Blog: Fenomena yang menggemparkan dunia
Blog: Fenomena mengemparkan dunia.
Adakah anda memiliki blog?. Sebagai usahawan internet, sudah pasti blog menjadi satu keperluan sama ada untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan. Blog kini menjadi fenomena luar biasa. Beribu-ribu blog didaftarkan setiap minit sama ada melalui penyedia blog sama ada secara percuma ataupun berbayar. Boleh dikatakan 70 peratus pengguna internet memiliki blog sendiri yang mengandungi pelbagai topik dan berita. Blog berasal daripada perkataan Web Log yang bermaksud mengekal atau menambah kandungan. Blog selalunya memaparkan komentar mengenai berita atau topik topik tertentu yang khusus,hobi,minat,pendapat malah boleh menjadi diari dalam talian (online diary).
Pada November 2006, Enjin carian blog,Technoratti melaporkan hampir 60 juta blog telah didaftarkan dan jumlah tersebut bertambah setiap minit. Menurut Penganalisis blog, David Sifry, setiap hari hampir 75 ribu blog baru akan didaftarkan manakala 50 ribu posting melalui blog dalam masa sejam.

Carta kumulatif weblogs 2003-2006

Carta jumlah blog baru setiap hari
Blog buka sahaja menjadi ruang cereka,menceritakan perihal peribadi malah menjadi senjata pemusnah kredibiliti orang lain. Terdapat blog yang dihasilkan semata mata untuk menyebar fitnah dan menjaja pelbagai cerita dongeng sehingga menimbulkan konflik yang serius. Pada satu peringkat, blogger diheret ke mahkamah akibat tajamnya sentuhan keyboard sehingga menusuk ke ruang kalbu.
Sebagai usahawan internet, fenomena blog yang semakin berkembang memberi peluang yang besar untuk dimanipulasi secara positif. Blog menjadi ruang untuk mengembangkan pemasaran produk sehingga melangkaui sempadan global. Blog juga dapat menjadi sebahagian sumber pendapatan kepada usahawan menerusi pengiklanan, pemasaran, kejurulatihan peribadi dan pendidikan berterusan. Di Malaysia, antara blog yang menghasilkan pendapatan ialah blog Webmaster Malaysia, Blog Smartusaha,Fiona Tan.com dan banyak lagi.
Sebagai usahawan internet yang sentiasa dahagakan peluang dan kejayaan, peluang keemasan ini harus diaplikasikan secara maksimun bagi menggandakan pendapatan di internet. Keghairahan pengguna internet tentang blog sehingga mencetuskan fenomena luar biasa ini seharusnya menjadi titik tolak untuk meningkatkan pendapatan melalui perancangan yang berkesan serta kesempatan penyelesaian masalah sebagai peluang anda menerokai khazanah yang mencetuskan fenomena ini. Kalau anda benar usahawan internet sejati, pasti anda sudah berjaya menghidu peluang untuk menambah koleksi aset anda. Jangan sampai adik anda yang berada di tadika sudah mahir benar menghantar post di blog beliau sedangkan anda masih terkial kial membezakan blog percuma dan blog berbayar.
adiputra adalah orang biasa dan bukan sesiapa.


Leave a Reply