Bisnes Selagi Boleh

Sejuk hati ini apabila melihatkan begitu ramai muda-mudi warganegara Malaysia mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Sama ada online ataupun offline, nampaknya mereka dah mula ada kesedaran untuk keluar daripada zon selesa masing-masing.

Kan bagus kalau selamanya begini. Tidaklah hanya asyik kita mengkayakan orang lain. Bak kata Chef Li dalam salah satu bukunya, setiap hari kita membayar pada orang, bila orang pula nak bayar pada kita?

Sedangkan kita punyai kemahiran, kekreatifan dan idea yang bijak. Apa agaknya yang menghalang?

Sudah tentulah diri sendiri yang jadi penghalang. Musuh paling ketat bagi kita adalah diri kita sendiri.

Anda perhatikan sekeliling anda. Analisis situasi dan ragam manusia di sana. Agak-agaknya dengan cara apa anda boleh buat mereka bayar sesuatu kepada anda?

Saya beri contoh, di pejabat yang saya menumpang ini (ini pejabat emak saya dan saya menumpang duduk merangkap pembantu emak saya), ada sebuah saja kafe di mana setiap kali waktu makan, ia penuh dengan pelanggan. Masakannya memang sangat sedap dan menyelerakan. Pendek kata, takkan bosan makan setiap hari di sini.

Encik Zul, tuan punya kedai pun cukup ramah dan pandai menjaga pelanggannya. Asalkan nampak wajah saya, dia akan terus siapkan ‘limau suam’ kerana itu minuman asasi saya setiap kali waktu makan berat. Bukan saya saja, semua pelanggan boleh dikatakan dah pun dihafal minuman kegemaran mereka.

Tetapi saya masih nampak ada peluang untuk saya di situ.

Pelanggan begitu ramai setiap hari. Terdiri daripada wanita-wanita dan gadis-gadis yang sedang menjalani latihan praktikal.

Jadi, jika saya tambahkan sesuatu dalam produk kafe ini, tentu ianya akan mendapat sambutan. Apakah dia?

Saya akan meletakkan peti buah-buahan potong!

Ya, ianya laris. Walaupun cuma RM2.00 sebungkus, tapi darabkanlah dengan berapa orang pelanggan. Sehari mungkin saya boleh memperolehi.. RM30.. RM50..?

Campur dengan gaji bulanan saya?

Campur dengan hasil bisnes online saya?

Campur dengan hasil jualan buku saya?

Wow! (gaya Husin Lempoyang)

Akal yang diberikan oleh Allah SWT adalah sesuatu yang sangat bernilai. Gunakannya semaksimum mungkin, kerana ia sumber kebijaksanaan yang membawa kepada sumber rezeki anda..

Niat yang baik itu, insyaAllah Tuhan akan tolong…

Mahukan sokongan dan dorongan lebih lanjut? Dapatkan buku motivasi saya yang pertama di sini ..

Note: Ada ‘orang-orang’ sedang tidur.. dan kala ini kita harus bangkit mengambil kesempatan mengaut semula hak kita di bumi bertuah ini…

Bookmark and Share


This entry was posted on Tuesday, January 15th, 2008 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

17 Responses to “Bisnes Selagi Boleh”

  1. titan on January 16th, 2008 at 12:46 am

    Idea tu memang bagus dan ramai yang dah apply. Memang cara yang simple. TApi ramai yang memandang rendah cara nih kan?

  2. syia on January 16th, 2008 at 1:54 am

    idea yang simple selalunye membuahkan hasil lumayan tapi manusia suke pikir complicated sekarang

  3. ijamidayu on January 16th, 2008 at 5:30 am

    setuju dgn kata titan ngan syia.. :) tapi masih juga ramai perlekeh benda ni.. buat satu kerja tapi nak hasil yg bnyk..

  4. Noorizam Shah on January 16th, 2008 at 6:53 am

    menarik topik ini.. idea nih memang kita nampak tapi masih ramai yang ‘simpan’ dan ‘malu-malu’ untuk praktikkan..

    p.s: jual belon kat pasar malam pun boleh jadi ‘kaya’ apa?

  5. starline on January 16th, 2008 at 10:47 am

    asalkan ada kemahuan ada la kejayaan.ramai member2 saya bila bertanya tak nak buat bisnes ke?jwpannya takut rugi dan malas.Tak leh nak cakap apa lagi la kalau dah camtu jawabnya.

  6. titan on January 16th, 2008 at 1:28 pm

    kalau takut rugi. Keje je makan gaji. Ok apa…:D

  7. azuzafu on January 16th, 2008 at 2:20 pm

    yaa.. kat tempat saya ni, punyalah banyak restoran2 tomyam yg besar.. tapi banyak yang dah ditutup.. sedihnya..

    terlalu asyik merenung bulan sampai lupa bumi yang dipijak..

    impian, kalau tak setara dengan kemampuan.. itulah angan2 kosong namanya..

    kwn2 saya pun ramai yang minat nak bisnes tapi masih juga kerja makan gaji.. nak kumpul modal.. tak salah, malah saya galakkan sebab itu satu cara utk mengelakkan daripada berniaga bermodalkan hutangggg..

    tepuk dada tanya iman..

  8. hafiza on January 17th, 2008 at 6:51 am

    satu artikel yang menarik. diharap lebih ramai yang bijak mengambil peluang perniagaan yang ada

    Regards,
    hafiza
    http://www.eOneNet.com
    Internet Marketing company since 2000

  9. abdfatah on January 18th, 2008 at 9:15 am

    peluang yang simple dan menarik lagi lumayan dan menguntungkan untuk jangkamasa panjang…

  10. Samdaddycool on January 19th, 2008 at 5:21 am

    … syabas azuzafu atas article yang membuatkan kaum kita berfikir semula (rethinking)… tentang berniaga. Saya respek dgn org2 yg berniaga asalakan halal (tak kira biz besar kecik). Asalkan ada kemahuan, usaha dan doa… InsyaAllah kita akan dpt pertolongan / jalan.
    ..saya juga bersyukur dah baca satu buku tulisan Chef Li yang byk membantu saya naik semula (walaupun masih merangkak).

    kepada semua diluar sana.. teruskan perjuangan.

    ” carilah rezeki seolah2 kamu akan hidup selama-lamanya, tetapi beribadatlah seolah2 kamu akan mati esok”.

  11. Shueqry on January 21st, 2008 at 4:35 am

    pasal bisnes, apa-apapun dahulukan pelanggan, kasi servis yang baik punya..

    Rezeki tetap Allah bagi, janji kita perlu pastikan kepuasan pelanggan terlaksana dan yg no. 1.

    -Shueqry-

  12. supey on February 7th, 2008 at 5:54 am

    ehehe..
    good advice and good idea..

    cume org muda skrg ni x brape paham psal tu..
    ramai yg kerja grade C but gaji plak nk grade A…
    camne tuh..??

    kih kih..
    bile gaji nk gradeA..
    tu yg masing2 memilih…

    pd masa yg sama org skrg nye trend..
    nk fast and easy money..
    benda tu bkan xleh dpt..
    bole je. skrg byk peluang utk tu..
    but skali skali pikirkan la ttg masa depan bangsa sendiri..

    ramai org x tau kalo kite wat something yg memudaratkan generasi akan dtg…
    jgn harap kite leh terlepas..
    terdetik je rase susah pd org2 next generation nih..
    kite leh kena seksa dlm kubur..

    so nk wat pape pikir masa depan ok..
    wuteverlife…

    (^_^)

  13. aceglobal13 on November 15th, 2008 at 7:22 pm

    memang betul bisnes selagi boleh, tapi bagi yang masih baru macam saya ni susah rasanya nak buat bisnes….hehehe. banyak panduan yang dijual agak mahal. tapi kalau tu ok lagi kot, cuma adakalanya maklumat yang dijual tak complete. nampak renggang…emmmm. bagi sayalah..

    Ok,selamat…

  14. penawar ajaib on December 26th, 2008 at 3:41 am

    orang berniaga ni x sama dengan orang makan gaji. orang berniaga ni akan cari jalan bagi memastikan dapat mencapai matlamat kehidupan mereka. namun, orang makan gaji akan bergantung kepada bayaran gaji setiap akhir bulan.. makan gaji @ perniagaan ni sama-sama mencabar. cuma orang berniaga kerja untuk buat duit kepada diri sendiri. tetepi orang makan gaji bekerja untuk buat duit kepada orang lain… hehehe.. jangan marah

  15. Melayu semangat jepun on June 10th, 2009 at 1:39 pm

    ye betul kena buat duit jangan dok diam nagna duit macam macam leh pikiaq best wa cakap lu banzai

  16. azreen on July 9th, 2009 at 1:08 am

    assalamualaikum..betul2(bak kata upi ipin)…kalo ada idea cuba jer.kalo x tau boleh ke x????nanti tgk org dah pakai idea yg sama pas 2 berjaya…..br nak nyesal.X GUNA DAH SAYANG

  17. amnizam79 on March 11th, 2010 at 2:28 am

    Walaupun banyak idea yang ada itu semuanya kategori gagal, anggaplah ia sebagai cobaan, lebih baik dari yang tidak mencoba

Leave a Reply