Apabila Anda Memiliki Klien yang Pertama…
Apakah yang akan anda buat selepas mendapat klien pertama? Berbangga dengan semua orang dan berkata bahawa anda tidak menipu yang internet marketing mampu membawa wang ringgit kepada anda? Atau anda akan gembira dan menggunakannya sebagai batu loncatan untuk menjadi lebih maju? Anda pilih siapa diri anda dan ianya tiada kaitan kepada saya untuk mengetahuinya.
Bayangkan, anda merupakan seorang copywriter, anda menulis sales letter untuk pelanggan anda. Pelangggan anda kemudiannya menyatakan bahawa sales letter anda buruk dan tidak sedap dibaca olehnya. Apa yang akan anda buat? Melenting atau terus mencuba memperbaiki sales letter anda? Ianya anda untuk tentukan.
Bayangkan, anda seorang web designer, bertugas untuk membina laman-laman web yang berkualiti tinggi, malangnya, anda tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan semuanya. Apa yang akan anda lakukan apabila klien anda melenting? Memarahinya kembali atau meminta maaf kerana kesuntukan masa dan memberinya hasil yang berkualiti walaupun tidak mencukupi masa? Semuanya anda yang tentukan.
Terdapat pelbagai cara untuk mendapat klien yang pertama dan seterusnya, tetapi menghadapi mereka memang susah. Saya pernah ditolak oleh prospek saya kerana dia rasa saya bercakap macam saya jenis orang yang “know-it-all”. Saya tahu, ia merupakan satu kelemahan komunikasi dan saya cuba sedaya upaya saya untuk tidak melakukannya lagi. Apa yang akan anda buat selepas mendapat klien pertama amat penting untuk berjaya dalam dunia internet marketing ini. Apa yang saya lihat saban hari ialah, apabila seseorang marketer itu berjaya (didefinisikan sebagai mendapat klien pertama), dia dengan bangganya melancarkan satu buku elektronik (e-book) yang menyatakan cara-cara untuk mendapatkan klien. Tidak rasa bahawa itu tindakan bodoh? Dia hanya satu orang dan ramai orang boleh melakukannya tanpa susah payah, panggil kawan untuk menggunakan khidmatnya dan dia sudah mendapat satu klien (yang tidak tahu setia atau tidak).
Anda harus bertindak sebagai seorang marketer yang bijak menilai pasaran, bukan bersikap pentingkan diri. Salah seorang marketer yang sungguh gah namanya, Rich Schefren menyatakan bahawa bisnes yang berjaya diketuai oleh entrepreneur yang membangunkan dirinya (self-development, bukannya pentingkan diri) untuk menghadapi situasi-situasi yang sukar dan saya rasa semua orang tahu Rich Schefren itu cukup hebat kerana dialah dalang di sebalik kejayaan ramai guru marketers.
Jadi, apa yang akan anda buat setelah mendapat klien yang pertama? Berbangga atau merendah diri dan terus meredah lautan produk-produk dan melamarkan diri anda dengan klien anda? Anda yang tentukan semuanya.
Penulis merupakan seorang copwriter, penulis “About Us” dan juga penulis bebas. Dia menceburkan diri dalam bidang ini pada pertengahan tahun 2005 (terlibat dalam HYIP) dan sekarang ini dia melibatkan dirinya secara serius ke dalam bidang copy writing dan juga penulisan. Layari laman web penulis di http://slastlancer.blogspot.com/



Leave a Reply