Harga Rendah Atau Bonus?
Anda adalah pengeluar.
Diberi pilihan
(1) Menjual 1100 kotak kopi dengan harga RM11,000
(2) Menjual 1000 kotak kopi dengan harga RM11,000 beserta bonus 100 kotak kopi
Kedua-duanya kelihatan sama, pengedar baru anda tetap mendapat 1100 kotak kopi dengan harga RM11,000. Jadi mana satukah yang akan anda tawarkan kepada pengedar baru anda?
Jika anda memilih (1), anda akan menghadapi kesusahan dikemudian hari.
Jika anda memilih (2), tahniah, anda baru sahaja memilih jalan perniagaan orang kaya Melayu utara.
Tahukah anda, dalam urusniaga borong, adalah sukar menaikkan harga?
Mari kita lihat case study kita.
Jika anda memilih jalan (1), anda menjual sekotak kopi dengan harga RM10. Untuk menaikkan harga bilamana permintaan menjadi tinggi, adalah sangat sukar. Boleh tu memanglah boleh. Tetapi peningkatan harga itu sangat dirasai oleh pengedar anda.
Sekiranya jalan (2) dipilih, sangat mudah bagi anda. Bagi setiap peningkatan permintaan, anda hanya perlu kurangkan bonus anda.
Secara purata, memanglah kelihatan sekotak kopi masih berharga RM10. Tetapi hakikatnya, dan kukuh tertulis di dalam inbois(yang mana, inilah yang tersangat penting) adalah sekotak kopi berharga RM11 disertakan dengan 100 kotak kopi sebagai bonus.
Apa yang perlu anda lakukan adalah mengurangkan bonus secara berperingkat seperti pengurangan kepada 90 kotak sahaja, diikuti dengan pengurangan kepada 70 sahaja dan akhirnya, anda boleh lupuskan 100 peratus bonus tersebut.
Akhir kata, berhati-hatilah ketika membuat ‘pricing’. Kebijaksanaan anda hari ini adalah kunci kesenangan anda pada masa hadapan.
En. Aku percaya, ijazah, diploma dan sijil anda adalah modal mula anda menuju kekayaan. Gunakanlah ia untuk mencari duit melalui pekerjaan. Belajarlah selok-belok orang berjaya sewaktu melaksanakan kerja anda. Tidak salah menjadi ‘employee’. Yang salahnya jika tidak ada perancangan untuk masa hadapan.
Memilih untuk tidak bekerja - pada pandangan En. Aku - adalah satu langkah setapak ke belakang. Dalam pengajaran melalui permainan CashFlow oleh Robert Kiyosaki, beliau tidak meminta kita berhenti kerja. Bukankah kita mempunyai hutang pelajaran yang perlu ditanggung? Bekerjalah, dalam masa yang sama, belajarlah menjadi orang kaya.
En. Aku bersyukur kerana dapat belajar banyak ilmu sepanjang bekerja di syarikatnya sekarang. Artikel yang ditulis di atas adalah salah satu dari ilmu yang ditimba.
Jika anda nak meng-AFundi En. Aku, sila ke blog beliau: http://www.enaku.com
Kalau rasa artikel ni berguna, sila rate setinggi mungkin, terima kasih.



itu kalau kita di pihak pengeluar, tapi di pihak pembeli adalah sebaliknya…
Usahawan juga adalah satu kerjaya.