalah kita beli produk berkualiti berserta hak serta lesen jual semula. Kemudian kita jual. Tapi sebelum tu pastikan kita master dengan produk yang dijual.

    Inilah masalah orang sekarang yang dalam hatinya ada unsur tidak baik. Bila orang dah terkena dengan istilah reseller tiruan. YAng betul2 punya pun orang akan jauh.

  19. Julius on November 22nd, 2008 at 5:39 am

    Memang sedih dengan sikap sesetengah orang yang tak bertanggungjawab ni…program reseller sebenarnya program yang banyak membantu internet marketers yg baru, yg masih takde produk nak dijual. apapun, semak betul-betul program yang ditawarkan agar tak terkena nanti…sedih, sedih…kerana nila setitik, rosak susu sebelanga?? Renung – renungkan…

  20. zariham on December 14th, 2008 at 5:41 pm

    sebelum menyertai ape2 program buat kajian terperinci dahulu, kredibiliti sesuatu program dan pihak yang bertanggungjawab. keputusan anda adalah tanggungjawab anda.

  21. roseaida on December 21st, 2008 at 11:22 am

    bila baca iklan buat ribu-ribu dengan hanya rm10 atau rm50 kadangkala rasa teruja juga. tapi bila difikirkan balik logik ke rm 10 boleh jadi ratus ribu. bila baca tulisan suhaimy rasa mcm nasib aku tak gatal tangan transfer duit melalui internet. thanks suhaimy.

  22. norzyy on January 3rd, 2009 at 6:28 pm

    kepada greenlady…igetworld.com tu memang ‘sampah’. Saya sendiri dah terkena. saya pun dapat email berlambak-lambak drpd mereka yang tidak bertanggunjawab ini. mujur la RM50 je. tp saya cepat sedar….. bila saya dpt je ebook hampeh tu, saya tau saya dah terkena. apa nak buat… masa tu saya baru je nak berjinak2 dlm dunia internet. budak hingusan lagi so mmg silap saya la tak kaji betul2. tp sekarang dah cerdik sikit.

    so sesapa yang dpt email dr igetworld ni…korang ignore je la. diorang memang terror. spamming filter pun bole lepas. bg saya affiliate lebih selamat sebab free. baca dulu betul2 cerita dia. kalau menawarkan pulangan yang tak masuk akal so…paham-paham sendiri la. tp sebenarnya saya rasa kalau kita selalu surf internet kita sudah dpt kenal yg mana betul dan yang mana kelentong….

  23. Sapikk on March 8th, 2009 at 9:51 pm

    Ye betul.. kata kan tidak pada skim2 taik.. Yang hanye membolot harta org ramai yg x taw ape2..

  24. AREE BIHUNSUP GEAR BOX on March 10th, 2009 at 12:56 am

    Salam…ya saya akui sepenuhnya apa yg telah di perkatakan oleh Shuth ..kerana memang benar program -program macam ni cukup berleluasa di Internet sekarang ni..namun ianya tetap juga berjaya menarik minat ramai newbie kerana mudah dapat duit..thank for info Shuth

  25. wak panuci on March 11th, 2009 at 2:38 pm

    tq bro shuth.. i’m newbie.. looking some RM from internet..

  26. zahrul azua on May 19th, 2009 at 8:27 am

    Sepatutnya reseller ni…

    RESELL = Jual semula
    SELLER = Penjual

    Jadi RESELLER ni penjual yang menjual semula….

  27. carrotsusu on May 20th, 2009 at 3:06 am

    Artikel yang bagus. Saya tak faham kenapa orang melayu senang sangat nak kena tipu nak menipu. Macam ada Program MLM yang hanya majaja angan-angan dengan perlu membuat pelaburan awal yang ribu-riban…sebab angan-angan. Pastu edar flyer sana-sini.
    Jadi hati-hati le sebab saya pernah attend preview yang ramai orang datang, habis program je…orang ramai yang serbu…bla diamati dan disiasat rupanya orang-orang tu diupah dari flet kat sebelah tempat seminar tu berlangsung….
    Jadi jadilah usahawan yang juah servis dan produk yang Sunrise macam..saya.

  28. syam on May 29th, 2009 at 4:56 am

    bagaimana dgn produk mlm susu alpha lipid ? susu yang sangat bagus tapi harganya sangat mahal. dia ada tingkat berlian, emas, platinum, perak …
    ramai ajen yg berjaya menjad jutawan.

  29. ampera on June 11th, 2009 at 9:10 am

    saya baru nak bljr join buat duit kat internet ni,siap beli email lagi dgn harga 50,pastu msk program yang ader 50 gak,tapi hasil dia mengecewakan ,dah lah email asyik kena meler damon jer,duit lg terbang,so kecewa saya ni dah tahap kritikal,tapi kalo tgk bukti yang diorang bagi,duit ratus ribu dalam acc ,sy pun jadi confuse sbnrnyer betul ke tipu program ni

  30. lando on July 15th, 2009 at 11:31 am

    3 Rule Utama Penipuan Internet

    1. Too Good to Be True (Photoshop Akaun ada banyak duit), Kalau betul tunjuk nama sekali seperti plentyoffish.com

    2. Preview barang takde..kena bayar dulu, tapi iklan nyer berjela-jela

    3. Due Diligence (Risikan) , sapa, alamat bisness, phone number etc…sekurang-kurangnya google kan atau check kat forum camni hehe

  31. zari on August 30th, 2009 at 11:37 pm

    hmm…btol2 2..mgarut ja..produk pon smpah..sy pnh join skali..produk mmg smpah..knonnya bleh download e-book..ebook pon ntah apa2..ciplak dr indonesia ja..hmpeh..

  32. haziri on November 28th, 2009 at 2:29 pm

    Betul tu. email saya pasti akan dapat satu email pasal skim cepat kaya ni stiap hari. Bermacam2 nama digunakan untuk mengelirukan orang. E-jariah, e-sadakah dan pape lagi la yang nampak islamic ckit. dah la wat kja jahat, nak libatkan agama lagi tu.

    Saya nk copy artikel ni kat website saya. Terima kasih…

  33. Ditipu Noradz Travel on December 30th, 2009 at 12:00 pm

    2008 dulu saya buat pinjaman RM20k utk masuk business teksi Noradz Travel. Rupa2nya skim cepat kaya. habis duit hangus. Saya dapat tahu bilangan ahli melabur ada 20,000 orang manakala bilangan teksi sebenar mereka ada hanyalah 200 buah.

    Jadi tak logik nak bayar komisen keuntungan ahli sebanyak 10% sebulan. Sepatutnya saya dapat RM 2k setiap bulan.. tup tup sekrg ni merana kena bayar balik hutang pinjaman bank rakyat!!

  34. setria on January 5th, 2010 at 3:38 am

    Saya plak hari hari dapat email dari program mengarut tu, so saya nak copy paste kan artikel ini pada blog saya. Produk yang ditawarkan pula dah la produk yang dah berkurun lamanya, mahal plak tu. Saya bersetuju dengan takrifan saudara Zahrul Azua mengeanai reseller.

  35. newbie on February 27th, 2010 at 5:55 pm

    sy ada baca artikel di rahsia10k.com dan affiliatekerajaan.com…bagus ke if saya join mane2 satu?

  36. Izzah on July 5th, 2010 at 12:48 pm

    Memang sah program igetworld hanya menipu. Pendek kata, ambil duit secara tidak bermaruah. Saya dah join untuk memastikan kesahihah komen di atas.
    Bahan resellernya memang haprak. Tak boleh baca langsung sebab tak wujud pun bila di download atau kalau boleh download lebih kepada bahan bacaan untuk dijual.
    Memang saya dah burn RM 50 tetapi harap yang lain tidak terkena.

  37. Wan on October 21st, 2010 at 2:12 am

    Salam just nak tnye..bukan saya sokong mlm atau ape.Jika produk mlm tu produk yg kualitu yg berharga dan memang diperluan ramai..adakah mlm tu masih dikira ok?

    Contoh produk kualiti,mcm domain n hosting dri GDI…ataupun autoresponder dari Trafficwave.

  38. suhaili on October 24th, 2010 at 10:32 am

    saya sokong 100% en shut, cth mcm program uptrdotdotdot tu yang saya tahu sejak zaman sekolah dulu lg, pastu sekarang ni saya dapati program ni dah masuk ke kampung2 pula. masih belum terlambat untuk kita sedar.

  39. Tengku Faris Tengku Khalid on January 12th, 2011 at 12:38 pm

    Artikel yang menarik untuk dikongsikan kepada umum.. :)

  40. Fazli on March 13th, 2011 at 3:30 am

    siapa yang dapat duit byk dalam program ni mesti tak puas hati…

  41. Che Armad on March 13th, 2011 at 6:13 am

    Yeahhh….
    Memang Artikel ni yang aku cari2 dari dulu….
    teringat zaman tag2 facebook pertengahan 2010 dulu…
    memang semak mate dan kepale….
    Ape2 pun brO Shuth terbaekkk….

    p/s: aku dah copy kat WORD… Nanti nak combine dengan Artikel aku…
    kalau aku menulis lagi berdesing/berdegung telinga…. hehehehe….

  42. FN on March 13th, 2011 at 6:43 am

    Artikel yang wajib disebarkan kepada umum..
    sangat menarik dan tertarik,,,

    Tahniah kepada Admin WC untuk artikel ini.

  43. Zul Sza on June 10th, 2011 at 7:45 am

    thanks for your info…

Leave a Reply