AMARAN! Jangan Fikir Untuk Berjaya Dalam Perniagaan Selagi Anda Tidak Mengetahui Perkara Pertama Yang Perlu Diketahui Sebelum Menjual
Apakah perkara pertama yang patut anda ketahui sebelum menjual?
Anda perlu tahu apa yang dijual kepada bakal pembeli anda…
Jadi kita kena kembali kepada asas. Jualkan apa yang pembeli inginkan dan bukan apa yang anda sendiri inginkan.
Pembeli tidak mahu ambil tahu apa yang penjual mahu, apa yang penjual inginkan, apa masalah-masalah penjual, apa minat penjual dan apa keperluan penjual.
Pembeli hanya tahu mereka boleh mendapat produk atau servis yang mereka inginkan mengikut kehendak-kehendak mereka.
Katakanlah…anda pergi ke kedai membeli ubat pening kepala. Adakah anda akan tanya pekedai tersebut samada dia akan ada stok untuknya sendiri jika dia pening kepala nanti, apabila anda telah membeli ubat tersebut. Saya yakin anda tidak akan fikirkan soalan ini.
So…. kesimpulannya penjual memenuhi keperluan dan kehendak pengguna atau pembeli dan bukan sebaliknya.
Seterusnya sebelum menjual anda harus fikirkan cara terbaik supaya komunikasi antara anda dan pembeli lebih nampak mesra, rapat dan beremosi. Tidak kisahlah samada dalam pertemuan dari seorang ke seorang, menggunakan medium audio, visual atau tulisan.
Dan dari kunci ini anda boleh mendapatkan hasil kajian siapakah sasaran jualan produk atau servis anda sebenarnya. Ini penting kerana anda menjual hanya kepada pembeli yang ingin membeli produk anda. Nampak kan…. jual pada sapa yank beli sahaja… satu usaha pemasaran yang menjimatkan.
Dengan cara ini jualan anda adalah pasti.
Cara termudah Bagaimana Anda Mampu Menjual dengan Tanpa Berjumpa pelanggan atau prospek adalah hanya dengan tulisan anda.
Apa yang kita panggil “Surat Jualan”. Teknik penulisan yang mampu menjual boleh anda pelajari. Anda tidak perlu untuk mempunyai ijazah di dalam bidang penulisan namun anda perlu mempunyai ilmu penulisan persuasif yang kreatif .
Untuk menghasilkan surat jualan persuasif ianya cukup mudah jika tahu rahsia dan kaedah sebenar langkah demi langkah.
Anda bukan menulis diari kerana ia bukan tulisan kreatif. Anda bukan seorang penyajak kerana tugas anda bukan untuk menghiburkan pembaca dan anda bukan penulis novel untuk mengalirkan air mata pembaca.
Tugas serta tujuan utama anda menulis surat jualan adalah untuk menjual sesuatu. Hanya ada satu cara untuk menjual :-
************************************************************
Tawarkan sesuatu yang pembaca anda inginkan atau kehendaki.
************************************************************
Jadi apa yang pembaca atau pembeli inginkan? Pembaca-pembaca adalah terdiri dari makhluk yang dipanggil manusia.
(Tak tahulah saya kalau ada juga yang bukan manusia berminat untul membaca surat jualan anda… ini sudah bagusss… ).
Selagi bernama manusia ia tidak boleh lari dari kehendak naluri manusia. Antara kehendak-kehendak asas naluri semulajadi manusia adalah seperti :-
- hendak jimat wang,masa, tenaga…..
- hendak berasa selamat
- hendak sihat
- hendak kejayaan
- hendak kekayaan
- mahu kelihatan menarik
- mahu kelihatan hebat
- dan banyak lagi kemahuan atas naluri semulajadi manusia…
Jadi kesimpulannya …. anda patut tahu dahulu apa yang nak anda jual, kepada siapa nak jual dan dengan cara apa nak anda jual dan ’suit’ kan dengan kehendak semulajadi naluri manusia. Ini yang patut diambil kira dahulu barulah anda menyusun strategi jualan melalui amalan pemasaran yang betul. Insyaallah jika kena caranya jualan pasti berlaku dan meningkat dari hari ke hari.
p/s – Jika anda tahu alasan2 kenapa manusia membeli — anda akan tahu strategi apa yang patut anda guna bagi mencipta jualan. Nantikan topic - 13 Alasan Mengapa Manusia Membeli dari buku yang bakal keluar — Rahsia Jualan – Melalui Surat Jualan Berkesan.
Hai,
MrZak sini.
Any question or discussion about copywriting please do email me zak71750@yahoo.com



Macam mana exactly nak tahu apa yang pelanggan kita nak???