Kaedah Promosi Blog Yang Berkesan

Anda sudah bina blog? Bagaimana rupa blog anda? Adakah anda telah berjaya menarik pelawat ke blog anda?

Hari ini dah semakin ramai yang mula wujudkan blog, rakyat Malaysia juga tidak terkecuali untuk memiliki blog peribadi. Sama ada ianya percuma atau berbayar, itu bukan lagi soalnya.. yang penting adakah blog anda dilawat oleh pengguna internet?

Kadang-kadang, kita ini sibuk menulis tetapi tiada pula orang nak jenguk.. macam kita ni syok sendiri.. so, macam mana nak tarik pelawat ke blog anda?

Strategi yang saya akan cuba kongsikan dengan anda hari ini, mungkin ianya nampak mudah tetapi sebenarnya ianya juga berkesan. Tidak perlu keluar modal sehingga beratus-ratus ringgit jika ingin menjalankan promosi, sebaliknya banyak juga cara yang ?percuma? untuk dipraktikkan secara berkesan. Semua ini di atas daya usaha anda. Rajin anda melakukan promosi, semakin ramailah pelawat anda. Jadi apakah kaedah yang pertama?

1. Menyumbang sebarang artikel ke komuniti atau forum.

Jika anda perasan, saya banyak menyumbangkan artikel di komuniti wangcyber.com. Di ruang artikel saya mengambil peluang ini untuk menghantar artikel-artikel tulisan saya sendiri dan diakhirnya saya meninggalkan link ke blog saya. Dengan cara ini, pelawat-pelawat atau ahli komuniti akan menggunakan link-link di artikel ini untuk sampai ke blog saya.

Pastikan anda mengirimkan artikel yang baik dan memberi manfaat kepada pembaca apabila membaca artikel anda.

Contoh di wangcyber.com, anda bebas untuk menghantar artikel atau kandungan blog anda ke sana, secara tak langsung anda sudah mula mendapatkan pembaca baru untuk blog anda. Kaedah ini jika anda praktikan, ianya dapat membantu anda di dalam penulisan artikel. Secara tak langsung ia dapat memahirkan diri anda dalam bidang penulisan. Tidak perlu menggunakan ayat ?skema?, menggunakan bahasa mudah juga mampu memberikan anda peluang mendapatkan pelawat di blog.

2. Bertukar pautan web sendiri dengan blog.

Saya mengambil contoh laman web saya sendiri iaitu www.pelamin.net dimana saya melakukan tukaran link antara satu sama lain. Ia juga dapat memberikan peluang win-win situation dimana, jika pelawat saya melawat blog, mereka juga boleh mencapai laman web tempahan pakej perkahwinan hanya mengklik link di blog saya. Begitu juga sebaliknya.

3. Blog di dalam emel?

Tahukah anda, antara kaedah untuk menarik minat pembaca adalah memberikan mereka maklumat terus ke emel mereka. Cara tradisional yang masih digunapakai adalah dengan meletak ?signature? blog di dalam emel. Apabila mereka menghantar emel kepada rakan atau sesiapa, penerima akan membaca dan melihat tandatangan ini. Bagi anda yang baru memiliki blog, saya syorkan anda jangan mengabaikan kaedah ini. Walaupun anda mempunyai kaedah lain seperti RSS atau tag, kaedah promosi melalui emel jangan sesekali diabaikan. Emel merupakan senjata yang berkesan. Letakkan link blog anda di bahagian bawah tanda tangan atau setiap kali anda menghantar artikel. Nampak mudah tetapi berkesan.

4. Tinggalkan komen di ruangan komen blog yang anda lawat.

Statistik di blog saya menunjukkan bilangan yang pelawat yang ramai setiap hari. Dengan cara anda meninggalkan komen, ia juga dapat membantu anda mendapatkan pelawat saya untuk klik ke blog anda. Bagi mereka yang rajin, mereka boleh meninggalkan komen yang bernas, kerana kebanyakkan pelawat akan cuba mengambil tahu apa yang anda kongsikan dengan cara mudah, terus klik ke blog anda.

Inilah antara kaedah promosi percuma yang boleh saya kongsikan kepada anda. Sebenarnya banyak lagi kaedah yang mudah tetapi adakala ianya diabaikan oleh ramai blogger. Sebab itu rating atau rangking sasaran pembaca tidak dapat dicapai. Diharap dengan infomasi seperti ini, sedikit sebanyak ianya dapat membantu anda memperolehi pembaca yang setia.

===========
Dapatkan tips berguna dan info berharga di blog http://www.noorizamshah.com
kenali siapa Noorizam Shah di http://www.noorizamshah.com/latar-belakang/

This entry was posted on Monday, May 5th, 2008 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

22 Responses to “Kaedah Promosi Blog Yang Berkesan”

  1. Hafiz Abd Mutalib on May 11th, 2008 at 2:44 pm

    Salam…aku sekarang nie pun tengah dok praktikan sgala apa tunjuk ajar. Maklumlah orang baru terjun dalam bidang IT nie. Dengar member2 dok borak pasal internet banyak dapat duit, apa2 pun eden toray.

  2. shuk on May 17th, 2008 at 12:59 pm

    Aku pun selalu guna teknik di atas untuk promosikan blog. Cuma no 1 tu belum lagi….

  3. Dead on May 23rd, 2008 at 3:57 pm

    Bagus gak ni..boleh eden torai!Baik punya!…Hehehe

    http://duniasuram.blogspot.com

  4. zool on May 25th, 2008 at 3:43 am

    Ini merupakan teknik online..
    Ada gak teknik offline..
    Banyak teknik sebenarnya..
    Yang penting usaha dan terus usaha..

    http://www.ligakampung.com/blog

  5. Shueqry on May 29th, 2008 at 7:00 am

    Untuk perkongsian bersama, saya sertakan lagi 4 teknik yang saya gunakan :

    1. Aktif di groups, sumbangkan artikel di sana, kalau boleh lebih 30 artikel setiap hari. YahooGroups adalah tekni pemasaran blog yang selalu dipandang remeh, tapi dapat menarik ramai pengunjung ke blog.

    Contoh terbaik adalah Blalang.com dan blognya isuhangat.blogspot.com di mana dia telah setup YahooGroupnya sendiri dengan nama Blalang Group. Group tu pula aktif, lalu ini menyumbang jumlah pelawat yang tinggi di blog isu hangat.

    2. Buka akaun YouTube dengan nama blog Anda, upload video-video yang berkatian dengan niche blog, then di ruang details letakkan url blog Anda.

    3. Hantar url blog ke direktori blog. Misalnya BlogMalaysia.com, BlogCatalog dan BlogHub.com . Tiap kali ada post entri terbaru, artikel Anda ada di setiap direktori ni, lalu menarik pengunjung masuk ke blog Anda.

    4. Aktif di social site terutama MySpace dan Friendster.

    Moga perkongsian ini bermanfaat.

    Live Strong!

    -Shueqry-

  6. Khairul Naim on June 1st, 2008 at 3:23 pm

    yeah.thanks! bahan ni berguna buat newbie cm aku.

  7. i-dot on June 8th, 2008 at 7:30 am

    well…tq…syukran….very informative….
    Good for me as a new comer…

  8. Duit Pertanian on June 12th, 2008 at 6:47 pm

    Aku pun dah pakai semua teknik diatas dan sekarang website aku cepat naik dalam ranking http://www.duitpertanian.com

  9. aie on June 17th, 2008 at 2:02 pm

    aku akn cube tip2 trsebut. thank from newbie

  10. amirulcyber on July 13th, 2008 at 12:28 pm

    Tip yang anda berikan sangat berguna dan aku akan aplikasikan untuk blog aku
    http://www.amirulcyber.com/msia

  11. ayul90 on July 20th, 2008 at 5:28 pm

    aku pun baru blaja psal benda nie sume,tip yag ada kt atas nie sumenya berguna..

  12. ayul90 on July 20th, 2008 at 5:30 pm

    t.q firdaus,die da bnyak tunjuk ajar kt aku..

  13. Faqih HB on July 21st, 2008 at 7:45 am

    ada banyak lagi teknik yang berkesan untuk tarik trafik.saya tambah lagi satu melalui edaran gambar2 funny atau pun yang menarik dengan gambar tu mempunyai link kita..sekejap je..gambar tu tersebar luas hehehe…

    http://dialogpicture.blogspot.com

  14. Amir Hamzah on July 24th, 2008 at 3:40 pm

    Thanks for sharing the tips :-D

  15. Sagali on August 1st, 2008 at 12:26 pm

    banyak tips kat sini, tapi kengkadang tu jadi keliru dan pening sendiri… mana satu nak buat dulu…

  16. syarif on August 9th, 2008 at 1:32 am

    cuba jer mana2..yang biasa guna, teknik 2 dan 4.

  17. khairul on August 12th, 2008 at 8:52 am

    Satu informasi yang menarik. Boleh membantu dalam meningkat trafik di blog masing-masing temasuk. Teknik di atas adalah perkara yang perlu ditikberatkan bagi memperoleh trafik yang tinggi. Alhamdulillah saya sekarang ini cukup selesa dengan kaedah promosi yang saya gunakan. Sentisa ada pertambahan dalam bilangan trafik.

    RSS adaklah teknologi yang canggih daripada segi kemudahan penyebaran maklumat terus ke pengguna ataupun pembaca. Lebih cepat lebih mudah. saya sendiri pun skang nie sudah menggunakan kemudahan ini di blog saya.

    ======================================
    Bisnes TDTone

    http://bisnestdtone.com/khairul

    “Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”
    =======================================

  18. Zahrul Azua on August 13th, 2008 at 9:16 am

    kalau aku guna post ni jemput semua orang tengok blog aku ok tak…? heheh…

  19. apiz on August 14th, 2008 at 8:18 am

    Ye saya memang tengah mengamalkan cara2 yang di atas.Azua, anda boleh guna post ni tapi kena kekalkan nama penulis dan beritahu nak letak kat blog mana(url blog)

  20. khairul on August 14th, 2008 at 9:28 am

    Betultu saya sokong Apiz. Dalam situasi seperti ini dalam dunia blogging etika dan tatacara amat ditikberatkan walaupun kita copy n paste artikel tersebut. Pada pendapat saya, artikel seperti ini kandungannya cukup baik untuk dijadikan tatapan kepada pembaca. Kalu boleh, kandungan tidak diubah tapi olahan penulisan artikle bergantung kepada kemampuan dan citarasa saudari azua sendiri. Sekurang-kurangnya Azua boleh melatih tahap penulisan Azua sendiri. Kan2???

    ======================================
    Bisnes TDTone

    http://bisnesTdTone.com/khairul

    “Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”
    =======================================

  21. syafiq on August 22nd, 2008 at 11:31 pm

    hmm best gak artikel nie , memang bende yang paling susah wat promosi web..
    harap2 ade lagi teknik2 yang akan dikongsikan lagi..

    peace

    http://www.syariscrewz.blogpot.com
    underground download

  22. Mr.AppLe on August 31st, 2008 at 1:10 pm

    bnyk yg dpt sy belajar dari sini..

    http://mutdnews.blogspot.com/

Leave a Reply



Produk Hangat


Mentor Jutawan Orfan Khairi

Terhangat @ Forum (more)

Links

Archive


Sponsor

Recommended Sites