Beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membina web direktori

Bagi sesetengah pihak, membina direktori memang mudah kerana anda tidak perlu memikirkan tentang isi kandungannya. Hanya register domain yang sesuai, install script direktori dan siap. Sebenarnya, untuk membina direktori yang berjaya dan memberikan keuntungan kepada pemiliknya, ia memerlukan lebih daripada itu. Industri direktori ini mempunyai persaingan yang sangat hebat kerana semua orang ingin membina direktori kerana mereka beranggapan senang untuk menghasilkannya.

Disini, saya senaraikan beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membina laman web direktori

Percuma atau Berbayar

Jika anda ingin direktori anda menjadi popular dalam masa yang singkat, buatlah direktori percuma. Tetapi, bukan sahaja popular dikalangan pemilik laman web, ianya juga akan menjadi popular di kalangan spammers. Direktori percuma memang akan mendapat beratus-ratus submission sehari kerana semua orang suka benda percuma tetapi mampukah anda menanganinya? Sudahkah anda fikirkan apakah cara untuk anda mendapatkan pendapatan daripada direktori percuma anda itu? Meletakkan google adsense bukanlah yang terbaik kerana ia mempunyai CTR yang paling rendah. Lama kelamaan anda akan kehilangan motivasi melakukannya dan bertambahlah lagi satu direktori yang hidup segan mati tak mahu di dunia internet ini.

Jadi, sudah tentu anda memikirkan membuat direktori berbayar lebih senang kerana tidak perlu melayan karenah spammers. Salah! Membuat direktori berbayar juga amat susah kerana tanpa promosi, besar kemungkinan direktori anda akan terus kosong dan jika direktori tersebut kosong, ia tidak boleh dinamakan direktori lagi. Dengan persaingan yang amat hebat, anda memerlukan modal yang agak besar untuk membina direktori berbayar yang berjaya dan memberi keuntungan. Anda harus meletakkan diri anda ditempat pelanggan dengan menanyakan soalan “apakah faedah yang akan diperolehi jika menyenaraikan di direktori ini dan apakah ianya setimpal dengan bayaran yang dibuat.”

Apa yang anda boleh lakukan untuk mengatasi dilema ini ialah bermula dengan direktori percuma dalam tempoh yang singat dan selepas itu mula mengenakan bayaran yang rendah. Apabila direktori anda semakin popular, naikkan harga sedikit demi sedikit. Tetapi anda harus memastikan tiada laman web berkualiti rendah yang disenaraikan semasa tempoh percuma itu kerana ini boleh menyebabkan direktori anda menjadi “bad neighbourhood” dan menghadapi kesukaran untuk mendapat submission.

Kategori

Direktori yang baik harus mempunyai beberapa ratus kategori. Jalan mudah yang boleh diambil ialah menggunakan mana-mana kategori database yang boleh dibeli dengan harga yang rendah. Tetapi apakah yang membezakan direktori anda dengan beribu-ribu direktori lain yang juga menggunakan kaedah yang sama. Jadi disini, jalan yang terbaik ialah menambah kategori untuk direktori anda satu persatu secara manual dan untuk setiap kategori, letakkan meta tag dan description. Sebagai panduan, anda boleh melihat struktur kategori di beberapa direktori yang popular tetapi jangan meniru bulat-bulat. Anda juga perlu menggalakkan pelawat boleh mencadangkan kategori baru yang lebih sesuai untuk laman web mereka dengan meletakkan “Suggest New Category” di contact form atau di submission page.

Promosi

Saya telah memberikan tips mempromosi direktori sebelum ini di http://www.szab.net/blog/2007/03/07/tips-mempromosi-direktori/ dan sebagai tambahan, anda juga boleh menggunakan PPC seperti Google Adwords untuk mempromosikan direktori anda

Tempoh Masa Approval

Jika anda mengiklankan yang anda akan meluluskan setiap submission dalam tempoh 24 jam, anda harus pastikan anda berbuat demikian. Tempoh masa ini amat penting kerana ia boleh membina reputasi direktori anda dan menjadi satu faktor yang membuatkan orang ingin menyenaraikan laman web mereka. Tetapi jangan meletakkan tempoh masa yang tidak munasabah seperti penyenaraian dalam masa 1 jam kerana agak sukar untuk anda melakukannya. Tempoh masa yang terbaik ialah antara 24 hingga 72 jam. Jika direktori anda direktori percuma, mungkin anda boleh meletakkan tempoh masa yang lebih lama seperti satu minggu atau 2 minggu tetapi tidak harus lebih dari itu.

Profesional

Jika anda tidak ingin menyenaraikan sesuatu submission sedangkan pelanggan sudah membayar, cara yang terbaik ialah memberikan pulangan semula kepada pelanggan. Walaupun mungkin anda sudah menulis Guidelines atau FAQ yang anda tidak akan memberi pulangan terhadap submission yang ditolak, tetapi tidak salah anda melakukannya kerana pelanggan akan lebih menghargai kejujuran dan profesionalisme anda dan mereka mungkin akan berurusan dengan anda lagi di masa hadapan. Selain itu, jika anda berjanji untuk meluluskan submission dalam tempoh 24 jam tetapi tidak boleh melakukannya, jalan yang terbaik ialah memberikan diskaun kepada pelanggan tersebut.

Sebagai kesimpulannya membina direktori tidak semudah yang kita sangkakan walaupun anda tidak perlu memerah idea untuk memikirkan apa yang perlu anda tulis. Untuk membina direktori yang benar-benar berjaya anda harus menjadikannya direktori anda lain dari yang lain dan memberi manfaat kepada pemilik laman web dan juga pelawat.
alang merupakan pemilik rangkaian laman web SZAB Network dan memberikan tips, berkongsi pengalaman di http://www.szab.net/blog

This entry was posted on Wednesday, March 21st, 2007 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

Leave a Reply



Survey @ WC


Sertai survey anjuran WC.

Produk Hangat


Rahsia Newbie

Terhangat @ Forum (more)

Links

Archive


Sponsor

Recommended Sites