Kaedah Trafik Blog 1 - Guna Youtube

Salam & Selamat sejahtera. Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan artikel/ post blog yang boleh menarik lebih ramai pelawat ke blog anda. Antaranya adalah dengan memasang video di blog anda. Tahukah anda bahawa Youtube adalah jawapan yang tepat untuk masalah ini? Youtube adalah laman web profilik yang mengandungi pelbagai koleksi video yang dikumpul dari seluruh dunia, untuk tujuan tontonan umum mahupun tontonan peribadi. Laman web ini adalah antara laman web yang paling popular di dunia. Jadi, adalah amat rugi jika anda tidak menggunakan koleksi video yang terlampau banyak di sana, untuk dipasang di blog.

Bagaimana memasang video boleh meningkatkan trafik ke blog anda? Ini kerana orang ramai umumnya sukakan video. Jadi, apa salahnya anda jadikan video sebagai tarikan untuk para pengunjung blog anda, supaya mereka terus ‘melekat’ di depan video di blog anda!

Jangan bimbang pasal saiz storage server blog anda. Ini kerana ianya tidak membazirkan ruang saiz storage server anda. Hanya beberapa langkah ringkas, anda akan dapat letakkan video anda di blog anda!

Untuk memudahkan anda semua, saya sertakan video tutorial bagaimana anda boleh memasang video Youtube di blog anda, dengan percuma! Anda boleh sebarkan video ini kepada sesiapa sahaja.

Anda boleh mendapatkan video di : http://www.youtube.com/watch?v=Z0UiPCSkTKQ

atau di sini : http://www.blogsendiri.com/blog/umum/tambah-video-youtube-dalam-blog-anda.html

Sekian, dari saya.

Ahmad Mawardi,
www.blogsendiri.com/blog
Mawardee@blogsendiri.com

This entry was posted on Friday, May 18th, 2007 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

2 Responses to “Kaedah Trafik Blog 1 - Guna Youtube”

  1. khairul on August 12th, 2008 at 1:13 pm

    Wah….saya xjangka sama skali kaedah mempromnosikan blog menggunakan youtube dan video yang ingin dimasukkan ke dalam blog tidak merlukan kita menggunakan plugin sama sekali. Teima kasih di atas pemberitahuan ini, saudara Mawardee.

    ======================================
    Bisnes TDTone

    http://bisnestdtone.com/khairul

    “Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”
    =======================================

  2. capital on October 19th, 2008 at 6:55 pm

    saya telah tahu bahawa youtube adalah penting untuk menarik trafik, tepapi tak salah ke maksud saya kita ambik video dari website lain. ape cara yang boleh saya guna untuk mendapatkan kebenaran menggunakan kod embed mereka. macam video kekasihku seru yang ada dalam blog saya saya ambik dari kod embed TV3.

    takut kene saman ngan TV3 plak.

Leave a Reply



Survey @ WC


Sertai survey anjuran WC.

Produk Hangat


Sistem Kedai Online

Terhangat @ Forum (more)

Links

Archive


Sponsor

Recommended Sites