Bolehkah semua benda dijual di internet?

Suatu masa dulu, ada satu ayat yang menyatakan “Semua benda boleh dijual di internet!”. Pada mulanya saya hanya menerima bulat-bulat sahaja “ayat” tersebut.. tetapi setelah saya melihat kegagalan ramai orang yang cuba menjual sesuatu barang di internet. Kepercayaan saya terhadap “ayat” tersebut sedikit goyah..

Saya mula meragui ayat tersebut.. betulkah semua benda boleh dijual internet? Contohnya.. nasi lemak? Ada ke orang nak beli nasi lemak secara online? Lepastu, nasi lemak bukannya tahan lama.. kalau pos, confirm basi bila sampai kepada pembeli.

Contoh lain.. rempah kari.. ada ke orang nak beli rempah kari di internet? Dari beli kat internet.. baik pergi beli kat kedai depan rumah tu je! Lagi cepat dan pantas.

Keraguan demi keraguan yang muncul di fikiran saya ini serba sedikit mula menyakinkan saya bahawa.. “Tidak semua benda boleh dijual diinternet”. Hanya barang-barang tertentu sahaja yang boleh dijual di internet.

Selepas itu, setiap kali saya ingin menjual sesuatu barang di internet, saya akan menganalisa terlebih dahulu “produk” tersebut..

  • adakah ianya tahan lama?
  • adakah ianya boleh di pos?
  • adakah ianya unik dan tiada dijual di kedai-kedai berhampiran?.. dan sebagainya

Namun begitu, lama-kelamaan, perkara ini sedikit menyusahkan saya. Terasa semakin susah pula untuk mencari produk yang sesuai yang boleh dijual di internet.

Dalam masa yang sama… saya melihat, ada beberapa barang yang saya rasa tidak sesuai dijual di internet, dijual oleh pihak lain dengan jayanya. Contohnya seperti, minyak wangi, baju kaftan, tudung, nasi berlauk (mangkuktingkat.com) dan banyak lagi… malahan jika dilihat di website ebay dan lelong, kita akan menjumpai banyak lagi benda-benda pelik yang tidak terlintas di fikiran saya ianya boleh dijual, dijual dan dibeli oleh orang di internet.

Malahan, saya sendiri tidak pernah menyangka yang saya akan membeli sebuah televisyen di internet!.

Perkara ini telah membuka dimensi baru di dalam pemikiran saya, dimana ianya membuatkan saya berfikir semula mengenai ayat “semua benda boleh dijual di internet” menerusi perspektif yang baru.

Jika dulu saya menentukan sama ada sesuatu produk itu “boleh dijual atau tidak” di internet dengan membuat analisa pada produk tersebut seperti, tahan lama ke tidak? boleh di pos ke tidak? dan sebagainya..

Tetapi kini, tidak lagi..sebenarnya.. “menganalisa produk” semata-mata adalah tidak mencukupi, apa yang lebih penting dan utama ialah “membuat analisa terhadap diri anda (penjual), pasaran & juga pembeli”.

  • Kepada siapakah anda ingin menjual produk tersebut?
  • Bagaimanakah anda ingin menjual produk tersebut?

dan persoalan yang lebih penting dan utama, ialah….

  • Adakah anda mampu untuk menjualnya?…

Inilah 3 persoalan yang utama yang perlu ditanya sebelum anda menjual sesuatu produk di internet, jika anda dapat menjawap 3 persoalan di atas… anda akan dapat lihat… anda sebenarnya boleh menjual apa sahaja di internet!… ho! ho! ho!.. saya suka dengan “perasaan” dan “kepercayaan” itu.. ia membuatkan fikiran saya bebas semula dan tidak terbatas di dalam menghasilkan lebih banyak lagi website-website perniagaan internet saya.

Yosh!

Salam usahawan cyber dari saya!
MohdSuhaimy.com

Reblog this post
Bookmark and Share


This entry was posted on Wednesday, August 13th, 2008 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

22 Responses to “Bolehkah semua benda dijual di internet?”

  1. Zahrul Azua on August 13th, 2008 at 9:14 am

    Benda ni actually sama je dengan perniagaan di luar talian (offline). Step pertama sebelum jalankan perniagaan. Perniagaan apa kita nak buat, apa konsep perniagaan, kenapa nak jual produk atau servis yang kita nak jualkan dan pelbagai persoalan. Mesti ada matlamat dulu kalau tak macam kira gantung tak de tali lah.

  2. Jutawan Pasar Malam on August 14th, 2008 at 9:08 am

    kapal terbang pun orang ada orang jual ikut internet

  3. ckstar on August 14th, 2008 at 5:43 pm

    bukan je kapal terbang…
    org pun ada gak jual kt internet..
    paling terbaru nak jual pangkat kenamaan kt internet..
    his mcm2 perangai mat salleh ni..
    hohohoho….

  4. megat on August 15th, 2008 at 5:38 pm

    memula terjebak dalam dunia tanpa sempadan ni, sy juga berfikir sedemikian. dan kini persepsi sy mengenai perniagaan internet berubah malah bertambah yakin bahawa ianya bakal menjadi suatu bidang baru bagi orang kita.

    nyatanya ia memberi lembaran baru yang patut semua orang ceburi dan merasai kemudahan yang anda hanya klik dirumah! hebat kan!

  5. khairul on August 16th, 2008 at 1:14 am

    Act…memang tidak dinafikan untuk bisnes terutama Internet sememangnya menjanjikan pulangan yang lumayan kalu kena pada caranya. Sebelum memulakan bisnes itu, perkara paling penting adalah kehendak pasaran yang perlu dilakukan kajian supaya akhirnya produk tau servis kita tawarkan mendapat tarikan pengunjung.

    Bisnes TDTone
    http://bisnesTdTone.com/khairul
    “Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”

  6. syafiq on August 22nd, 2008 at 11:39 pm

    aku lom pernah wat jual barang kat internet nie ,hehehe
    rasa cam nak wat , tapi entah cam mane tak buat2
    wawawawaw
    ok , saja nak luahkan perasaan sikit atas kekurangan ilmu aku nie
    terima kasih atas artikel yang memberi semangat tok aku teringin nak wat bende nie.

    http://www.syariscrewz.blogpot.com

    underground download recource

  7. shahraduan on August 29th, 2008 at 4:04 pm

    huhuhuuhuhu…aku plak jenis pilih barang, tgk atas permintaan ada kehendak ke tak..pastu baru lah jual kat ebay.com – walaupun boleh jual macam2 brg..tapi mau pilih gak…kalau mau untung..hok hok hok hok..

  8. cornelius on August 31st, 2008 at 4:47 pm

    ya betul tu…actually, kalau kita dah jumpa niche kita, kita sebenarny boleh target market itu dengan menjual apa saja barang. yang paling penting ada permintaan..:) kalau ada orang mau, pasti kita boleh jual…

    http://wirename-craft.blogspot.com/

  9. azam on October 29th, 2008 at 12:21 pm

    bolehkah kita beli barang di internet dan menjualnya semula dengan harga lebih tinggi?

  10. zamzariena on November 28th, 2008 at 3:51 pm

    dulu saya tak percaya coklat boleh dijual di internet…amat susah sekali..
    satu hari,saya cube bereksperimen.
    letak sekotak coklat dlm polistren yg diletakkan bersama icepack;diatas bumbung kereta;di tengah panas.eksperimen saya berjaya..
    masih ingat lagi..delivery sy yg pertama adalah sarawak.
    sekarang sy percaya,sume benda boleh dijual di internet..
    dan saya salah seorang online shoppaholic..

  11. AlphaLipidweb on December 16th, 2008 at 10:36 am

    jelas sekali dari pengalaman usahawan internet satu medium yang memudahkan pelanggan shopping sambil mencari maklumat. sesiapa yang belum mula cepat cari produk, pasaran tanpa sempadan menanti anda.

  12. nik on December 26th, 2008 at 3:30 am

    perniagaan offline dan online ni sama sahaja. berbeza cuma marketing dan target marketnya sahaja. perniagaan offlline ni cuma tertumpu kepada kawasan setempat sahaja. namun, perniagaan online lebih luas dan terbuka

  13. soleh on May 8th, 2009 at 2:07 am

    Dan perniagaan online ini memerlukan sedikit pengetahuan mengenai HTML terutamanya ketika linking dan upload gambar

  14. hafizul on October 11th, 2009 at 5:04 pm

    aku dulu pun x percaya jualan internet nie, takut kena tipu..hehehe..
    tp bila kawan selalu beli guna online dan dapat produknya dgn keadaan baik, aku pun berminat ingin tahu cmna nk wat jualan secara online nie..
    permintaan semakin hari semakin tinggi..org mudah mencari barangan menerusi internet ja..x penat berjalan..

  15. mohd shah on November 14th, 2009 at 9:06 am

    salam semua,
    Pda saya ,memang internet tempat yg paling baik untuk mejual dan mempromosi barangan,Contohnya saya skrg sedang menawarkan(bukan menjual tapi hanya byar maharnya aje)sejenis brg yg amat jarang dijumpai iaiti”Teras Kelo Kuning Raja”.Setelah saya membuat rujukan pda pakar2 yg arif spt tokoh2 perubatan tradisional,orang2 Tua yg handal2,Pusat perubatan tradisional yg terkenal dan beberapa kiyai.Mereka semua merasa pelik walaupun itu semua anugerah Allah swt kerana Teras ini amat payah untuk ditemui,tambahan pula zaman sekarang…Setelah mereka semua berfirasat,mereka kata,Agih-agihkan atau berilah pada sesiapa yg berhajat dan jika ada kelebihan rezekinya bolehlah dihantar kemesjid.
    Maka itu saya pun telah mula mengagihkannya pada sesiapa yg berminat,termasuklah dari singapura,berunei dan Indonesia.Jadi dikesempatan ini sesiapa yg berhajat utk memiliki anugerah alam ini bolehlah menelepon saya di 019-2805289@email :mabd.hamid@yahoo.com.sesiapa yg mengemail saya,saya akan bgikan info lengkap bersama akhbar dan Pakar perubatab tradisional.T.k

  16. ciktipah on December 8th, 2009 at 2:07 am

    salam semua…

    bab semua benda boleh dijual kat internet ni mmg mula2 payah nak percaya. saya dulu pun agak sinikal dgn perkara ni. tp lama2 diri sendiri jugak yg jadi pembeli di internet. maklumlah….org pompuan. bila dah lama sikit…timbul niat nak mencuba..tp tak de modal so mulakan dgn affiliate Ebook. strategi salah kot…tak berapa nak menjadi. lepas tu give -up. tp secara tak sengaja saya jumpa org jual ikan masin kat internet dgn jayanya. lepas tu timbul la idea nak buat perniagaan ni. alhamdulillah sambutan agak menggalakkan. jual ikan pekasam…..http://ciktipahcyber.blogspot.com/

  17. mizwana on March 12th, 2010 at 3:11 am

    setuju…sy dulu kat setahun asyik pikir nak jual apa kat internet…lepas satu…satu… idea dtg tp tak buat2… last2 sy cuba jugak la… mcm en suhaimy cakap…kena buat analisa pasal market & pembeli…ini part yang mencabar skit ni…kalau dpt cara & jawapan kepada setiap soalan ni…insyaallah boleh..

  18. abijohann on May 21st, 2010 at 10:22 am

    Salam,saya baru saja semalam jadi ahl forum laman ini,setelah servey hampir 3 minggu mentelaah kandungan yang terlalu jauh meninggalkan saya kehadapan, apa pun belum mula lagi ni,cuma ada e mail dengan laptop saja.nakkan bimbingan OTAI-OTAI bagaimana nak bermula….TQ

  19. Ismail on August 24th, 2010 at 6:26 pm

    Yup boleh hehe.. macam aku juga, dulu orang cakp jual kad kahwin nak kena ada kedai besar2 baru boleh customer datang walk in tengok kad tu semua. Sekarang dah boleh, takde hal dah. Pakai pos je.. Semua customer dari pelbagai negeri boleh tengok.

    Tapi aku still rasa online business ni untuk produk fizikal yang kecil2 je sebab senang nak pos. Kalau saiz gabak nye macam mana plak tu??? huhu

  20. Haneef on November 2nd, 2010 at 3:24 am

    internet ialah cermin kepada alam nyata sahaja. yg boleh dijual di internet ialah barang2 digital – e-book, lagu2 dll. barang2 physical, kita perlu lihat statisitik e-bay dan amazon dan marketplace yg lain dari segi peratusannya.

  21. Zul Sza on June 10th, 2011 at 7:54 am

    Pendek kata, JUAL ORANG pun boleh kat internet ni.
    (maksud sy, ejen pembantu rumah. huhu..)

  22. KAKRAIHAN on August 11th, 2011 at 1:14 am

    kak dah lebih 6 tahun giat dalam biz internet HANYA DI RUMAH.. suami dah 2 tahun + pencen dan anak sulung nak masuk tahun 3 di UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS dalam IJAZAH PENDIDIKAN SAINS. ALHAMDULILLAH, tempahan sentiasa ada diterima dari netters seliruh malaysia, sabah , sarawak, spore , brunei, jepun dan jakarta selatan.. kalau dalam mood raya, tempahan serundiiiiing daging asli kelantan MEMANG xmenang tangan di buatnya…syukur pada Allah..
    untung buat jualan cara online kerana jauh dari hasad dengki pesaing kita, xperlu nak sewa kedai, modal kecil…cuma satu kena jaga…AMANAH…INSYALLAH…akan bertahan lama….. :)

Leave a Reply