Jadilah pengkritik berkualiti
Menjadi seorang designer yang bekerja secara freelance (bebas), telah menemukan saya dengan bermacam-macam jenis pelanggan. Tentunya kerenah mereka yang beraneka ragam adalah pengalaman yang menarik bagi saya, kerana sesungguhnya cabaran yang paling manis, adalah kritikan. Kenapa ya?
Untuk artikel ini, mari bayangkan, anda sebagai seorang pelanggan sedang mengupah seorang freelance designer seperti saya.
Mengkritik, dan kritikan adalah umpama anggota dalam tubuh seni yang tak bisa dipisahkan. Boleh jadi ia suatu kelebihan, yang akhirnya dapat membaiki kualiti kerja oleh designer anda. Tapi, ada juga jenis pelanggan yang bukan saja tak pandai mengkritik, malah melemahkan semangat designer yang mereka upah.
Di sini, saya kongsikan kaedah mengkritik, yang bakal menguntungkan kedua-dua pihak.
1. Mulakan dengan tona positif.
Inilah kunci utama. Ketahuilah, di dunia ini tiada yang boleh dilabelkan sebagai “seni itu buruk”. Bukankah seni itu suatu yang subjektif? Jika tidak, masakan ada pepatah, beauty is in the eye of the beholder. Oleh itu, mulakan tutur bicara dengan ungkapan yang baik seperti, “Wah, satu permulaan yang baik”, ataupun, “Nampak menarik.”
2. Jelaskan poin negatif.
Tak mungkin suatu hasil kerja itu sempurna 100%, betul? Pasti ada cacat celanya. Namun, untuk katakan ‘buruk’, bukankah lebih manis dengan perkataan ‘Kurang Menarik’ sebagai ganti?
3. Jujur sejujurnya, telus setelusnya.
Andai anda kurang setuju, atau tidak suka dengan sesuatu, jelaskan tanpa disorok-sorok. Tapi, tentunya dengan cara yang lebih matang dan profesional.
4. Jadikan suasana seperti (kononnya) dalam kumpulan.
Saya dapati, ada jenis pelanggan yang suka gunakan perkataan ‘kita’ (iaitu ‘we, us, our’ dalam bahasa Inggeris) dalam ayat ketika proses perbincangan. “Apa kata, kalau kita buat begitu..”, ataupun, “Cuba kita jadikan font itu begini..”. Barulah nampak seperti sedang bekerjasama.
5. Berikan, sekurang-kurangnya SATU poin positif.
Biarpun tiada satu pujian yang selayaknya dikurniakan pada designer anda (kerana hasil kerjanya, err.. maaf cakap, buruk.), usahlah timpakan designer anda dengan beratus kritikan, tanpa satu pun pujian. Nampakkan kerja dia dihargai, barulah senang hati untuk dia baiki kesilapannya.
6. Akhiri dengan tona positif.
“Your sketch was great”, “Keep up the good work”, “Apa-apapun, kerja kamu baik.”, adalah beberapa ayat dorongan yang baik untuk menaikkan semangat designer anda. Kemudian, nantikan pula kualiti yang lebih bermutu lagi selepas itu dari dia.
7. Jaringan.
Komunikasi yang baik, adalah yang berupaya membentuk jaringan perniagaan. Saya terasa sangat dekat dengan pelanggan jenis ini. Sampaikan terus menjadi akrab hingga ke projek-projek seterusnya. Sebab itulah, bekerja sebagai seorang freelancer, pada pandangan saya, kadangkala tak perlu bermati-matian untuk marketing. Dari mulut ke mulut (dikalangan pelanggan) saja sudah memadai.
Baiklah, sekian saja setakat ini dari saya. Andai dipegang ketujuh-tujuh prinsip di atas, percayalah, anda dan designer anda, kedua-duanya pasti bermanfaat sama. Kesannya nanti, hasil design kian gempak, anda puas hati, seterusnya kemahiran designer pun makin mantap.
Jumpa lagi.
# Penulis yang dikenali dengan nama Irfan Jani, adalah seorang brand designer yang bekerja secara bebas (freelance) dalam bidang pemasaran dan perniagaan. Perkongsian selanjutnya boleh anda ikuti di blog beliau iaitu, http://www.IrfanJani.com . Beliau senang dihubungi pada bila-bila masa untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam proses penjenamaan produk, perkhidmatan grafik untuk offiline atau online marketing, dan yang berkaitan.

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=b310f8c7-c101-4487-9c5e-fef1d7dd52c2)


[...] bolehlah membacanya di link ini, Jadilah Pengkritik Berkualiti, dan jangan lupa tinggalkan jejak komentarmu di sana, [...]
betul-betul aku sokong…
tapi sebenarnya mereka semua bertujuan atau ada niat tersembunyi… macam tuan penulis cakap pasal komen terhadap sesuatu design…
tapi bagi saya lah pengkritik ini tidak semestinya pasal design, tapi semua dari segi..
apa yang saya maksud kan ‘bertujuan’ atau ‘niat tersembunyi’ ialah… meningkatkan jumlah post atau thread mereka… contoh kita tengok dekat forum di luar… “thanks, for nice post’ cuma itu aje? tak da motivasi untuk tuan thread tu…
p/s: wangcyber sudah dapat perhatian ramai anak-anak muda yang ingin mendalami ilmu IM ini, tapi sayang… salah jumpa tok guru.. jadi lah macam tu…
Perkongsian di atas tu cuma komunikasi yang melalui emel atau YM antara designer dan pelanggan.
Maksud Ikram, untuk ruangan kritikan terbuka di forum, bukan? Sebab selalunya suasana kritikan terbuka yang dikatakan Ikram memang begitu.
oh melali email atau ym… kekeke sorry bro.. salah faham lak
Kritikan memang amat bermakna bagi meningkatkan keupayaan seseorang atau motivasi minda. Namun kritikan perlu dialas dengan alasan dan ayat membina untuk terus mendorong orang yang kena kritik.
Kritikan tidak harus dibuat sekadar memandang pada dasar sahaja tanpa mengutarakan sebab dan musabab kenapa sesuatu itu di buat…
Salam bro..
Nice info. Thanks.. Manfaat bersama.. Betol la.. Pengiklanan paling best…
Mouth to mouth… Kompom lagi ramai bila design cun…
Saya ada belajar satu kaedah bagaimana kita mengkritik orang lain. Tapi ini adalah constructive criticism lah ye.
dan yang penting ianya BIL HIKMAH.
Caranya adalah TEKNIK 3+1. Mungkin ada yang pernah dengar teknik ini. Saya terangkan serba sedikit untuk yang belum tahu.
3 adalah bermaksud pujian. Kita berikan orang kita hendak tegur atau kritik itu terlebih dahulu. Pujian itu perlulah pujian yang jujur tentang dirinya, hasil kerjanya atau perilakunya.
1 itu adalah kritikan. Setelah kita berikan pujian yang jujur, barulah kita kritik dengan kritikan membina. Kalau boleh kritikan atau teguran itu perlulah yang terakhir selepas pujian.
Harap sedikit perkongsian ini membantu anda dalam menegur dan ditegur.
huhu.. payah gak nk jd freelance ni.. kdg2 jumpe jenis yg peel sikit.. huh..
BTW, keep it up irfan
good work
Sentiasalah memberi kritikan yang membina
Terima kasih atas perkongsian yang amat bermakna ini.
Lepas ni mesti ramai yang memberikan kritikan yang membina
Saya setuju bab kecantikan itu subjektif. Ada orang kata cantik, tapi de org ckap xcantik langsung. stiap orang de taste masing2. Nak buat sesuatu yang betul2 matching dengan taste customer adalah satu benda yang dah hampir impossible.
P/S: Saudara irfanJani, kenapa website dah xleh access?
apapun sangat pedih juga bila kena kritik..
kritik vs mengutuk? yang mana satu selalu kena?
Satu article yang bagus, penuh dengan facts yang betul. Kita jangan hanya suka bagi komen yang tidak boleh pergi kemana, bak kata orang: setakat nak komen, orang buta pun boleh bagi komen.
Berilah komen yang membina.