Adsense dan Google page creator

Pernahkah mendengar atau menggunakan Google Page Creator, ianya amat senang bagi membina laman web anda secara percuma sepertimana menggunakan dokumen word yang biasa, Cuma klik dan taipkan material yang hendak anda siarkan dalam laman web tersebut. Page Creator adalah merupakan keluaran terbaru dari google yang diberikan secara percuma memberi kebenaran kepada anda untuk membina laman web sendiri dikenali sebagai “GooglePages” dan disiarkan terus kepada web browser anda. Hosting juga dilakukan oleh Google page creator dan pastinya selamat. Memang mudah dan menyenangkan.

Pada masa sekarang ianya masih dalam percubaan (beta mode). Di peringkat permulaan jumlah akaun adalah terhad, jadi kiranya anda berminat terpaksalah beratur panjang untuk menyertainya. Ruang yang diberikan juga terhad hanya 100MB tetapi sudah memadai asalkan tidak memasukkan terlampau banyak gambar, grafik ataupun suara kerana ianya menggunakan ruang yang besar.

Jika sekiranya anda berminat atau bercadang untuk membina laman web menggunakan Google page creator pertama sekali anda perlu mendaftar sebagai ahli menerusi link ini (http://personalweb.about.com/od/easyblogsandwebpages/qt/googlesignup.htm) kerana ia hanya diberikan kepada pemegang akaun Google.(Jika anda telah pun memiliki e-mail akaun Google iaitu @gmail.com ianya tidak perlu).

Jika sekiranya anda ingin memiliki Google akaun dengan lebih mudah anda hanya perlu menyuruh rakan anda yang telah pun memiliki akaun Google(atau lebih dikenali dengan xxxx@gmail.com) menerusi “invitation” atau pelawaan dimana anda tidak perlu mengisi borang yang terlampau banyak. Cara lain yang anda boleh lakukan ialah daftar melalui telefon(https://www.google.com/accounts/SmsMailSignup1).

Google Page Creator (GPC), ciri-cirinya telah dinaik taraf dengan membenarkan penggunaan Javascript. Ini bermakna pengguna boleh memasukan iklan dari Goole adsense kedalam laman web tersebut dan mendapat keuntungan darinya.

Sekarang anda telah pun memiliki akaun Google iaitu e-mail dan password, apa yang perlu anda lakukan login disini Google akaun(https://www.google.com/accounts/ServiceLogin?), dibawah direktori My Services klik Page Creator dan secara default ia akan beri domain laman web anda mengikut email anda. Contohnya jika e-mail namasaya@gmail.com maka domain anda adalah namasaya.googlepages.com. Ikuti arahan seterusnya anda akan ditanya tentang tajuk, template dan sebagai, tetapi tak perlu risau kerana ianya boleh ditukar pada bila-bila masa begitu juga denngan domain laman web anda.

Dari sini anda akan dibawa ke “Page manager” dimana anda boleh memulakan penulisan dan merekabentuk laman web yang anda inginkan dengan hanya klik dan tulis. Jika sekiranya anda ingin memasukkan Code untuk Adsense anda apa yang perlu klik pada edit html (Kalau nak tahu basic html klik disini (http://html.tutor.googlepages.com) disebelah kanan bawah ruangan penulisan tersebut.

Selamat mencuba,
Nota :

1) Jika anda tidak mempunyai rakan yang ada e-mail akaun Google bolehlah e-mail kepada saya geniusideas@gmail.com untuk ditaja tapi untuk 50 orang yang pertama sahaja.

2) Untuk contoh Google page creator sila lawat laman web ini http://html.tutor.googlepages.com

3) Tips : kurangkan view page anda untuk test kerana dikuatiri kena ban dengan adsense jika anda meletakkan code adsense.

Sekarang anda sudah pun memilki laman web sendiri dengan domain xxxxx.googlepages.com

Nazri Hadi

http://e-forextrading.blogspot.com

http://www.geniusideas.biz

This entry was posted on Sunday, January 7th, 2007 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

Leave a Reply