Apakah itu Forex trading (Part III)
Perbezaan Harga(Spreads)
Ianya adalah perbezaan diantara harga BELI and JUAL, atau BID dan ASK. Dengan lain perkataan ini adalah perbezaan harga diantara apa yang dibeli dan dijual oleh pemilik pasar kepada pelanggan. Contoh: pemilik kedai mengambil harga barangan dari pemborong pastiya lebih rendah dari harga barang yang dijual ? kalau tidak mana nak ada untung ye tak?)
Jika pelabur membeli sesuatu mata wang dengan serta merta menjual semula pastinya pelabur tersebut mengalami kerugian (Jika kadar pertukaran tidak berubah). Alasannya adalah beza harga atau ?the spread? . Pada setiap masa, jumlah mata wang lawan (counter currency) yang diterima bila menjual satu unit mata wang asas(base currency) akan lebih rendah berbanding mata wang lawan(counter currency) yang diperlukan untuk membeli satu unit mata wang asas(base currency). Umpamanya, kadar pertukaran mata wang diantara EUR/USD bid/ask di bank anda adalah 1.2015/1.3015, ini bermakna beza harga (spread) adalah 1,000 pips (percentage in points: satu pip = 0.0001). Kadar yang sebegini adalah begitu tinggi jika dibandingkan dengan kadar pertukaran secara online iaitu lebih kurang 1.2015/1.2020 dimana beza harga hanya 5 pips. Secara umum, lebih kecil perbezaan harga adalah lebih baik untuk pelabur kerana sememangnya ia amat memerlukan pergerakan yang kecil untuk menjana keuntungan dari pelaburan tersebut.
Harga(prices), Harga Tawaran(quotes) dan Harga petunjuk(indications)
Harga mata wang (mengikut terma mata wang lawan (counter currency)), dipanggil Harga tawaran ?Quote?.
Terdapat dua jenis ? Quote? dalam pasaran mata wang:
Direct Quote: Harga untuk 1 US dolar berbanding mata wang yang lain, seperti ? Japanese yen, Canadian dolar dan sebagainya.
Indirect Quote: Harga untuk satu unit mata wang lain berbanding US dolar, seperti British pound, Euro.
Pemilik pasar akan menawarkan harga tawaran (quote). Harga tawaran (quote) adalah harga yang ditetapkan oleh pemilik pasar bila perjanjian termetarai. Ianya tidak seperti Harga petunjuk ?indication? yang disediakan oleh pemilik pasar, dimana ia melapurkan kepada para pelabur status kadar pertukaran pasaran tetapi kadar tersebut bukanlah yang kekal untuk sesuatu perjanjian.
Kadar melintang(Cross rates) ? mana-mana harga tawaran (quote) tidak berbanding US dolar dipanggil ?cross?. Contohnya, GBP/JPY adalah kadar melintang(cross rate), kerana ianya dikira menggunakan US dolar. Disini ditunjukkan contoh bagaimana kadar pertukaran GBP/JPY dikira:
GBP/USD = 1.7464;
USD/JPY = 112.29;
Oleh itu : GBP/JPY = 112.29 x 1.7464 = 196.10
Margin
Pihak bank atau penyedia dagangan secara online memerlukan satu jaminan untuk memastikan pelabur mampu membayar jika berlaku kerugian. Jaminan ini dipanggil ?margin? dan juga dipanggil sekuriti minima dalam pasaran mata wang (Forex market). Kebiasaannya ia dimasukkan kedalam akaun pelabur bertujuan untuk jaminan gantian jika berlaku kerugian di masa hadapan.
Margin membolehkan pelabur persendirian untuk melabur dalam pasaran yang mempunyai unit pelaburan tinggi dengan membenarkan pelaburan jauh lebih tinggi melebihi nilai akaun. Margin juga meningkatkan kadar keuntungan and juga kerugian.
Margin pelenggaraan(Maintenance Margin)
Kebanyakan trading platform memerlukan ?maintenance margin? yang dimasukkan oleh pelabur selari dengan margin untuk pelaburan sebenar. Alasannya ialah bagi memastikan jumlah yang sentiasa ada jika berlaku penurunan mendadak( ?gap? atau ?slippae?) pada kadar pertukaran. Maintenance margin juga digunakan untuk kos pengurusan.
Bilamana pelabur menetapkan kadar kerugian (Stop-Loss rate), kebanyakan pemilik pasar tidak dapat memberi jaminan kadar tersebut sebenarnya digunakan. Contohnya, dalam pasaran jika satu mata wang lawan (counter currency) mengalami kejatuhan mendadak (vertical fall) dari 1.1850 ke 1.1900 diantara tutup dan buka dan pelabur menetapkan kadar kerugian pada 1.1875, agak-agak kadar mana yang digunakan untuk penutup perjanjian (close deal)? Tidak kira walau bagaimana kejatuhan itu dikira, pelabur barangkali perlu menambah margin asal untuk menentukan transaksi ditutup secara automatik. Simpanan dari maintenance margin berkemungkinan digunakan untuk tujuan ini.
Laverage
Pinjaman keewangan untuk laverage adalah sesuatu yang biasa dalam Perdagangan mata wang dimana ia membenarkan pelabur berhutang untuk membeli margin bagi mendapatkan pulangan yang maksima. Jaminan untuk pinjaman/leverage dalam margin disediakan dalam deposit awal. Ini menyediakan peluang untuk mengawal USD100,000 dengan deposit serendah USD 1,000.
Terdapat lima cara bagaimana pelabur persendirian dapat membuat dagangan dalam Forex, secara terus atau tidak(direct atau indirectly):
- ? Pasaran spot (The spot market)
- ? Pasaran Hadapan (Forwards and Futures)
- ? Pasaran bebas (Options)
- ? Kontrak perbezaan(Contracts for difference)
- ? Taruhan aliran(Spread betting)
Harus diingat dalam perbicangan disini kita hanya memperkata cara yang paling biasa digunakan dalam Pasaran mata wang iaitu ?Day trading? (berkait rapat dengan ?Spot?). Cara yang lain akan diperbincangkan kemudian.
Selamat mencuba..
Rezeki sesungguhnya datang Allah, kita sebagai hamba harus berusaha.
Nazri Hadi



Leave a Reply