Kaedah Promosi Blog Yang Berkesan

Anda sudah bina blog? Bagaimana rupa blog anda? Adakah anda telah berjaya menarik pelawat ke blog anda?

Hari ini dah semakin ramai yang mula wujudkan blog, rakyat Malaysia juga tidak terkecuali untuk memiliki blog peribadi. Sama ada ianya percuma atau berbayar, itu bukan lagi soalnya.. yang penting adakah blog anda dilawat oleh pengguna internet?

Kadang-kadang, kita ini sibuk menulis tetapi tiada pula orang nak jenguk.. macam kita ni syok sendiri.. so, macam mana nak tarik pelawat ke blog anda?

Strategi yang saya akan cuba kongsikan dengan anda hari ini, mungkin ianya nampak mudah tetapi sebenarnya ianya juga berkesan. Tidak perlu keluar modal sehingga beratus-ratus ringgit jika ingin menjalankan promosi, sebaliknya banyak juga cara yang ?percuma? untuk dipraktikkan secara berkesan. Semua ini di atas daya usaha anda. Rajin anda melakukan promosi, semakin ramailah pelawat anda. Jadi apakah kaedah yang pertama?

1. Menyumbang sebarang artikel ke komuniti atau forum.

Jika anda perasan, saya banyak menyumbangkan artikel di komuniti wangcyber.com. Di ruang artikel saya mengambil peluang ini untuk menghantar artikel-artikel tulisan saya sendiri dan diakhirnya saya meninggalkan link ke blog saya. Dengan cara ini, pelawat-pelawat atau ahli komuniti akan menggunakan link-link di artikel ini untuk sampai ke blog saya.

Pastikan anda mengirimkan artikel yang baik dan memberi manfaat kepada pembaca apabila membaca artikel anda.

Contoh di wangcyber.com, anda bebas untuk menghantar artikel atau kandungan blog anda ke sana, secara tak langsung anda sudah mula mendapatkan pembaca baru untuk blog anda. Kaedah ini jika anda praktikan, ianya dapat membantu anda di dalam penulisan artikel. Secara tak langsung ia dapat memahirkan diri anda dalam bidang penulisan. Tidak perlu menggunakan ayat ?skema?, menggunakan bahasa mudah juga mampu memberikan anda peluang mendapatkan pelawat di blog.

2. Bertukar pautan web sendiri dengan blog.

Saya mengambil contoh laman web saya sendiri iaitu www.pelamin.net dimana saya melakukan tukaran link antara satu sama lain. Ia juga dapat memberikan peluang win-win situation dimana, jika pelawat saya melawat blog, mereka juga boleh mencapai laman web tempahan pakej perkahwinan hanya mengklik link di blog saya. Begitu juga sebaliknya.

3. Blog di dalam emel?

Tahukah anda, antara kaedah untuk menarik minat pembaca adalah memberikan mereka maklumat terus ke emel mereka. Cara tradisional yang masih digunapakai adalah dengan meletak ?signature? blog di dalam emel. Apabila mereka menghantar emel kepada rakan atau sesiapa, penerima akan membaca dan melihat tandatangan ini. Bagi anda yang baru memiliki blog, saya syorkan anda jangan mengabaikan kaedah ini. Walaupun anda mempunyai kaedah lain seperti RSS atau tag, kaedah promosi melalui emel jangan sesekali diabaikan. Emel merupakan senjata yang berkesan. Letakkan link blog anda di bahagian bawah tanda tangan atau setiap kali anda menghantar artikel. Nampak mudah tetapi berkesan.

4. Tinggalkan komen di ruangan komen blog yang anda lawat.

Statistik di blog saya menunjukkan bilangan yang pelawat yang ramai setiap hari. Dengan cara anda meninggalkan komen, ia juga dapat membantu anda mendapatkan pelawat saya untuk klik ke blog anda. Bagi mereka yang rajin, mereka boleh meninggalkan komen yang bernas, kerana kebanyakkan pelawat akan cuba mengambil tahu apa yang anda kongsikan dengan cara mudah, terus klik ke blog anda.

Inilah antara kaedah promosi percuma yang boleh saya kongsikan kepada anda. Sebenarnya banyak lagi kaedah yang mudah tetapi adakala ianya diabaikan oleh ramai blogger. Sebab itu rating atau rangking sasaran pembaca tidak dapat dicapai. Diharap dengan infomasi seperti ini, sedikit sebanyak ianya dapat membantu anda memperolehi pembaca yang setia.

===========
Dapatkan tips berguna dan info berharga di blog http://www.noorizamshah.com
kenali siapa Noorizam Shah di http://www.noorizamshah.com/latar-belakang/

Bookmark and Share


This entry was posted on Monday, May 5th, 2008 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

83 Responses to “Kaedah Promosi Blog Yang Berkesan”

  1. Hafiz Abd Mutalib on May 11th, 2008 at 2:44 pm

    Salam…aku sekarang nie pun tengah dok praktikan sgala apa tunjuk ajar. Maklumlah orang baru terjun dalam bidang IT nie. Dengar member2 dok borak pasal internet banyak dapat duit, apa2 pun eden toray.

  2. shuk on May 17th, 2008 at 12:59 pm

    Aku pun selalu guna teknik di atas untuk promosikan blog. Cuma no 1 tu belum lagi….

  3. Dead on May 23rd, 2008 at 3:57 pm

    Bagus gak ni..boleh eden torai!Baik punya!…Hehehe

    http://duniasuram.blogspot.com

  4. zool on May 25th, 2008 at 3:43 am

    Ini merupakan teknik online..
    Ada gak teknik offline..
    Banyak teknik sebenarnya..
    Yang penting usaha dan terus usaha..

    http://www.ligakampung.com/blog

  5. Shueqry on May 29th, 2008 at 7:00 am

    Untuk perkongsian bersama, saya sertakan lagi 4 teknik yang saya gunakan :

    1. Aktif di groups, sumbangkan artikel di sana, kalau boleh lebih 30 artikel setiap hari. YahooGroups adalah tekni pemasaran blog yang selalu dipandang remeh, tapi dapat menarik ramai pengunjung ke blog.

    Contoh terbaik adalah Blalang.com dan blognya isuhangat.blogspot.com di mana dia telah setup YahooGroupnya sendiri dengan nama Blalang Group. Group tu pula aktif, lalu ini menyumbang jumlah pelawat yang tinggi di blog isu hangat.

    2. Buka akaun YouTube dengan nama blog Anda, upload video-video yang berkatian dengan niche blog, then di ruang details letakkan url blog Anda.

    3. Hantar url blog ke direktori blog. Misalnya BlogMalaysia.com, BlogCatalog dan BlogHub.com . Tiap kali ada post entri terbaru, artikel Anda ada di setiap direktori ni, lalu menarik pengunjung masuk ke blog Anda.

    4. Aktif di social site terutama MySpace dan Friendster.

    Moga perkongsian ini bermanfaat.

    Live Strong!

    -Shueqry-

  6. Khairul Naim on June 1st, 2008 at 3:23 pm

    yeah.thanks! bahan ni berguna buat newbie cm aku.

  7. i-dot on June 8th, 2008 at 7:30 am

    well…tq…syukran….very informative….
    Good for me as a new comer…

  8. Duit Pertanian on June 12th, 2008 at 6:47 pm

    Aku pun dah pakai semua teknik diatas dan sekarang website aku cepat naik dalam ranking http://www.duitpertanian.com

  9. aie on June 17th, 2008 at 2:02 pm

    aku akn cube tip2 trsebut. thank from newbie

  10. amirulcyber on July 13th, 2008 at 12:28 pm

    Tip yang anda berikan sangat berguna dan aku akan aplikasikan untuk blog aku
    http://www.amirulcyber.com/msia

  11. ayul90 on July 20th, 2008 at 5:28 pm

    aku pun baru blaja psal benda nie sume,tip yag ada kt atas nie sumenya berguna..

  12. ayul90 on July 20th, 2008 at 5:30 pm

    t.q firdaus,die da bnyak tunjuk ajar kt aku..

  13. Faqih HB on July 21st, 2008 at 7:45 am

    ada banyak lagi teknik yang berkesan untuk tarik trafik.saya tambah lagi satu melalui edaran gambar2 funny atau pun yang menarik dengan gambar tu mempunyai link kita..sekejap je..gambar tu tersebar luas hehehe…

    http://dialogpicture.blogspot.com

  14. Amir Hamzah on July 24th, 2008 at 3:40 pm

    Thanks for sharing the tips :-D

  15. Sagali on August 1st, 2008 at 12:26 pm

    banyak tips kat sini, tapi kengkadang tu jadi keliru dan pening sendiri… mana satu nak buat dulu…

  16. syarif on August 9th, 2008 at 1:32 am

    cuba jer mana2..yang biasa guna, teknik 2 dan 4.

  17. khairul on August 12th, 2008 at 8:52 am

    Satu informasi yang menarik. Boleh membantu dalam meningkat trafik di blog masing-masing temasuk. Teknik di atas adalah perkara yang perlu ditikberatkan bagi memperoleh trafik yang tinggi. Alhamdulillah saya sekarang ini cukup selesa dengan kaedah promosi yang saya gunakan. Sentisa ada pertambahan dalam bilangan trafik.

    RSS adaklah teknologi yang canggih daripada segi kemudahan penyebaran maklumat terus ke pengguna ataupun pembaca. Lebih cepat lebih mudah. saya sendiri pun skang nie sudah menggunakan kemudahan ini di blog saya.

    ======================================
    Bisnes TDTone

    http://bisnestdtone.com/khairul

    “Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”
    =======================================

  18. Zahrul Azua on August 13th, 2008 at 9:16 am

    kalau aku guna post ni jemput semua orang tengok blog aku ok tak…? heheh…

  19. apiz on August 14th, 2008 at 8:18 am

    Ye saya memang tengah mengamalkan cara2 yang di atas.Azua, anda boleh guna post ni tapi kena kekalkan nama penulis dan beritahu nak letak kat blog mana(url blog)

  20. khairul on August 14th, 2008 at 9:28 am

    Betultu saya sokong Apiz. Dalam situasi seperti ini dalam dunia blogging etika dan tatacara amat ditikberatkan walaupun kita copy n paste artikel tersebut. Pada pendapat saya, artikel seperti ini kandungannya cukup baik untuk dijadikan tatapan kepada pembaca. Kalu boleh, kandungan tidak diubah tapi olahan penulisan artikle bergantung kepada kemampuan dan citarasa saudari azua sendiri. Sekurang-kurangnya Azua boleh melatih tahap penulisan Azua sendiri. Kan2???

    ======================================
    Bisnes TDTone

    http://bisnesTdTone.com/khairul

    “Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”
    =======================================

  21. syafiq on August 22nd, 2008 at 11:31 pm

    hmm best gak artikel nie , memang bende yang paling susah wat promosi web..
    harap2 ade lagi teknik2 yang akan dikongsikan lagi..

    peace

    http://www.syariscrewz.blogpot.com
    underground download

  22. Mr.AppLe on August 31st, 2008 at 1:10 pm

    bnyk yg dpt sy belajar dari sini..

    http://mutdnews.blogspot.com/

  23. muhafis on September 7th, 2008 at 7:04 am

    letak link kite di video n upload kat youtube.. okay gak

  24. nur on September 11th, 2008 at 4:11 pm

    apapun terima kasih bro coz tlah memberikan idea dan ilmu yang cukup berguna bagi sesiapa yg ingin menjana pendapatan mll internet.dgn adanya blog tersendiri yg mempunyai ramai pelawat,IsyaAllah mrk akn klik ke link yg kta ada.sya jga bercadang nak mwujudkan laman blog sy sendiri,ttp skrg tgh kumpul ”maklumat2 yg berharga dr ory yang berjaya” ya,kalau kta hendak berjaya kta hendaklah belajar dr org yg berjaya.untuk itu dptkn buku”rahsia perniagaan digital;

    http://www1.bisnesdigital.com/index.php?ref=nuramalina

    “Rahsia Perniagaan Digital”

  25. hafisDN on September 12th, 2008 at 6:43 am

    ape langkah yg senang nak bagi trafik byk??

  26. khairul on September 13th, 2008 at 9:41 pm

    Ala…hapiz, buat seperti yang sdara tgh lakukan sekarang ini isitu slalu memberikankomen di lamn blog yang mempunyai trafik yang tinggi selain menghantar ke enjin carian dan juga link exchange. Rening-renungkanlah. Selamat beramal.

    BisnesTDTone
    http://www.bisnestdtone.com

  27. jokerkolo on September 22nd, 2008 at 1:40 pm

    oo cam tuh rupanya dah cuba jugak ni mn tau berkesan .heee
    http://jokerkolo23.blogspot.com

  28. hadey on September 23rd, 2008 at 6:54 pm

    tips yg bagus…ape lagi tips yg bolei dipraktik kn…saya junior dalam bidang nie…mencube rezeki…

  29. aswad on November 2nd, 2008 at 2:42 pm

    salam.
    saya ada sdikit tip yg sy gunakan dlm menarik traffic ke dlm blog sy.

    1) tarik traffic dgn cara online..apakah mksudnya?
    mksudnya disini melalui myspace,frienster,facebook dan banyak lg..
    dengan cara ini anda dpt menarik lebeh ramai lg pelawat ke dlm web/blog anda.

    2) dngn cara melalu YM.
    sy mempraktikkan kaedah seperti ini..mmg berkesan.
    anda jgak boleh cba.

    3) melalui forum.jgn lupa tnggalkan link blog anda apabila anda selesai pos sesuatu topic.

    diharapkan anda dpt mnggunakan kaedah ini.insyaallah anda dpt menarik traffic yg ramai.

    http://www.lunaih.blogspot.com

  30. pijoe on November 21st, 2008 at 3:56 am

    hai salam…saya pun baru nak belajar

  31. teknikusahawan on December 12th, 2008 at 2:54 am

    tq semua.kaedah yang bagus.t sy cube dengan jayanye…
    http://pandora-bead.blogspot.com/
    http://teknikusahawan.blogspot.com/

  32. milsum on January 12th, 2009 at 5:51 am

    ha ah la…
    kena rajin tinggal komen kt blog org…
    bru trafik masyukk…

  33. azari on January 16th, 2009 at 11:53 am

    aku dulu malas betul nak bagi komen. suka baca jer tapi taknak bagi komen. terima kasih saudara noorizamshah di atas info yang sungguh berguna nie.aku boleh lah guna untuk promot blog aku http://azari2.blogspot.com

  34. adieba on January 22nd, 2009 at 11:58 pm

    salam…saya x pernah terfikir nak promosi blog mggunakan email…thanks bebanyak…pasni boleh promote selalu….huhuhuhu….

  35. shon on January 24th, 2009 at 7:56 pm

    terima kasih kpd semua krn bg tip2 yang brguna. saya telah jmpa tip2 yg berguna bg bantu promot blog saya… thanx …
    http://best-anti-aging-cream.blogspot.com/

  36. ezanrah on April 10th, 2009 at 3:57 am

    salam..

    sy pun newbie gak dalam bidang nih..boleh dikatakan baru gak dalam wc ni..rupanyer byk tul info kita leh dpt dari wc eh..bermakna x rugi ler sy join..hehehhe..semoga rakan2 dpt membantu sy untuk belajar teknik2 untuk menjadi usahawan internet eh..

  37. Firdaus Penang on May 7th, 2009 at 10:37 am

    Bukan itu sahaja yang melaui social networking youtube shotbox dan banyak lagi cara melaui alexa nak saya leh ajar

  38. Mraz on May 8th, 2009 at 6:24 pm

    Salam,
    Terima kasih kerana diberi peluang menyertai blog nih. Sy baru dlm bidang nih tapi rasa terharu juga bila sedari langkah2 yang disarankan sy telah laksanakannya. Cuma kini hanya menanti keberkesanannya la.. insya allah, dengan izin allah mudah2an ramai muslimin dan muslimat mengunjungi laman web sy dn blog sy http://www.raohagroup.my/blog

  39. DERY on May 11th, 2009 at 3:45 pm

    WOW !!! TQ banyak2 kpd Wangcyber.. kalian memang MANTOP !!! Kite ni kadang2 malu mau tanya kawan.. maklumla.. itu ini tak reti.. besarlah harapan saya smoga kalian membimbing saya melangkah mendakau usahawan internet yg berjaya.. TQ

  40. DERY on May 11th, 2009 at 3:57 pm

    Terimakasih.. mudah untuk faham. Fakta padat dan terimakasih banyak2 kerana semuanya PERCUMA..

  41. ana79 on June 27th, 2009 at 2:05 pm

    asalammualikum….maaf saya tak faham mcm mana nak guna mybliglog utk trik trafik ke blog saya…saya menjual barang kraf,brooch,dan pakaian secara online tapi hampir sebulandah saya tak ada tempahan lagi.Tolonglah saya macam mana nak promot biz saya ni,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,019 2372845

  42. Mraz on June 30th, 2009 at 11:18 pm

    Salam. Tips yg amat berharga. Ada yg telah dn sedang aplikasikan seperti “as my signature” dlm emel sy. Malangnya pabila kita follow blog si polan, yg mangkuk hayun ni pulak x gheti nk melawat blog kita pulak. Klu dia melawat pun dia x “sign in as follower” dlm blog kita. Sungguh menyedihkan!!!!! So, kwn2 tolong la jgn uat mcm ni. Saling bantu membantu la. Masa tu EMAS. Peluang terbuka LUAS. Jangan la MALAS. Nnti jadi HAMPAS.

  43. gilajam on July 7th, 2009 at 9:34 am

    boleh cuba….nanti

  44. mosaf on July 11th, 2009 at 2:16 am

    thanks to wangcyber.banyak tunjuk ajar dalam forum ni.bole gak praktik ilmu2 yang diberikan.

  45. nakjimat on July 13th, 2009 at 10:34 am

    assalamualaikum
    ye lahh,
    yang penting kita kena usaha2

  46. remy on July 28th, 2009 at 10:33 am

    sy dah cuba,mm mmg berhasil…harap ada tambahan tips lagi masa hadapan

  47. sofea on August 27th, 2009 at 9:29 pm

    wah…barbanyak terima kasih atas tips..saya pun nak cuba apply…

  48. Routers on September 2nd, 2009 at 8:14 pm

    saya blog takde tapi saja nak support opensource , nak buat duit tak reti, cuma bila org kasi kerja tu ada

  49. siti_adni on September 28th, 2009 at 11:52 am

    Salam semua.
    Thanks untuk semua info berguna ni. Memang ada teknik2 yang diberitahu telah saya praktikkan tapi x secara serius. Selepas ini saya akan berusaha dengan yakin.

    Saya buat blog untuk sewaan baju n aksesori pengantin. Sesiapa berminta boleh layari blog saya http://saints-scarves.blogspot.com

  50. hamid on October 19th, 2009 at 11:24 am

    Salam,apa-apa yg kta buat upgrade diri pbla kita melakukan kesilapan,kenali produk yg kta nak jual dlu…contohnye jual phone secara online,sy ada produk,ada blog utk promosi produk,tpi….bgaimana nak promosi blog spaya org kenali produk kita????Disitula…perlunya modal…sy pernah gunakn flyer promote cntik melalui pos,colour punye..sebanyak 5k,tpi feedback…hanya seorg…lepas tu…sy try melalaui phone magazine barula tip-top,yg penting kenali golongan sasaran kita…Ingat???dalam apa2 bisnes sklipun perlu mrasa pahit pasti manis akhirnya…..

  51. hamid on October 19th, 2009 at 11:29 am

    Pabila nak jdi org yg hebat promosi perlu tip-top(duit tu..)jgn main untung atas angin je…org macam ni xakan kemana2..jdi follower je…kepada sape2 yg nk beri tunjuk ajar tgokla web sy dan tgurlah mana yg trkurang… (http://okfg-direct2u.blogspot.com)

  52. siti_adni on October 20th, 2009 at 4:43 am

    Lepas buat iklan dengan bersungguh-sungguh dan yakin, ternyata memang berbaloi. Kita boleh pilih yang berbayar dan juga yang free. Kalau yang free ni kena rajin usaha, tp x susah pun, mcm saya buat yang free dulu, bersungguh-sungguh dan yakin, memang berkesan. sekarang ni perlu berhenti promosi sekejap sebab perlu cari stok pakaian lagi.

    Saya setuju hamid cakap, ‘dlm ape2 bisnes sekalipun merasa pahit pasti manis akhirnya..’

    =) bile bekerja gigih pasti berjaya.

  53. Mohd Shafrizal Azmi on October 23rd, 2009 at 3:50 pm

    Assalamualaikum,

    Saya tgh try kesemua cara nak bagi blog kita ramai visitor. Tapi cara yang nombor 3 tuh saya agak pening skit la. Boleh explain lagi tak? Apa-apa pun bro and sis sekalian, boleh la melawat blog aya yang tak seberapa nih. Bagi jer komen camner nak bagi blog saya lagi style. Saya pun noob aka newbie jugak dalam benda nih.. :D

    (http://sayajutawangdi.blogspot.com)

  54. ifacute on October 31st, 2009 at 5:47 pm

    Info yg sangat2 berguna untuk newbie, tq. RSS tu camner lak nak buat? Sifu2 sini tolong explainkan.

  55. donnyien on November 10th, 2009 at 3:33 am

    Hai warga wangcyber,ap khabar?saya donny dari sabah bah.

    thanks dengan perkongsian idea berguna ini.saya pun sedang mengaplikasikan tips ini untuk memaksimumkan traffik ke blog saya.maklumlah niwbie katakan..

    sebenarnya ada banyak cara untuk mendapatkan trafik ke blog anda seperti facebook,youtube aatau sosial site yang lain.

    ok bah kalau kau!

  56. arduinostudio on December 3rd, 2009 at 1:31 pm

    Thanks to the writer. Info berguna untuk blogger baru mcm saya. Tapi blog saya ni lain sikit. Pasal robotik. Adake yang minat?

  57. delima on January 17th, 2010 at 11:49 am

    Salam,
    Saya kurang faham kaedah nombor 3 iaitu signature. Boleh tak terangkan dengan lebih lanjut? Terima kasih.

  58. amed on February 9th, 2010 at 3:49 am

    Saya baru seminggu blaja buat blog…blh laa try tunjuk blog saya disini…..
    Jemputlah melayari blog saya….terima kasih

  59. masas on March 26th, 2010 at 6:17 am

    ye, berguna info abang2 yang sudi memberi sikit ilmu dorang. tapi kadang2 dekat nickname kita pon bleh orang klik dan akan dibawa pada blog yang kita nak promote. takperlu tulis web korang pada ruang komen ni.. selamat berjaya smua

    ohya betul ke semua blog boleh kita promote website/affiliate? tidakkah itu macam spam (mitak maaf kalu silap)

  60. baina on April 9th, 2010 at 12:42 pm

    salam..benda yg diberi xkan habis iaitu ilmu klu dikongsi akan bertmbah lagi adala..kita kena rajin la apa benda pun semuanya perlu usha..usha tangga kejayaan..saya pun baru lagi berblog nie..tp sekarg bz sikit bisness offline tgh berkembang n bercambah..bisness online nie pun buat belajar2 dr abang tp da peluang xblh lepaskan so mana2la..rajin2 email kt kengkwn ilmu2 yg berguna sambil tgglkan blog kita..

  61. abang chik on June 3rd, 2010 at 8:09 am

    terima kasih

  62. duamek on June 24th, 2010 at 4:01 am

    thank info yang amat berguna

  63. Riana Ibrahim on July 19th, 2010 at 1:05 pm

    Terima kasih kerana sudi memberikan tips di atas. Walaupun ianya sangat mudah tetapi memang pada mereka yang masih baru lagi menjinakkan diri dengan internet marketing tips sebegini amat berguna.

    http://rezeki-onlinehomebusiness.blogspot.com/

  64. Fahmi on July 21st, 2010 at 4:10 pm

    Banyak lagi ilmu nak kena cari nie.. Satu hari 1 ilmu. 100 hari 100 ilmu. bla bla bla

  65. nurul ain on August 25th, 2010 at 3:01 am

    tq diatas information diatas.. usaha mmg perlu kalo nk promote blog sendiri.. mcm sy sendiri, br je mulakan business sendiri iaitu menjual tudung..harapa2 teknik ini menjadi..

  66. ddyana on August 26th, 2010 at 4:09 pm

    info yang cukup berguna terutamanya yg baru2 ingin berjinak dgn dunia cyber….
    rezeki & ilmu adalah anugerah kpda mereka yg berusaha untuk merubah nasib….
    sedikit-sedikit, lama2 jadi bukit……

    http://www.BuatDuitSenang.com

    http://formulaluarbiasa.com/recommends/rahsia2011

  67. ismed on October 4th, 2010 at 3:00 am

    thank pd smua wlupun nmpk simple teknik ni,tp klu di praktik kn mmg brkesan untuk smua.ape yg penting kt kene usaha.tu yg trbaik.

  68. Faizul on October 31st, 2010 at 2:25 pm

    Terima kasih atas info yang menarik….

  69. Haneef on November 2nd, 2010 at 3:33 am

    cuba beri 20 minit setaip hari berforum dan tinggalkan “signature url anda” jika sehari 20 post, setahun 100 post. klu kita buat mlm, 10 yg akan bekerja sudah cukup!

  70. Teacher Fatimi Estar on December 17th, 2010 at 6:07 am

    Will follow all the suggestions. Tqvm.

  71. abdulhadi on December 30th, 2010 at 11:28 am

    ..orang baru cm aku ni banyak gak kena belajar yeh..sik dengar orang lain jer mantull..aku nak jgak la..thanks 4 all the tips there..ada sesape tolong komen blog aku..dmimaf.blogspot.com

  72. iera on March 24th, 2011 at 6:56 am

    thanks, byk info yg sye dpt n insyallah sye akan aplikasikan…amin… :)

  73. shawari on March 30th, 2011 at 4:46 pm

    Masih ada beberapa item yang perlu kita detailkan supaya apa yang kita rancangkan bertepatan,menyentuh tentang

    1. Menyumbang sebarang artikel ke komuniti atau forum.

    Tak ramai dari newbie yang mampu menghasilkannya disebabkan masih baru dalam sesuatu kariernya.

    Saya sukakan artikel ini kerana tak langsung rentapan dan cetusannya memberikan hala tuju kepada mengapa berforum itu mampu memberi reaksi,khususnya kepada para blogger atau pelawatnya.

    Walaupun ada segelintir menganggap apa gunanya platform forum diwujudkan.bukannya boleh menarik link……..itu pandangan salah.Kerana perkara 2 hingga perkara 4 itu akan menyusul secara tersendiri apabila aktif dalam mana-mana Platform Forum yang mereka join.

    http://hadirnya.com/87/mengintip-prinsip-dan-kelemahan-dalam-perniagaan/

  74. Mega Success Centre on May 10th, 2011 at 7:46 am

    Terima kasih kerana sudi memberi tips bagaimana mempromosi blog secara terperinci. Inilah yang dicari-cari selama ini. Sekiranya ada kaedah lain, jangan lupa posting di blog lagi.

  75. MyKahwin Malaysia on June 1st, 2011 at 8:24 am

    Perkongsian yang bijak tuan. Terima Kasih

  76. intan on June 2nd, 2011 at 8:02 am

    thanks for sharing…mendapatkan trafik adalah cabaran besar untuk blogger2 baru…..so thanks to this info cause it does help a lot….

  77. mohd nasir regan on June 6th, 2011 at 3:11 pm

    salam.apabila ada waktu gunakan sabaik mungkin

  78. Zul Sza on June 15th, 2011 at 1:59 am

    Teknik yg disampaikan mmg bagus bergantung kpd kerajinan anda & dan ianya percuma. kalau nak lagi berkesan & cepat, guna google adwords. tapi kena keluar modal sikit(tapi still murah).

  79. ladyz zarra on July 21st, 2011 at 3:52 pm

    sy baru saja berjinak2 dalam perniagaan internet. harap apa yang tuan kongsikan ini berguna bagi sy dan sesiapa sahaja yang berminat dalam menceburi bidang perniagaan internet ini. terima kasih kerana menyiarkan artikel ini.

    http://ladyzzarra.wordpress.com

  80. fazel on September 9th, 2011 at 3:31 pm

    hai..baru buat blog saya yang pertama…harap dapat tunjuk ajar dari otai..
    saya jual baju kurung moden…

    http://www.irzacollection.blogspot.com

  81. Salbiah on September 21st, 2011 at 6:04 am

    TQ for sharing the info… akan bekerja keras mempromosi blog saya sepertimana guidance yang diberikan….

  82. putera izman on November 11th, 2011 at 9:44 am

    terima kasih diatas tips ini saya pun akan ikut seperti yang diajar tunjuk ajar ku sifu

  83. sazalee on December 18th, 2011 at 10:20 am

    Tq maklumat yg sangat bagus

Leave a Reply