Cara Termudah untuk Mendapatkan Trafik

Saya berharap anda bersedia untuk membaca cara yang bakal saya utarakan sebentar lagi. Cara ini amat mudah, budak-budak pun tahu bagaimana untuk melakukannya. Point and Click, seseorang akan datang ke laman web anda.

Cara yang saya maksudkan itu ialah, penggunaan MyBlogLog. Nampak pelik dan mustahil (bagi sesetengah orang), tapi ianya benar-benar berlaku. Saya merupakan ‘walking proof’ penggunaan teknik ini. Anda boleh melihat teknik ini ‘live’ dari blog saya (slastlancer.blogspot.com). Walaupun trafik yang dapat adalah sekadar 4 atau 5 pelawat sehari, ia merupakan trafik yg khusus semata-mata untuk laman web atau blog anda.

Cara untuk menggunakan MyBlogLog adalah seperti berikut, anda perlu mendaftarkan diri anda dahulu di http://www.mybloglog.com/ dan kemudian anda harus menambah blog anda di dalam sistem mereka (http://www.mybloglog.com/buzz/addsite/).

Setelah itu, anda harus meletakkan ‘widget’ yang telah diberikan oleh sistem MyBlogLog untuk membolehkan mereka mengesan pelawat laman web atau blog anda yang menggunakan MyBloglog.

Kuasa MyBlogLog sebagai penjaan trafik hanya dapat dibuktikan sekiranya anda aktif berinteraksi dengan komuniti MyBlogLog. Anda harus melawat blog-blog atau laman web yang menggunakan MyBlogLog untuk tujuan statistik dan sebagainya seperti blog Michel Fortin (http://www.michelfortin.com/) atau blog Problogger (http://problogger.net/).

Pastikan anda mengisi ruangan-ruangan yang membolehkan self-promotion dan self-branding berlaku dengan sendirinya seperti apakah id IM anda, laman web anda dan sebagainya.

Saya berharap artikel pendek ini dapat memberi anda lebih kefahaman tentang kuasa MyBlogLog sebagai penjana trafik untuk blog dan website anda. Semoga anda berjaya!

Penulis merupakan seorang copywriter dan penulis bebas yang masih muda, yakni hanya berumur 17 tahun. Telah menjadi web admin dan webmaster semenjak tahun 2001. Dedikasi penulis terhadap kliennya bolehlah dikatakan cukup hebat, sanggup bangun pada pukul 4 pagi semata-mata untuk menggembirakan kliennya pada siang hari. Hasil penulisannya bolehlah dinilai di http://slastlancer.blogspot.com

Bookmark and Share


This entry was posted on Sunday, March 4th, 2007 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Cara Termudah untuk Mendapatkan Trafik”

  1. khairul on August 12th, 2008 at 1:21 pm

    Terima kasih. Saya amat menghargainya. Sememangnya teknik di atas amat membantu saya dalam mempromosikan serta meningkat trafik di blog saya. Hasilnya, pasti ada pertambahan bilangan trafik di blog saya setiap hari. Alhamdulillah.

    ======================================
    Bisnes TDTone

    http://bisnestdtone.com/khairul

    “Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”
    =======================================

  2. munaliza on November 24th, 2008 at 6:21 am

    salam. Terima kasih diatas tips yg menarik. Sy pun dah mencubanya..syukurlah, byk membantu.

  3. zariham on December 27th, 2008 at 6:07 pm

    sebuah laman web atau blog tanpa pengunjung akan sepi dan berkubur. teknik yang mudah ini amat menbantu para blogger baru untuk mempromosi blog mereka lebih mudah

  4. blog informasi unik on October 20th, 2009 at 9:00 am

    tks atas infonya dan akan saya coba. salam dari indonesia

  5. abu on October 24th, 2009 at 2:56 pm

    informasi yang bagus untuk yang baru berjinak2 dalam dunia IT

  6. chintachoices on April 27th, 2010 at 3:38 pm

    salam..thnkz atas tunjuk ajar diatas.sangat berguna untuk saya sebagai budak baru dalam dunia blog ini…

  7. Newbie on July 13th, 2011 at 4:43 pm

    Info yang bagus.. tks

Leave a Reply