Blog + Artikel = Pemasaran + Ebook = Pendapatan Internet (Bahagian II)

Blog + Artikel = Pemasaran + Ebook = Pendapatan Internet (Bahagian II)
oleh Zamri Nanyan

“Saya tak tau nak tulis artikel di dalam blog. Kalau tulis sesuatu yang berkaitan dengan diri saya… saya tahulah. Macam mana, ek?”

Jawapannya ada di dalam soalan yang diberikan - iaitu anda menulis sesuatu yang anda tahu!

Saya pasti jika anda terlibat dengan sebarang perniagaan internet, anda telah mempelajari pelbagai kaedah atau taktik perniagaan ini. Semakin lama anda belajar, semakin banyak ilmu yang anda perolehi. Jadi, jangan simpan ilmu yang anda pelajari tersebut. Luahkannya di dalam bentuk penulisan artikel dan paparkannya di dalam blog anda.

5 kaedah yang paling senang untuk menulis artikel ialah:

1. Tulis artikel yang mempunyai beberapa tip yang dapat membantu pembaca anda menyelesaikan sesuatu masalah. Kemudian, nomborkan atau senaraikan tip tersebut di dalam artikel anda (seperti yang saya lakukan di sini). Jika perlukan huraian yang panjang, berikan tajuk kecil kepada setiap tip yang anda hendak berikan.

2. Tulis artikel berbentuk cerita. Penulisan berbentuk cerita membuatkan pembaca berasa selesa dengan anda dan anda tahu bahawa penulisan artikel anda bermula dan berakhir apabila cerita anda juga bermula dan berakhir.

3. Tulis artikel yang merupakan jawapan kepada beberapa soalan yang berkaitan dengan topik yang anda tulis. Jika anda mempunyai 7 soalan untuk dijawab, dan setiap soalan yang anda jawab sudah menggunakan 100 patah perkataan, anda telahpun menulis keseluruhan artikel melebihi 700 patah perkataan.

4. Tulis semula artikel orang lain yang anda rasakan sesuai untuk diperbaiki. Percaya atau tidak, ramai penulis menggunakan kaedah ini kerana ianya mudah. Jika anda pernah menulis sesebuah karangan atau tesis semasa persekolahan anda, anda pasti mempunyai pengalaman menulis semula hasil tulisan orang lain di dalam ayat anda sendiri. Praktikkan semula di dalam penulisan anda di blog dan laman web anda.

5. Tulis artikel dengan tujuan untuk mengajar - dan bukannya untuk mengikuti kesemua tata-bahasa yang dipelajari di sekolah. Ada kalanya anda selitkan bahasa pasar atau ayat pendek di dalam penulisan anda. Contohnya, “Nak pegi mane?” boleh digunakan walaupun ayat sebenarnya ialah “Hendak pergi ke mana?” atau “Wanna go for a ride?” berbanding “Do you want to go for a ride?”. Sekiranya ayat anda menarik dan tidak terpesong daripada tujuan asal dengan maksud yang anda hendak sampaikan, anda boleh mencubanya.

Akhir sekali, saya lebih menyukai penulisan berbentuk “bullet-point” atau senarai idea yang hendak dibentangkan (seperti di dalam artikel ini) kerana ianya mudah untuk difahamai, dan sekiranya saya perlukan rujukan untuk sesuatu topik kecil di dalam artikel tersebut, saya cuma perlu semak sepintas lalu dan dapat mencarinya dalam beberapa saat.

Oh ya, jika anda analisa artikel saya ini, anda juga akan perasan yang saya juga memulakannya dengan sebuah soalan. Dan, sesekali anda akan dapati yang jika artikel ini diberikan kepada “Dewan Bahasa dan Pustaka”, mungkin saya akan dapat markah C+ untuk tata-bahasa. )

Walaubagaimanapun, sudah tentulah penulisan berbentuk peribadi di blog anda juga dapat membantu untuk mendapatkan kepercayaan daripada pembaca anda. Dengan memberikan sedikit cerita peribadi anda, mereka akan berasakan seakan-akan anda juga adalah insan biasa seperti mereka juga.

Seterusnya, tunggu bahagian ketiga untuk topik yang menarik ini.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan memulakan perniagaan internet sejak 2003 lagi dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang pembangunan diri. Sekiranya berminat dengan produk pembangunan diri yang terbaik, sila lawati http://www.successuniversity.com.my untuk maklumat lanjut.

This entry was posted on Saturday, January 5th, 2008 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

7 Responses to “Blog + Artikel = Pemasaran + Ebook = Pendapatan Internet (Bahagian II)”

  1. suhaila on January 5th, 2008 at 11:42 pm

    terima kasih kerana tip yang berguna nih.. mesti baca!!!

  2. Precint88 on January 6th, 2008 at 3:42 am

    Tips yang bagus, mungkin saya akan pratik dalam blog saya pada satu hari nanti. Thanks.

  3. zulkarnain on January 6th, 2008 at 7:36 am

    Assalamualaikum Sdr Zamri,

    Saya berminat untuk menceburi perniagaan internet. Tapi tak tahu nak buat laman web. Di mana boleh saya dapatkan ilmu tersebut? T/kasih - Zull

  4. Zamri Nanyan on January 6th, 2008 at 10:35 am

    W’salam,

    Ianya bergantung kepada model bisnes internet yang ingin anda lakukan. Sesetengahnya tidak memerlukan anda membina laman web yang ‘complicated’ dan sesetengahnya cuma memerlukan anda mengubah template yang sedia ada.

    Cuba gunakan googlepages.com untuk eksperimen.

    Saya tak pasti jika produk ini sesuai (bergantung kepada model bisnes yang anda lakukan), tapi bolehlah anda lawati http://simurl.com/videointernet untuk melihat sama ada ianya sesuai untuk keperluan anda.

    Zamri Nanyan

  5. kakroz on January 8th, 2008 at 12:04 pm

    yup, panduan yang sgt berguna…saya pasti akan mempraktikannye utk blog saye..:-)sebelum ni mmg saye pening pasal idea utk menulis.tapi artikel ini sgt membantu..terima kasih sdr zamri!

  6. johari on February 12th, 2008 at 4:42 pm

    Salam,

    Saudara Zamri,

    Wajah awak tak tumpah macam guru internet
    saya! tu yang saya musykilkan.
    Takan pelanduk dua serupa kot.

  7. utzSufi on April 21st, 2008 at 11:44 am

    Assalamualaikum semua,saya baru jumpa forum ni kebetulan saya ada masalah dengan Earnings adsense saya.Pada hari pertama dan kedua saya dibayar 10 cent perklik tapi pada hari kelima dan keenam dibayar 2 cent saje perklik.Sebab apa ye?tolong bantu sikit boss…macam mana dan kenapa berlaku begitu.Bagaimana nak dapat semula 10 cent perclik.Blok saya http://jutawan-teachers.blogspot.com

Leave a Reply