Kaedah Promosi Blog Yang Berkesan

Anda sudah bina blog? Bagaimana rupa blog anda? Adakah anda telah berjaya menarik pelawat ke blog anda?

Hari ini dah semakin ramai yang mula wujudkan blog, rakyat Malaysia juga tidak terkecuali untuk memiliki blog peribadi. Sama ada ianya percuma atau berbayar, itu bukan lagi soalnya.. yang penting adakah blog anda dilawat oleh pengguna internet?

Kadang-kadang, kita ini sibuk menulis tetapi tiada pula orang nak jenguk.. macam kita ni syok sendiri.. so, macam mana nak tarik pelawat ke blog anda?

Strategi yang saya akan cuba kongsikan dengan anda hari ini, mungkin ianya nampak mudah tetapi sebenarnya ianya juga berkesan. Tidak perlu keluar modal sehingga beratus-ratus ringgit jika ingin menjalankan promosi, sebaliknya banyak juga cara yang ?percuma? untuk dipraktikkan secara berkesan. Semua ini di atas daya usaha anda. Rajin anda melakukan promosi, semakin ramailah pelawat anda. Jadi apakah kaedah yang pertama?

1. Menyumbang sebarang artikel ke komuniti atau forum.

Jika anda perasan, saya banyak menyumbangkan artikel di komuniti wangcyber.com. Di ruang artikel saya mengambil peluang ini untuk menghantar artikel-artikel tulisan saya sendiri dan diakhirnya saya meninggalkan link ke blog saya. Dengan cara ini, pelawat-pelawat atau ahli komuniti akan menggunakan link-link di artikel ini untuk sampai ke blog saya.

Pastikan anda mengirimkan artikel yang baik dan memberi manfaat kepada pembaca apabila membaca artikel anda.

Contoh di wangcyber.com, anda bebas untuk menghantar artikel atau kandungan blog anda ke sana, secara tak langsung anda sudah mula mendapatkan pembaca baru untuk blog anda. Kaedah ini jika anda praktikan, ianya dapat membantu anda di dalam penulisan artikel. Secara tak langsung ia dapat memahirkan diri anda dalam bidang penulisan. Tidak perlu menggunakan ayat ?skema?, menggunakan bahasa mudah juga mampu memberikan anda peluang mendapatkan pelawat di blog.

2. Bertukar pautan web sendiri dengan blog.

Saya mengambil contoh laman web saya sendiri iaitu www.pelamin.net dimana saya melakukan tukaran link antara satu sama lain. Ia juga dapat memberikan peluang win-win situation dimana, jika pelawat saya melawat blog, mereka juga boleh mencapai laman web tempahan pakej perkahwinan hanya mengklik link di blog saya. Begitu juga sebaliknya.

3. Blog di dalam emel?

Tahukah anda, antara kaedah untuk menarik minat pembaca adalah memberikan mereka maklumat terus ke emel mereka. Cara tradisional yang masih digunapakai adalah dengan meletak ?signature? blog di dalam emel. Apabila mereka menghantar emel kepada rakan atau sesiapa, penerima akan membaca dan melihat tandatangan ini. Bagi anda yang baru memiliki blog, saya syorkan anda jangan mengabaikan kaedah ini. Walaupun anda mempunyai kaedah lain seperti RSS atau tag, kaedah promosi melalui emel jangan sesekali diabaikan. Emel merupakan senjata yang berkesan. Letakkan link blog anda di bahagian bawah tanda tangan atau setiap kali anda menghantar artikel. Nampak mudah tetapi berkesan.

4. Tinggalkan komen di ruangan komen blog yang anda lawat.

Statistik di blog saya menunjukkan bilangan yang pelawat yang ramai setiap hari. Dengan cara anda meninggalkan komen, ia juga dapat membantu anda mendapatkan pelawat saya untuk klik ke blog anda. Bagi mereka yang rajin, mereka boleh meninggalkan komen yang bernas, kerana kebanyakkan pelawat akan cuba mengambil tahu apa yang anda kongsikan dengan cara mudah, terus klik ke blog anda.

Inilah antara kaedah promosi percuma yang boleh saya kongsikan kepada anda. Sebenarnya banyak lagi kaedah yang mudah tetapi adakala ianya diabaikan oleh ramai blogger. Sebab itu rating atau rangking sasaran pembaca tidak dapat dicapai. Diharap dengan infomasi seperti ini, sedikit sebanyak ianya dapat membantu anda memperolehi pembaca yang setia.

Dapatkan tips berguna dan info berharga di blog http://www.noorizamshah.com
kenali siapa Noorizam Shah di http://www.noorizamshah.com/latar-belakang/

This entry was posted on Monday, June 25th, 2007 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

23 Responses to “Kaedah Promosi Blog Yang Berkesan”

  1. azuzafu on January 2nd, 2008 at 8:57 am

    salam

    macamana nak post artikel ke sini?

    tqvm

  2. WC Founder on January 2nd, 2008 at 9:26 am

    daftar sebagai contributor di http://wangcyber.com/wp-admin

  3. titan on January 2nd, 2008 at 10:25 am

    Ehm..aku lebih suka cara ke-4 dan cara ke-2.

  4. ijamidayu on January 4th, 2008 at 1:57 pm

    sesuatu info yg sangat menarik bagi saya baru melancarkan blog sendiri.. saya akan praktik dan laksanakan apa yg bro shuth ajarkan.. tq bro..

  5. ijamidayu on January 4th, 2008 at 2:34 pm

    eh silap sori noorizamshah

  6. ramzy0 on January 7th, 2008 at 8:15 am

    social bookmark macam stumbleupon juga jangan di’pandang remeh. for me, promosi through social bookmarking site ni adalah antara yg paling power. you could reach 1000 targetted visitor just in one night.. ^_^

  7. halimdanga on January 24th, 2008 at 2:29 pm

    Selamat buat semua !…Info ini amat menarik …dan dapat peluang untuk dikenali ramai….selamat mencuba buat semua..semoga ia bermanafat kita semaua…

  8. Promosi Blog Anda Di Emel | Info Pemasaran E-mel on February 11th, 2008 at 12:43 am

    [...] forum wang cyber, terdapat artikel ditulis WC Founder ( En. Shuth) bertajuk ‘Kaedah Promosi Blog Yang Berkesan‘, yang menceritakan bahawa penggunaan ’signature’ dalam emel boleh meyumbang [...]

  9. bd fabregas on February 16th, 2008 at 6:30 am

    bagi blogger baru macam saya, info ini memang berguna..

  10. wesales on February 22nd, 2008 at 4:53 am

    Menarik dan boleh di guna, terutama utk new bloggers.

  11. beduzbiz on March 10th, 2008 at 11:20 am

    tq bro maklumat yang berguna ni..kpd titan, ku mengia kan kata2 mu utk langkah 4 dan 2 krn dimana saje ku pergi mesti ada komen bernas dari mu..huhu..

  12. Luqman on April 10th, 2008 at 8:39 am

    memang btul tu..kalau tulis blog tapi xde org jenguk macam kite syok sendiri. marketing mau ada..

  13. johari on April 30th, 2008 at 10:33 am

    Salam……

    Yer memang di akui cukup berkesan…

  14. johari on April 30th, 2008 at 10:34 am

    Salam!!!

    Terbukti dan ummmph..

  15. johari on April 30th, 2008 at 10:36 am

    Salam…

    Memang benar dan mai kita buat Dapatkan RM50 setiap hari??

  16. Fauzauli Bt Hussinl on June 19th, 2008 at 2:35 am

    As’kum sila lawati laman blog kami dan berilah sebarang komen…terima kasih

  17. Khairul on July 29th, 2008 at 3:18 pm

    Promosi blog perkara yang amat penting dalam mendapat kedudukan trafik yang baik. Info dan tip yang diberikan amat berkesan.

    Bisnes TDTone

    http://bisnestdtone.com/khairul

    “MUDAH & MENGUNTUNGKAN”

  18. Hurr on August 14th, 2008 at 4:58 am

    Sebahagian besar apa yang saya dah buat atas tunjuk ajar sifu-sifu internet marketes memang power….pegh…..

  19. khairul on August 15th, 2008 at 4:48 pm

    Betoi tu Hurr. kalu kita nak jadik jutawan, kita kena berguru dengan tokoh-tokoh jutawan.

    Bisnes TDTone

    http://bisnestdtone.com/khairul

    “MUDAH & MENGUNTUNGKAN”

  20. megat on August 15th, 2008 at 5:21 pm

    tak perasan pula disini ada artikel berkenaan promosi blog. aku ada menulis tentang juga.

    http://megat.net/blog/?s=promosi.

    memang tidak dapat dinafikan langkah-langkah spt diatas memang dapat mempromosikan blog kita dan mempertingkatkan trafik ke blog!

  21. hazrul on August 18th, 2008 at 6:00 pm

    Thanks a lot. artikel yg best.. tengok !!! saya dah terus practise imu anda disini.

  22. mazuki mustaffa on August 23rd, 2008 at 8:43 pm

    saya pon…hahaha kalu ikutkan semangnya teknik nie saya dah tahu tapi xpraktis

  23. hurr riyahi on August 27th, 2008 at 3:59 am

    Salam…

    Saya dah juga cuba punya cuba punya cuba daftar adsense tapi sampai sekarang sedih rasanya…emmm ada sebab-sebab lain ke tuan? boleh ke tuan komen saya punya blog tengok2 kalau ada yang perlu dibaiki.

    “Orang baru mintak hidayat petunjuk”

    Terima kasih

Leave a Reply



Survey @ WC


Sertai survey anjuran WC.

Produk Hangat


Panduan Clickbank

Terhangat @ Forum (more)

Links

Archive


Sponsor

Recommended Sites