2 Kad Debit Mengelirukan Mengenai PayPal
2 Kad Debit Mengelirukan Mengenai PayPal.
Verified-Purpose Debit Card
===========================
Jika anda sudah mendaftar di PayPal, anda tentu dikehendaki untuk melakukan satu proses dinamakan ‘Verify’. Untuk ‘verify’, anda perlu memasukkan data kad kredit. Yang bagusnya, anda boleh menggunakan kad debit sebagai ganti kepada kad kredit. Setelah data kad debit anda dimasukkan, beberapa langkah seterusnya membolehkan anda mendapat status ‘Verified’ yang mana dengan ini membolehkan anda menerima wang dari pengguna PayPal yang lain. Kad debit yang pertama ini saya namakan ‘Verified-Purpose Debit Card’ (Kad Debit Bagi Tujuan ‘Verify’).
Withdrawal-Purpose Debit Card
=============================
Mempunyai status ‘Verified’ sudah boleh menjadi lesen kepada anda untuk berurus niaga menggunakan PayPal. Setelah berjaya mengumpul wang di dalam PayPal, menjadi satu masalah pula kepada rakyat Malaysia untuk mengeluarkannya kerana PayPal masih belum mengiktiraf bank di Malaysia. Untuk mengeluarkan duit dari PayPal, PayPal sebenarnya mengkehendaki rakyat Malaysia memasukkan data akaun bank Amerika! Ya, hanya mereka yang mempunyai akaun bank di Amerika sahaja yang boleh mengeluarkan duit dari PayPal.
Sebagai cara pengeluaran alternatif, sebahagian dari pengguna PayPal menukarkan duit PayPal dengan menjualkannya kepada rakan yang lain. Namun perkara ini adalah merugikan kerana kadar tukaran biasanya lebih rendah. Mungkin USD1 ditukar dengan RM3 sahaja! Sebahagian yang lain pula menggunakan duit PayPal untuk pembelian online, termasuk saya.
Di sinilah timbulnya kad debit yang kedua yang saya namakan ‘Withdrawal-Purpose Debit Card’ (Kad Debit Bagi Tujuan Pengeluaran). Kad debit yang dikeluarkan dari bank di Amerika ini mempunyai kemudahan ‘checking’ yang mana ia serupa dengan akaun bank Amerika. Jika anda mempunyai kad debit seperti ini, anda boleh keluarkan (withdraw) wang anda ke akaun kad debit ini dan kemudiannya pula mengeluarkan wang anda melalui mana-mana ATM di Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, cara pengeluaran melalui kad debit ini tidak mendapat kebenaran rasmi dari pihak PayPal. Jadi, gunakanlah ia atas tanggungan risiko sendiri.
=============================
Saya secara peribadi mengesyorkan anda mendaftar akaun kad debit di Public Bank (http://pbebank.com/en/en_content/personal/application/landing.html - pilih PB Visa Electron) bagi digunakan sebagai ‘Verified-Purpose Debit Card’. Boleh memohon secara online di alamat link yang saya sediakan. Urusan seterusnya adalah melalui kaunter bank.
Berkenaan ‘Withdrawal-Purpose Debit Card’, anda boleh lihat khidmat Accent Card (https://accentcardvisa.com/accentcardvisa-mk-deals-malaysia-buy.html).
Pun begitu, saya tidak pula mengesyorkannya kerana saya tidak menggunakannya. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya menggunakan duit PayPal untuk pembelian online.
=============================
Diharap dengan penulisan ini, anda dapat membezakan 2 kad debit yang digunakan semasa berurusan dengan PayPal. Nasihat saya, dapatkan kad debit yang pertama secepat mungkin!
Rujukan Tambahan
===============
https://www.paypal.com/row/mrb/pal=R6D993J8A7WHQ - Daftar PayPal
http://www.smartusaha.com/news/news-perniagaaninternet.html - Panduan Pengaktifan Akaun PayPal
Penulis adalah pengguna PayPal bagi menerima pembayaran melalui domain parking. Menggunakan semula duit PayPal bagi pembelian di eBay dan juga penambahan domain yang baru. Pernah dibekukan akaun PayPal kerana disyaki pengganas, dan berjaya mendapatkan kembali akaun tersebut dengan mengikuti arahan pengenalan diri dari pihak PayPal.
Blog Saya: http://enaku.com



Leave a Reply