Alasan Mengapa Manusia Membeli

Setiap tindakan manusia mempunyai motifnya mengapa mereka bertindak. Begitu juga dengan tindakan membeli. Tentu ada motif-motif tertentu yang menyebabkan mereka membeli sesuatu.

Pernahkah anda mengalami apabila — katakan anda pergi ke pasar malam dan anda telah membeli sedikit kuih.

Kalau ditanya kenapa anda beli — mungkin jawapan anda “Saja je beli nak rasa — sebab kuih tersebut nampak menarik” … jadi alasan ingin merasai atau boleh juga dikatan ingin mengalami menyebabkan anda membeli.

Ini adalah tindak balas naluri semula jadi manusia terhadap sesuatu perkara. Disinilah jurujual memainkan peranan dengan menggunakan naluri semula jadi manusia sebagai alat untuk membantu setiap jualan.

Begitu jugalah jika anda membuat usaha pemasaran dan jualan menggunakan surat jualan anda. Untuk menjual produk anda, anda harus tahu kenapa bakal pembaca atau pembeli anda membeli dari anda.

Jika anda tahu kenepa bakal pembeli anda membeli dan kenapa anda harus menjualkannya pasti dan pasti jualan anda akan meningkat dengan mendadak

Di sini saya berikan satu dari berpuluh alasan yang berkuasa tinggi kenapa manusia membeli:

KETAKUTAN

Manusia membeli kerana adanya perasaan takut. Takut terhadap apa? Takut terhadap tua, takut rugi, takut mati, takut sakit, takut keseorangan, takut gagal dan lain-lain.

Ketakutan datang dalam perbagai bentuk, saiz dan keadaan. Ketakutan adalah motif yang berkuasa tinggi menyebabkan manusia membeli.

Contoh : Pemilik kereta yang takut keretanya dicuri sanggup mengeluarkan wang yang banyak bagi memasang alat pencegahan kecurian kereta mereka.

Jadi perasaan takut ini sebenarnya adalah satu alasan tahap tertinggi kenapa manusia membeli. Jika anda seorang penjual yang bijak anda harus menggunakan alasan ini bagi menaikkan kadar jualan produk anda.
Anda boleh paggil saya Mr ZAK. Bagi yang berminat berbincang mengenai salesletter writing sila email kepada saya zak71750@yahoo.com

This entry was posted on Tuesday, May 29th, 2007 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

4 Responses to “Alasan Mengapa Manusia Membeli”

  1. titan on January 2nd, 2008 at 10:23 am

    Bagi aku, aku membeli aku ingin tahu dan mengejar peluang.

  2. starline on January 5th, 2008 at 3:45 pm

    Aku pulak membeli sebab keperluan dan kehendak

  3. Zahrul Azua on August 25th, 2008 at 1:08 am

    Apa pun alasan membeli… secara majoritinya manusia membeli ikut emosi. Bak kata pepatah dari mata turun ke hati. Hatilah yang mula2 kata nak beli dan otak pula akan memberi persoalan .. perlu ke tak perlu beli ni….? Sebab itu kalau dapat sentuh emosi pelanggan masa menyampaikan mesej jualan… pasti jualan terhasil.

  4. syarif on November 15th, 2008 at 2:49 pm

    bagi saya, saya membeli untuk mengembangkan bisnes saya..heheh

Leave a Reply



Survey @ WC


Sertai survey anjuran WC.

Produk Hangat


Rahsia Newbie

Terhangat @ Forum (more)

Links

Archive


Sponsor

Recommended Sites