Capai Kejayaan Melalui Buku
Anda ingin berjaya tetapi pada masa yang sama anda beralasan tanpa disedari. Sebab itulah anda selalu terhenti dipertengahan jalan.
Baiklah, anda ingin berjaya?
Caranya mudah:
- Cari buku.
- Beli buku (pinjam dulu pun takpa, boleh photostat apa!). Yang penting anda miliki buku tersebut.
- Baca buku.
- Amalkan apa yang anda telah baca. Bertindak!
Buku apa?
Bermula dengan buku-buku self-improvement/self-help/ self development/motivasi, Biografi. Semuanya memberi maklumat yang sama iaitu ke arah memperbaiki diri.
Kenapa buku-buku tersebut?
Itu adalah cara yang paling terbaik dalam dunia buat masa ini. Sila berikan saya bukti satu nama orang yang telah mencapai kejayaan tinggi tanpa mempunyai kekuatan karektor yang hebat melalui pembacaan.
Undang-undang alam: Sebelum anda mencapai sebarang kejayaan yang anda inginkan, ia wajib bermula dari “dalam”. Ya, bermula dari diri sendiri.
Kenapa buku?
Kerana ia adalah hasil-hasil tulisan orang-orang yang berpengalaman dan lebih tahu selok-belok mencapai kejayaan. Anda hanya perlu mengikuti jejak langkah mereka tanpa perlu mengulangi kesalahan-kesalahan yang sama. Dan dengan cara ini juga anda dapat meminimakan kegagalan lalu dapat mencapai kejayaan lebih cepat daripada biasa.
Alasan yang mungkin anda pernah berikan:
- tiada duit hendak membeli buku
- malas membaca
Untuk perkara sebegini sepatutnya tiada alasan yang keluar dari kotak pemikiran anda. Ia adalah alasan yang paling teruk untuk manusia yang berakal! Bukankah ada perpustakaan? Awam, sekolah, bergerak, dimana-mana pun ada. Anda tidak perasan ke ditempat anda yang anda duduki selama 8 tahun ini ada perpustakaan? hff…
Membaca adalah BERBALOI untuk diri anda.
Fikirkan situasi begini:
Anak anda terjatuh kedalam sungai, dia tak tahu berenang, anda berada disitu, anda mendengarnya meminta tolong.
Adakah anda akan berkata (memberi alasan): Ahh.. malaslah.. susahlah..
?????
Teruk sungguh anda ini…. tapi saya percaya itu bukanlah anda kerana pada situasi begitu anda pasti anda akan bertindak tanpa berfikir panjang, tanpa beralasan, akan terus terjun demi menyelamatkan nyawa anak anda.
Kerana apa?
========================================
Artikel ini telah ditulis oleh nmd


yaa..
memang betul tu…kalau x minat sngt pn,try skit2 dulu pun xpe..
bila tnye pde org yg dh berjaya, berapa dorang peruntukkan bajet utk buku dlm setahun? sekurang2nya rm500…bukan kita x mampu, tp sememangnya kita terlalu berkira utk benda2 mcam tu…
very good article..
Sepatutnya , setiap bulan beli 1 buku (1% – 5% daripada duit gaji).
Jadikan budaya kita suka membaca,.
yes bro,
without knowledge we are nothing cause knowledge is Power.
Simpan resit buku supaya boleh ditlak apabila bayar cukai pendapatan.
ZAMRI MOHAMAD
Penulis Buku di Malaysia
http://www.zamrimohamad.com
Buku boleh fotostat ke?
Tak salah?
Gunakan perpustakaan. Misalnya saya konsisten pinjam berbelas buku Perpustakaan Negara Jln TAR untuk bacaan anak. Walaupun tidak semua dibaca sekurang-kurang dibelek juga sekali-sekala. Memang ada kesan.
Betul tu, jika anda nak dunia, anda juga perlu berilmu
tak ada siapa kata tak bagus baca buku tu, .tapi kenapa baca, untuk apa ianya membaca ,atau baca sekasdar suka-suka ?, boleh juga ,..suka-suka,riang-ring pun boleh melapangkan fikiran buat seketika ,tapi yang pentingnya disini membaca apa yang hendak diketahui,untuk apa pengtahuan itu hendak digunakan,barulah sepadan dengan belanja dan masa yang dihabiskan untuk membaca.
hah btul 2.
jangan kdkut untuk ilmu….
Sangat bersetuju dengna artikel ini..
Alasan tiada duit memang tak boleh diterima pakai..
Boleh je pegi library baca buku motivasi…
Rugi je tahu membaca..
tremendously agree with this statement…
semuanya bermula dengan motivasi diri,,
begitu juga dengan semua yang telah berjaya
hari ini…:)
awas! kebanyakkan penulis, penceramah, motivator dan leaders bukan membuat apa yang dia tulis. cari achievers! achievers ada track record! jiika dia cerita mlm, dia ada jutawan2 yg telah dia hasilkan. jika dia cerita business, dia sendiri mesti ada business yg besar.
pendeknya, cari achievers!
Saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan… saya sendiri sudah mempunyai banyak koleksi buku-buku orang-orang yang sudah berjaya.. Sekarang adalah waktunya saya bertindak… Insyallah saya akan lakukan.. Doakan kejayaan saya.. Salam