Dasar Pandang ke India

Bila kita bercakap mengenai negara India. Apa yang sedang anda bayangkan? Tubuh sasa segagah Shah Rukh Fhan (Shah Rukh + Irfan)? Adakah tarian-tarian di kaki bukit dan gunung? Atau seragam coklat Inspektor Shabab? Atau ratusan penumpang di atas gerabak keretapi? Atau…. cukuplah ya?

Itu cuma pandangan kita yang telah di”buta”kan oleh demam Bollywood yang melanda di negara kita sejak zaman 60-an lagi. Tapi, tahukah anda negara India merupakan salah satu negara kuasa dunia selepas China? Dengan jumlah lembu yang sama banyak dengan manusia, mengapa India mampu menjadi begitu?

Jadi, teruskan membaca (Diulangi, ini bukan untuk bacaan ringan)Kita lupakan negara-negara lain seperti Russia, Jepun, Korea, Jerman dan lain-lain kerana sesungguhnya negara-negara itu kini sudah tepu. Maksud saya, kecerunan peningkatan teknologi dan ekonomi mereka kini semakin hampir kepada sifar. (rujuklah di mana-mana sumber statistik yang ada).

India kini semakin bijak melangkah ke depan dalam bidang teknologi maklumat. Beberapa tahun kebelakangan ini kita agak terkejut dengan lahirnya “Prithvi”, “Sagarika”, “Dhanush”, “Agri”, “Surya” dan paling terbaru adalah “Brahmos II” hasil gabungan dengan tenaga pakar Russia pada 21 Disember 2004. Itulah nama-nama peluru berpandu ciptaan anak watan India yang semakin “memeluhkan” negara-negara kuasa dunia yang lain. Amerika khasnya.

Itu adalah contoh kebangkitan India dari segi kekuatan negara. Tapi, bukan isu bom, peluru berpandu, atau kemusnahan yang ingin dibincangkan hari ini.Pada kali ini, saya mahu sorotkan pandangan anda ke sudut yang sungguh dipandang sepi oleh orang kebanyakan tapi sungguh meriah dikalangan “orang maya”. Masuk akal sekiranya saya katakan ruangan maya inilah antara pencetus kebangkitan India. Mungkin anda juga berfikiran begitu?

India kini sudah maju bukan saja setapak, tapi sudah jauh beratus tapak ke depan dalam pembangunan teknologi maklumat. Contoh termudah, Sreelakshmi Suresh, seorang budak perempuan berumur 8 tahun dianugerahkan “International Awards of Best Web Designing and Presentation“; telah ditabalkan sebagai Pereka Laman Web Termuda di Dunia dan menggondol 18 anugerah lain di serata dunia melalui hasil rekaannya. (taipkan nama budak itu di enjin carian dan lihat hasilnya).

Mengapa kanak-kanak secilik itu sudah mampu menggegarkan dunia binaan laman web? Nanti akan saya utarakan pendapat saya di akhir ulasan.

Mari kita lihat contoh lain. India secara tiba-tiba mencetuskan kontroversi dalam persaingan merebut tempat dalam membida projek-projek perisian, laman web syarikat, rekagrafik dan pelbagai “kerja maya”. Mengapa ia menjadi kontroversi? Kerana persaingan itu boleh dikatakan sangat mustahil untuk dicabar dan telah menutup “periuk nasi” sebahagian besar pencabar di Barat dan negara lain. India menawarkan harga projek yang sangat murah tetapi hasil kualiti kerja yang sungguh mengagumkan.

Cuba anda bayangkan. Sebuah syarikat membuka bidaan projek bernilai maksimum USD300 untuk membangunkan sebuah laman berkonsepkan saham. Kemudian, beberapa pereka lain di seluruh dunia saling berebut mendapat tempat dengan nilai purata bidaan adalah USD200. Tiba-tiba, datang sekumpulan pakar meletakkan harga USD20 untuk membeli projek itu. Apatah lagi melihatkan hasil portfolio pereka India yang sungguh bombastik, akhirnya projek itu menjadi milik mereka (melainkan pembuka bida adalah seorang yang racist). Apakah perasaan anda jika di tempat pereka-pereka lain?

Inilah yang mencetuskan kontroversi. Ada juga ura-ura untuk mencipta satu “sistem” khas untuk menjatuhkan India seperti khabar angin, propaganda, dan macam-macam lagi tetapi gagal. Isu ini sudah dibincangkan di serata dunia dan jawapannya tetap satu. “Business is business” atau dalam bahasa mudah “perniagaan adalah perniagaan”.

Sebagai seorang pelanggan, sudah semestinya kita mahukan hasil terbaik dengan harga yang sangat kompetetif, benar? Peribahasa “alah membeli, menang memakai” sudah berjaya disangkal oleh negara India. Mereka boleh hasilkan kualiti kerja yang bertaraf dunia dengan harga yang semurah di pasar malam.

Apakah rahsia mereka? Ya.. inilah yang mungkin membuatkan anda tertunggu-tunggu.

Secara peribadi, saya mempunyai bebeberapa kenalan dikalangan “penggegar India”. Mereka sungguh mesra dan tidak malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris yang lemah (saya pun lemah bahasa Inggeris juga). Sepanjang perkenalan, terlalu banyak benda yang dapat saya belajar dan ingin kongsikan bersama anda.

Rahsia 1:

Pendedahan awal pembelajaran teknologi maklumat di India telah diserap dikalangan murid-murid semuda 6 dan 7 tahun. Anak kecil sekecil itu telah diajar dengan asas-asas perkomputeran dengan bahasa Inggeris dan mereka tidak gentar untuk melupakan bahasa mereka kerana usaha ke arah pembangunan 2 bahasa berjalan seiring.

Rahsia 2:

Kerja berpasukan. Mungkin rahsia ini diketahuan ramai, tetapi ada satu teknik kerja berpasukan yang unik mereka amalkan.

- Semasa proses pembelajaran di peringkat universiti, ramai graduan IT di India akan berjinak-jinak dengan bidang perniagaan internet. Mereka akan mula mengaplikasikan pembelajaran mereka di dalam hasil kerja yang realistik. Ini hanyaah sekadar suka-suka dan bertujuan untuk memantapkan kemahiran dalam bidang berkaitan. Adakalanya, mereka saling bersaing sesama sendiri untuk menonjolkan kepakaran masing-masing.

- Selepas tamat pengajian, yang cemerlang akan di”pinang” oleh syarikat luar negara dan tak ramai yang mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Ekoran kadar pengangguran di India sangat tinggi, ini telah mendesak mereka untuk berdikari. Graduan mereka akan dihimpunkan sesama mereka dan dibahagikan mengikut kumpulan tertentu. (bukan dibahagikan oleh sesiapa, tapi mereka sendiri yang memilih ahli kumpulan yang mereka suka)

- Setiap kumpulan mempunyai kekuatan berbeza dan setiap ahli mempunyai kepakaran berbeza. Mereka akan duduk di bawah satu nama syarikat usahasama mereka sendiri yang berdaftar.

- Kemudian, setiap ahli akan “bertaburan” ke sana sini melalui ruang maya (internet) untuk bekerja secara bebas (freelance). Dengan harga serendah USD3 untuk satu hasil kerja tidak menjadi rungutan bagi setiap ahli kerana apa yang penting, mereka mesti membawa nama syarikat bersama-sama untuk dipromosikan.

- Cuba bayangkan, satu kumpulan terdiri dari 13 orang dan seorang ahli mendapat purata 3 projek seminggu. Tidak kurang dari 30 hari, syarikat usahasama mereka telah mengumpulkan sebanyak 156 hasil projek sebagai senaraian portfolio.

- Akhirnya, nama syarikat menjadi popular, beberapa projek besar yang dibidakan pasti dimenangi dengan mudah. Kemahiran setiap ahli semakin hari semakin terasah dan tidak keterlaluan jika saya katakan ada yang sudah mencapai tahap pakar.

Rahsia 3

Eksploitasi tukaran Dollar Amerika dan Rupee India yang sangat lumayan. Mereka tidak menjanjikan keuntungan yang tinggi semata-mata, tetapi cukup sekadar untuk sesuap nasi ahli keluarga dan membangunkan syarikat usahasama. Tidak hairanlah jika kita lihat, mereka sanggup menawarkan harga serendah USD1.00 untuk mereka cipta sebuah logo syarikat di luar negara. USD1.00 sudah cukup untuk sepinggan nasi selama selama seminggu.

Ada banyak lagi rahsia yang perlu saya kupaskan. Tetapi masa tidak mengizinkan (saya dilanda badai minggu peperiksaan). Nantikan kupasan lanjut sepanjang perkenalan saya dengan Samih (syarikat kumpulannya bertempat di Kolkata, India).

Moral:

1. Kerja berpasukan ibarat kumpulan tentera di medan perang.

2. Putarkan masalah kepada “wang”.

3. Jangan toleh pada kesusahan/ kepayahan di belakang, tapi pandang ke depan pada peluang dan harapan.

Untuk mengetahui erti sebenar perniagan internet boleh merujuk pada link di bawah.

Al-Irfan,

Cuma seorang pemerhati yang memerlukan lebih banyak lagi bacaan untuk dikongsikan dengan sesiapa saja. Bahan bacaan berkaitan bidang sastera, seni, dan kejuruteraan adalah antara minat beliau. Seorang aktivis yang mempertahankan Bahasa Melayu sedaya upaya. http://www.SangPelangi.com

Sibuk berkongsi tip-tip dalam Bahasa Melayu berkenaan rekaan grafik dengan Adobe Photoshop di http://www.IrfanReka.com

Hanyalah jurugrafik yang memerlukan lebih banyak latihan. http://www.EcoverApple.com

This entry was posted on Saturday, June 2nd, 2007 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

3 Responses to “Dasar Pandang ke India”

  1. emetthegreat on January 3rd, 2008 at 4:59 am

    Tahniah Irfan!
    Bahan bacaan yang amat menarik, sesungguhnya perkara ini telah saya sedari sejak dulu lagi…
    Diharap artikel ini dapat membakar semangat kita semua supaya dapat bekerja lebih keras lagi!

  2. Asmuii on January 4th, 2008 at 7:47 am

    dari ketiga-tiga rahsia nie satu je sy tahu
    iaitu rahsia no 3. nie pun diberitahu dalam
    sistemRAHSIA v1.0. hahaha.

    owh. patutlah bila sy deal dgn freelance dr
    India dia kata kwn2 dia akan lakukan kerja.
    Rupa-rupanya mereka ada kumpulan.

    siapa ada idea utk eksploitasi mereka2 nie?
    hehehe…

  3. starline on January 5th, 2008 at 3:41 pm

    Baru saya tahu India ni banyak betul pakar IT.Boleh dijadikan rujukan ni.

    Thanks Irfan

Leave a Reply



Survey @ WC


Sertai survey anjuran WC.

Produk Hangat


Sistem Kedai Online

Terhangat @ Forum (more)

Links

Archive


Sponsor

Recommended Sites