10 Rahsia Kejayaan Pemasaran di Forum (Bhg 1)

Pemasaran di forum adalah satu kaedah pemasaran online yang sangat efektif. Ini kerana, ahli-ahli forum selalunya terdiri daripada golongan pengguna yang mempunyai kemahiran “IT” dan bersedia untuk membuat pembelian secara online. Dasar kepercayaan yang terbina diantara ahli di dalam forum juga meningkatkan lagi “conversion rate” bagi setiap promosi jualan yang diadakan.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk membina startegi pemasaran anda menerusi forum

1) Pilih Forum Yang Betul

Tidak semua forum di internet adalah berbaloi untuk anda meluahkan masa. Langkah pertama untuk anda menjalankan aktiviti “pemasaran menerusi forum” adalah, dengan mencari forum atau komuniti yang tepat untuk target market perniagaan anda.

Anda boleh mula mencari forum-forum yang berkaitan dengan niche perniagaan anda menerusi enjin carian, ataupun bertanya kepada bekas-bekas pelanggan anda, dimana mereka selalu berforum dan melepak di internet?

Senaraikan beberapa forum yang anda rasakan berbaloi untuk anda meluangkan masa menyertainya. Antara ciri-ciri forum yang sesuai untuk anda menjalankan “aktiviti pemasaran menerusi forum” ialah :-

  • Pastikan forum tersebut mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 ahli dan 10,000 post.
  • Pastikan forum tersebut “hidup” dan menerima sekurang-kurangnya 10 post terbaru setiap hari.
  • Abaikan forum yang hanya dipernuhi dengan mesej-mesej spam

2) Daftar secepat mungkin

Di dalam berkomuniti, “seniority” kadangkala menajdi salah satu faktor penting. Malahan, ada sesetengah forum yang tidak membenarkan ahli mereka membuat sebarang thread baru pada beberapa hari yang pertama mereka mendaftar.

Pemasaran menerusi forum sebaiknya dijadikan sebagai satu strategi “tetap” untuk perniagaan anda dalam  jangka masa panjang . Kaedah promosi secara “hit & run” adalah tidak berkesan di forum.

3) Semak polisi, syarat serta etika forum

Setiap forum mempunyai polisi serta syarat yang berbeza-beza. Ada sesetengah forum tidak membenarkan sebarang link komersial di letakkan di dalam post, tetapi membenarkan ia diletakkan di bahagian signature. Jadi, sila semak dan patuhi polisi dan etika setiap forum yang anda sertai agar kehadiran anda sebagai ahli komuniti forum tersebut disenangi.

4) Pilih Username & avatar yang baik

Username dan avatar adalah merupakan perkara pertama yang dilihat oleh ahli forum untuk mengenali anda. Username yang baik adalah username yang berkaitan dengan “brand” anda. Dan pastikan juga, ianya senang diingat dan mudah disebut. Begitu juga dengan avatar, seeloknya, pilih avatar yang berkaitan dnegan “brand” perniagaan anda. Elakkan avatar yang “kontroversi” dan menjelikkan.

5) Perkenalkan Diri Anda

Kebanyakkan forum, ada menyediakan ruangan khusus untuk ahli-ahli baru memperkenalkan diri mereka. Jadi, ambil kesempatan ini untuk memperkenalkan diri anda, sedikit penerangan tentang pekerjaan, minat dan sebab mengapa anda menyertai forum tersebut. Mungkin untuk menambah ilmu disamping menyumbangkan ilmu. Elakkan ayat berbaur “promosi” pada post anda yang pertama.

Bersambung..

Untuk memastikan anda  tidak ketinggalan membaca sambungan artikel ini , sila subscribe RSS blog ini menerusi email, dengan memasukkan alamat email anda, diruangan yang disediakan , di muka hadapan blog ini.

Yosh!

Artikel ini ditulis oleh www.mohdsuhaimy.com

This entry was posted on Monday, October 27th, 2008 and is filed under article. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

5 Responses to “10 Rahsia Kejayaan Pemasaran di Forum (Bhg 1)”

  1. samdaddycool on October 27th, 2008 at 10:18 pm

    Tips yang sangat best! Terima kasih Shuth!

  2. wangcyber.com » 10 Rahsia Kejayaan Pemasaran di Forum (Bhg 2) on October 29th, 2008 at 6:44 pm

    [...] …sambungan dari bahagian 1. [...]

  3. yusri on November 22nd, 2008 at 6:18 am

    sangat bagus untuk newbie yang ingin memulakan pemasaran melalui forum.

  4. Kasimo | Blog Duit Internet on December 5th, 2008 at 2:20 pm

    satu tip yang bagus.. tq

  5. zariham on December 16th, 2008 at 4:20 am

    aktiviti diforum yng sesuai dan berkaitan dapat meningkatkan kredibiliti usahawan.

Leave a Reply



Survey @ WC


Sertai survey anjuran WC.

Produk Hangat


Terhangat @ Forum (more)

Links

Archive


Sponsor

Recommended Sites