Dapatkan Pelawat Melalui Domain Name?
Kaedah ini telah lama sebenarnya diaplikasikan oleh ramai webmaster di luar sana.Pada dasarnya,selain bermacam cara dan teknik-teknik Search Engine Optimization(SEO) yang lain,ini merupakan satu lagi langkah yang paling baik untuk digunakan.Percaya atau tidak,penggunaan domain name juga boleh menarik pelawat ke laman web anda.
Caranya ialah,cari domain name yang ingin dijual.Ia boleh dicari di laman web lelongan domain name atau forum-forum seperti Digitalpoint dan sebagainya.Yang penting,pastikan domain name yang ingin dijual itu mempunyai pagerank(PR) yang agak tinggi iaitu dalam lingkungan PR 3 dan ke atas.Pastikan juga usia domain tersebut serta maklumat pelawat atau populariti domain yang ingin dibeli.Usia domain yang saya cadangkan ialah
satu(1) tahun keatas. Sekiranya ia kurang daripada itu,tetapi mempunyai pelawat yang ramai kepada domain tersebut,domain tersebut boleh dipertimbangkan.
Jadi,bagaimana seterusnya?Setelah membeli domain name tersebut,apa yang perlu anda lakukan ialah redirect domain tersebut ke laman web anda yang asal.Satu cara dan teknik yang ringkas tetapi boleh membawa perubahan yang besar pada laman web anda.Anda boleh membeli sebanyak mana domain name yang sebegitu dan lakukan perkara yang sama.
Diharap artikel ini dapat memberikan kefahaman dan ilmu kepada anda semua.
Seorang pelajar LCCI yang sedang mengikuti pengajiannya dan juga seorang blogger yang suka mengisi masa lapangnya melayari internet. Mempunyai sebuah blog di www.alphagiga.com untuk mengisi aktiviti hariannya.Berumur 24 tahun dan masih bujang.


Leave a Reply