Blog vs E-Commerce, Mana Satu Terbaik?
Sekarang ni ramai yang nak cari duit kocek lebih, maklumlah, zaman gawat, harga gula pun dah naik dua puluh sen. Antara cara paling mudah nak cari duit poket lebih ialah dengan berniaga secara online. Namun bagaimana cara untuk membangunkan kedai online sendiri? Seringkali saya ditanya, guna blog atau e-commerce? Kali ini saya akan cuba berkongsi kebaikan dan keburukan bagi kedua-dua pilihan ini.
Kelebihan Blog berbanding E-Commerce
- Antara kelebihan utama menggunakan blog ialah kerana ia mudah dan murah dibina. Malah anda boleh menggunakan perkhidmatan blog percuma seperti wordpress ataupun blogspot. Tidak seperti laman e-commerce, anda mungkin perlu bebelanja ratusan dan ribuan ringgit untuk mengupah pembina laman web membangunkan laman e-commerce anda.
- Pembangunan blog tidak mengambil masa yang lama, dalam sehari anda boleh membangunkan perniagaan anda. Ia mungkin mengambil masa berminggu-minggu jika anda menggunakan e-commerce.
- Bagi perkhidmatan blog percuma, terdapat ribuan template yang juga boleh digunakan secara percuma. Pada masa ini, anda boleh mendapatkan template blog yang sangat cantik dan menarik seperti di sini atau di sini.
- Antara kelebihan lain blog adalah kandungannya yang mesra enjin pencari menyebabkan mereka lebih cepat dijumpai dan diindek oleh enjin pencari seperti Google dan Yahoo berbanding e-commerce. Kebanyakan laman web e-commerce hanya menyenaraikan produk dan ia memerlukan kerja tambahan bagi menjadikan ia mesra enjin pencari. Bagi blog pula, terdapat banyak plugin yang membantu memperbaiki SEO laman blog tersebut.
- Laman blog percuma selalunya diupgradekan secara automatik dari masa ke semasa. Ini sangat penting bagi memastikan blog sentiasa mengikuti perkembangan teknologi semasa. Ia juga penting bagi mengekalkan keselamatan blog dari diceroboh.
Kelebihan E-Commerce berbanding Blog
- Blog tidak dibina untuk tujuan perniagaan. Oleh itu, buat masa ini, tiada cara khusus bagi pemilik blog menerima sebarang tempahan secara terus. Kebanyakan tempahan di terima secara manual melalui email. Berbanding blog, laman e-commerce direka dengan menepati kehendak perniagaan internet. Oleh itu tempahan, pembayaran, dan penghantaran lebih mudah diuruskan. Bagi pengguna blog, modifikasi perlu dilakukan (seperti pengunaan plugin WP-e-Commerce) untuk pengguna wordpress.
- Walaupun pengguna blog boleh melakukan modifikasi dalam blog mereka, ia bukan lah cara yang optimum. Rekabentuk dan pangkalan data blog bukan dibina untuk tujuan perniagaan. Oleh yang demikian, kemungkinan besar ia tidak dapat menampung transaksi yang banyak bagi sesebuah kedai online yang mempunyai banyak produk dah pelanggan. Sistem ecommerce moden seperti Magento dan OpenCart dibina bagi memenuhi kehendak perniagaan internet
- Bagi e-commerce, anda tidak mempunyai masalah untuk melihat laporan perkembangan perniagaan anda. Kebanyakan sistem e-commerce dilengkapi dengan pelbagai laporan bagi memudahkan anda memantau perniagaan anda. Malah terdapat sistem e-commerce yang dilengkapi dengan sistem perakaunan, CRM dan inventori.
- Laman e-commerce juga membuatkan perniagaan anda nampak lebih professional. Ini mungkin hanya satu persepsi, namun bagi berjaya di alam siber, persepsi juga memainkan peranan yang penting.
Kesimpulan
Blog atau e-commerce? Terpulang kepada anda, jika anda hanya memiliki beberapa produk, anda boleh menggunakan blog untuk membangunkan perniagaan anda dengan mudah, murah, dan cepat. Tapi sekiranya anda mengutamakan fungsi dan sistem yang lebih efektif bagi mengurus perniagaan anda yang lebih besar, saya cadangkan anda menggunakan sistem e-commerce.
Alternatif Lain
Masa kini, sudah terdapat sistem hybrid yang menggabungkan sifat mudah, murah, dan cepat blog dengan sistem efektif e-commerce. Saya jangkakan ini merupakan masa depan perniagaan online. Sebagai contoh, sistem tempatan Lot.my membolehkan pengguna membina kedai online mereka semudah membina blog. Sistem sebegini dipanggil SAAS atau Software As A Service. Di luar negara SAAS untuk e-commerce menjadi salah satu pilihan bagi membangunkan kedai online.


E-commerce lebih sesuai untuk usahawan yang mempunyai rangkaian produk yang pelbagai.. Jadi adalah wajar mereka mempunyai satu sistem kedai online yang lengkap. Ini dapat meyakinkan pelanggan.. Wlaubagaimanapun kos nya agak tinggi.
Blog pula lebih sesuai bagi individu yang mempunyai modal yang kecil. Saya dah melihat blog blog perniaggan. Tak kurang hebat juga blog mereka.
Kesimpulan nya.. E-commerce atau blog, kedua dua nya boleh di pakai bagi kegunaan perniagaan.
lot.my tu nampaknya satu perkhidmatan yang bagus. nanti kongsilah lagi berkenaan dengan SAAS, saya berminat
info yang menarik terima kasih
setuju dengan azahar
e-commerce memang sesuai untuk perniagaan yg besar shaja.. jika kita cuma ada satu produk jer nk jual rasa lebih elok guna blog..
lagipun blog mudah untuk diupdate.. sebab dh selalu guna dh tahu selok belok..
saya pilih blog untuk tawarkan produk..
ada member yg dah guna yg lot.my tu.. wweb tu bleh jumpe dekat http:/www.lot.my.. dia pun cakap senang mcm buat blog je..
ingat ke lot.my tu oversea punye sbb dlm BI.. power jugak orang kita boleh buat sistem free tapi gempaq camtu.. sifu kenal ke owner dia?
Yup..
artikel mengenai e-commerce ini bagus dikupas secara lebih mendalam
setuju la dgn en azhar…
pada saya kalau ada sedikit modal boleh la guna e-commerce,tapi mungkin pada yang ada kekangan dari sudut modal guna la mana yang berkemampuan
Terima Kasih
tp ade cara baru berniaga di blog dgn e commerce. jemput ke web sy
semua pun subjektif. Saya pun agak berminat dengan e-commerce tetapi bila guna kos dengan jangkamasa lama, kadang2 rasa tak berbaloi..
aku pon ingat nk buat blog…tp xde idea nk menulis…aku bkn terer sgt menulis ni…nak kena update selalu blog..baru gempak
blog pun baik, e-c0mmerce pun baik… kalau yang iklan tu orang panggil apa?? macam http://www.1kereta.com
laman web iklan kereta, tapi ada gak blog, ada gak artikel
setuju dengan penulis, nak tambah sikit, jika ada ecommerce kredibiliti akan lebih sikit, selalunya yang bisnes kat blog adalah peniaga homebased.
azam : yg ni dipanggil directory atau classified khas untuk kereta.
Dengan segala kelebihan yang didedahkan saya cenderung kepada blog sahaja., faktor scam juga patut diambil kira. Blog scam memang jarang yang kita dengar.
saya rase cm nak guna blog jerk kot…budget sikit…kan ?
landing page – blog. business page – e-commerce.
bagaimana nak “improve” biz e-commerce? cth http://www.mybazaar2u.com adakah masih lagi relevan berbanding blog? mintak pendapat bernas…
memang benar apa yang dinyatakan oleh penulis di article ini.
Tapi utk menjadikan online business lebih professional, e-commence lebih sesuai dan boleh diuruskan dengan lebih teratur and berkesinambungan di masa depan.
Blog more to sharing some personal or interested stuff online..this is my opinion..