Apakah itu Forex trading (Part II)
Apakah Forex trading(Perdangangan Mata wang)?
Apakah Forex deal(Perjanjian Mata wang)?
Tujuan pelabur melabur dalam Pasaran mata wang (Forex trading) adalah untuk mengambil keuntungan dari pergerakan sesuatu mata wang.
Lebih dari 95% Perdangangan mata wang hari ini yang dijalankan bertujuan untuk spekulasi (Untuk mengambil keuntungan dari pergerakan mata wang). Selebihnya bergantung kepada “Hedging” iaitu pengurusan kewangan bagi sesuatu mata wang dan lain-lain activiti.
Perdangangan mata wang (Platform perdangangan terus melalui internet) adalah dangangan yang bukan berasaskan penghantaran: mata wang sebenarnya tidak diniagakan secara fizikal, ia lebih merupakan kontrak mata wang yang dipersetujui ketika dan selepas ianya diniagakan. Kedua-dua belah pihak bertanggungjawab untuk memenuhi kontrak tersebut (Pelabur dan Trading platform): Satu belah pihak bersetuju untuk menjual sejumlah mata wang yang dinyatakan, dan satu pihak lagi haruslah bersetuju untuk membeli jumlah tersebut. Seperti yang dinyatakan sebelum ini lebih 95% aktiviti pasaran hanyalah bertujuan spekulasi, jadi tiada niat langsung bagi mana-mana pihak untuk menjalankan perdagangan mengikut kontrak yang sebenar (menghantar mata wang secara fizikal). Dengan itu kontrak tersebut berakhir dengan imbangan dipihak yang berlawanan, dimana menyebabkan untung rugi berlaku dipihak yang terbabit.
Komponen kepada Forex deal
Forex deal adalah perjanjian atau kontrak yang dipersetujui oleh pelabur dan juga pemilik pasar (contohnya, Trading platform). Kontrak tersebut mengandungi komponen-komponen berikut :
• Pasangan Mata wang (currency pairs) (Matawang yang hendak dibeli dan dijual)
• Jumlah pokok (principal) (juga disebut “face” atau “nominal’: iaitu jumlah mata wang yang terlibat dalam kontrak)
• Kadar mata wang (Kadar pertukaran yang dipersetujui oleh dua mata wang)
Had masa juga merupakan salah satu faktor dalam sesetengah perjanjian(deal), tetapi dalam bab ini tumpuan hanya diberi kepada Dagangan –Harian (bersamaan dengan dangangan “Spot” atau “Current Time”), yang mana perjanjian tersebut mempunyai jangka hayat dan tidak terhad untuk sehari penuh. Dengan yang demikian jangka hayat tidak termasuk dalam perkiraan. Nota, Walau bagaimana pun perjanjian tersebut boleh diperbaharui (“rolled-over”) ke hari yang berikutnya untuk masa yang terhad.
Dalam kontek ini Forex deal adalah merupakan satu ketetapan untuk membeli dan menjual jumlah tertentu pasangan mata wang pada kadar yang telah ditetapkan sebelumnya.
Forex Trading selalunya dijalankan dalam pasangan mata wang. Contohnya, bayangkan kadar pertukaran EUR/USD (euro ke US dolar) pada hari yang tertentu ialah 1.1999 (nombor ini juga merujuk kepada “Spot rate” atau “rate” untuk jual). Jika seseorang pelabur membeli 1,000 euro pada hari tersebut, ia harus membayar 1,1999.00 US dolar. Kiranya selepas satu tahun kadar pertukaran meningkat 1.2222, iaitu nilai euro meningkat berbanding US dolar. Ini bermakna pelabur tersebut boleh menjual 1,000 euro tersebut bagi mendapatkan 1,222.00 US dolar. Oleh itu pelabur tersebut telah mendapat 23.00 dolar lebih dari apa yang dilaburkan satu tahun sebelumnya.
Dagangkan bilamana anda menjangkakan nilai sesuatu mata wang yang anda beli meningkat berbanding nilai mata wang yang anda jual. Jika sekiranya berlaku peningkatan nilai pada mata wang yang anda beli, maka anda harus jual mata wang tersebut untuk mengekalkan keuntungan. Ini dipanggil dagangan terbuka (juga dipanggil “open position”) dimana pelabur membeli dan menjual pasangan mata wang tertentu dan tidak lagi membeli dan menjual balik jumlah yang sama untuk melengkapkan perjajanjian(deal).
Dianggarkan sekitar 95% pasaran FX (mata wang) adalah spekulasi. Dengan lain perkataan peserta atau institusi yang membeli dan menjual mata wang tersebut memang tidak berniat langsung untuk mendapatkan mata wang yang sebenar, ia semata-mata untuk mendapatkan keuntungan dan akhirnya berlaku spekulasi pergerakan mata wang tertentu.
Kadar pertukaran(Exchange rate)
Disebabkan dagangan mata wang dilakukan mengikut pasangan dan kadar pertukaran diantara satu dengan yang lain dipanggil kadar pertukaran(Exchange rate). Kebanyakan mata wang didagangkan melawan US dolar(USD), ianya didagangkan lebih banyak dari mana-mana mata wang didunia. Empat mata wang yang paling banyak didagangkan selepas US dolar adalah euro(EUR), Japanese yen(JPY), British pound sterling(GPB) dan juga Swiss franc(CHF). Kelima-lima mata wang ini majoriti pasaran mata wang dipanggil mata wang utama atau “the majors”. Sesetengah sumber memasukkan Australian dolar(AUD) dalam kelompok mata wang utama.
Mata wang pertama dalam pertukaran dirujuk sebagai mata wang asas (base currency). Manakala mata wang kedua dipanggil mata wang lawan(counter currency atau quote currency). Mata wang lawan(counter currency atau quote currency) menjadi pembilang(numerator) dalam nisbah(ratio), manakala mata asas(base currency) menjadi pembawah(denominator).
Kadar pertukaran(exchange rate) memberitahu pembeli berapa yang harus dibayar bagi mendapat satu unit mata wang asas(base currency) menggunakan mata wang lawan(counter atau quote currency). Kadar pertukaran juga memberitahu penjual berapa bakal diterima mata wang lawan(counter atau quote currency) bila menjual satu unit mata asas(base currency). Contohnya, jika kadar pertukaran EUR/USD adalah 1.2083 maka untuk pembeli 1.2083 USD harus dibayar bagi mendapatkan 1 euro.
Akan disambung ke Bahagian Ke III, tunggu kedatangannya.
Selamat mencuba..REZEKI DATANG DARI ALLAH
SEHARUSNYA KITA SEBAGAI HAMBA MENSYUKURI NIKMAT YANG DIBERIKAN.
Nazri Hadi



Bole ajar saya tentang forex dan indicator yang sesuai.