Adakah Anda Bijak Menggunakan Peluang?

Menjana wang daripada internet sebenarnya memerlukan seseorang itu bijak menggunakan peluang yang ada bagi memastikan pendapatan daripada internet sentiasa pada tahap yang maksima.

Peluang sentiasa wujud dan memerlukan seseorang itu menggunakan kepantasan bagi merebut peluang dan kepintaran bagi menggunakan peluang tersebut untuk menjana pendapatan.

Sebagai contoh,saya meminati sebuah program t.v antarabangsa yang mengisahkan tentang pengembaraan dan survival.Rancangan tersebut mempunyai tajuk yang unik.Apabila saya menaip tajuk rancangan t.v tersebut di sebuah search engine dan klik search.Terdapat 8 juta laman web yang tersenarai menggunakan keyword tersebut.

Saya tertumpu kepada laman web yang bernombor 3 yang tersenarai di search engine tersebut yang menggunakan nama domain yang sama dengan tajuk rancangan yang saya cari,100 peratus sama.

Laman web tersebut juga memberikan maklumat tentang rancangan t.v kegemaran saya.Walaupun laman web tersebut ringkas sahaja dan hanya mempunyai link yang minima-jumlah link hanyalah 9.Tetapi berada di tangga ke 3 daripada 8 juta persaingnya! Laman web tersebut juga di tetakkan iklan.

Malah penulis laman web tersebut telah menyatakan bahawa laman web beliau tidak mempunyai kaitan dengan rancangan t.v tersebut.

Tulisan saya ini bukanlah menggalakkan anda meniru teknik yang di gunakan oleh pemilik laman web tersebut.Sebaliknya saya ingin mengajak anda semua untuk mengubah minda supaya bijak melihat dan menggunakan peluang.

Peluang sentiasa wujud dan hilang.Hanya mereka yang bijak melihat dan menggunakan peluang sahaja yang akan berjaya.

Fikirkanlah.

Norfazli Hamzah ialah seorang yang meminati dunia pemikiran kreatif dan perniagaan internet.Beliau adalah penulis laman web www.perniagaansiber.com

This entry was posted on Saturday, September 29th, 2007 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

One Response to “Adakah Anda Bijak Menggunakan Peluang?”

  1. khairul on August 12th, 2008 at 12:58 pm

    Sememangnya industri perniagaan berasaskan Internet menjanjikan pulangan lumayan. Walaubagaimanapun, kita harus berhati-hati sebagai contoh membeli sesuatu produk. Buat review dan penyelidikan yang teliti. Selain itu, bagi sesiapa yang mahu memulakan perniagaan Internet, terlebih dahulu cari niche yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak pasaran

    ======================================
    Bisnes TDTone

    http://bisnestdtone.com/khairul

    “Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”
    =======================================

Leave a Reply