Strategi Pemasaran Pay Per Lead (PPL)

Oleh: Eruwan Gerry Norsen

Program Affiliate berbentuk Pay Per Lead semakin mendapat tempat di seluruh dunia termasuk negara kita sendiri Malaysia.

Secara ringkasnya, program affiliate Pay Per Lead ini memberikan komisen kepada anda setiap kali terdapat individu yang mendaftarkan diri mereka melalui pautan affiliate anda.

Berbeza daripada program affiliate Pay Per Sales, yang mana anda mendapat komisen apabila seseorang individu membeli produk penjual melalui pautan affiliate anda, program affiliate Pay Per Lead tidak memerlukan pengunjung untuk membeli produk untuk memberikan komisen kepada anda.

Komisen akan diberikan untuk setiap individu yang berjaya mendaftarkan diri mereka melalui pautan affiliate anda.

Komisen untuk program Pay Per Lead bergantung kepada berapa jumlah yang sanggup diberikan oleh si pemilik program kepada affiliate-affiliatenya.

Saya pernah melihat komisen Pay Per Lead serendah RM0.20 di Malaysia sehingga yang paling tinggi USD$25 untuk niche Pemasaran Internet di luar negara.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa strategi pemasaran untuk program affiliate Pay Per Lead yang saya yakin boleh membantu anda:

1. Pilih komisen tinggi

Anda harus faham bahawa anda menjana komisen affiliate melalui pendaftaran individu melalui pautan affiliate anda. Semakin tinggi komisen yang anda perolehi untuk setiap individu yang mendaftar maka akan semakin tinggilah jumlah komisen affiliate yang bakal anda perolehi nanti.

Oleh itu, jangan membuang masa untuk menyertai program affiliate Pay Per Lead yang memberikan komisen affiliate yang rendah kerana ianya tidak akan berbaloi untuk anda
menyertainya dan memberikan usaha yang banyak tetapi hanya menjana komisen yang rendah di akhir waktu promosi anda.

Sebagai contoh, untuk komisen Pay Per Lead sebanyak RM0.20, jika 10 individu yang mendaftar, anda cuma menerima sebanyak RM2.00 (RM0.20 x 10).

Untuk komisen Pay Per Lead sebanyak RM1.00, jika 10 individu yang mendaftar, anda akan menerima sebanyak RM10 (RM1.00 x 10).

Usaha yang akan anda berikan untuk mempromosikan program affiliate jenis Pay Per Lead ini adalah sama. Oleh itu, bukankah lebih baik untuk anda menerima komisen yang tinggi untuk usaha yang sama itu?

2. Program yang berterusan

Kebanyakkan program affiliate jenis Pay Per Lead cuma dijalankan untuk satu tempoh yang singkat seperti dalam masa beberapa minggu atau beberapa bulan. Selepas itu, ianya akan ditamatkan oleh pemilik program tersebut.

Saya merasakan yang cara ini tidak masuk akal!

Sebagai seorang affiliate, sudah pasti anda ingin menjana komisen yang berpanjangan untuk setiap program affiliate yang anda sertai.

Anda sudah bersusah payah meninggalkan pautan affiliate anda di blog, Facebook, YouTube, forum dan pelbagai tempat promosi lain, tiba-tiba program tersebut ditamatkan.

Dengan ini, segala usaha yang telah anda berikan sebelum ini untuk mempromosikan program Pay Per Lead itu tidak memberikan anda satu pulangan untuk jangkamasa yang panjang.

Bukankah lebih baik sekiranya pemilik program tersebut membiarkan program affiliate tersebut berjalan untuk jangkamasa yang panjang? Ia bukan saja dapat membantu anda menjana komisen malah dapat membantu si pemilik program affiliate untuk berterusan mendapat pendaftaran baru untuk laman webnya.

Oleh itu, anda perlu bertindak bijak dengan menyertai program affiliate Pay Per Lead yang kekal dan dapat menjana komisen affiliate untuk jangkamasa yang panjang.

3. Promosikan kebaikan

Kebanyakkan promosi yang saya terima daripada individu yang sedang mempromosikan sesuatu program affiliate Pay Per Lead cuma menyuruh saya untuk mendaftarkan diri untuk program tersebut tanpa langsung berkongsi dengan saya kebaikan yang akan saya perolehi dengan mendaftarkan diri saya di laman web tersebut.

Sebagai contoh, daripada hanya menyuruh orang lain untuk mendaftarkan diri, apa kata anda berkongsi dengan mereka kebaikan yang telah anda perolehi dengan menyertai laman web tersebut sebelum ini.
Anda boleh berkongsi mengenai bonus-bonus hebat yang telah diberikan apabila anda mendaftar, panduan-panduan berguna yang telah diberikan secara percuma pada setiap bulan dan pelbagai promosi menarik lain yang telah diberikan kepada anda.

Dengan cara mempromosikan kebaikan yang telah anda perolehi sebagai seorang ahli yang berdaftar di laman web tersebut, maka pengunjung-pengunjung anda akan lebih
tertarik untuk mendaftarkan diri mereka melalui pautan affiliate anda.

Terlalu ramai affiliate yang hanya fokus kepada menyuruh orang untuk mendaftar tanpa terlebih dahulu meningkatkan minat mereka untuk mendaftar.

Jangan jadi seperti mereka! Gunakanlah strategi pemasaran yang lebih bijak.

Jika anda ingin mendapatkan segala kebaikan yang telah saya kongsikan di atas, pastikan yang anda menyertai program affiliate Pay Per Lead yang telah saya sediakan di laman web affiliate saya di www.EruwanGerryAffiliates.com .

Bookmark and Share


This entry was posted on Thursday, March 18th, 2010 and is filed under advertorial. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Post-post lain yang menarik untuk dibaca :

11 Responses to “Strategi Pemasaran Pay Per Lead (PPL)”

  1. Mantra on March 19th, 2010 at 1:23 am

    Terima kasih atas perkongsian berguna ini.

  2. titan on March 19th, 2010 at 3:15 pm

    tak ramai yang berani buat PPL ni secara berterusan. Paling lama pun 3 bulan. Dan yang paling lama, bila orang sendiri tak tahu yang wujudnya PPL tu..

  3. Jana wang adsense 2.5 on April 9th, 2010 at 4:16 am

    perkongsian yang menarik..
    :P

  4. zuhairy on April 14th, 2010 at 11:20 am

    terima kasih atas perkongsian ini…

  5. mfadhly on May 11th, 2010 at 5:23 am

    hmmm biasanya ppl ni bergantung berapa target suscribe. Contoh kalau nak 100 org so diorang stopla ppl tu… hehehehe

  6. faezil on May 19th, 2010 at 8:59 am

    Saya lebih berfikir 2-3 kali terhadap PPL yang berterusan.

    Ini adalah kerana bukan calang2 IM mampu menghasilkan PPL berterusan. komisyen PPL datang 100% dari kocek admin, berbeza dengan pay per sale di mana komisyen datang daripada pelanggan.

    Bermakna, kalau nak join PPL yang infiniti, kena pastikan admin adalah seorang IM yang betul2 establish, hebat dan mantap

  7. Asyraf Aziz on May 25th, 2010 at 10:10 pm

    Betul juga pendapat saudara faezil diatas,

    program PPL jenis berterusan ini mungkin banyak kebaikkannya kepada setiap agen
    affiliate, tetapi banyak juga risiko yang perlu ditanggung oleh pihak penyedia PPL.
    Andaikata pemilik PPL dah sediakan bajet dalam RM1,000 (banyak tue) hanya untuk
    bayar komisen kepada affiliater, mungkin PPL tersebut boleh berjalan dalam tempoh
    masa yang lama, tetapi bukannya berterusan. Sekadar sebuah pendapat..

  8. poji on June 10th, 2010 at 3:17 am

    Terlalu ramai affiliate yang hanya fokus kepada menyuruh orang untuk mendaftar tanpa terlebih dahulu meningkatkan minat mereka untuk mendaftar.

    Jangan jadi seperti mereka! Gunakanlah strategi pemasaran yang lebih bijak.

    ya.. dengan strategi yang lebih baik, penyedia PPL dapat senarai emel yg lebih berkualiti. senarai emel yg dimiliki adalah dikalangan mereka yg sangat berminat dengan niche yg diusahakan. dengan itu setiap promosi yg dijalankan akan mendapat sambutan yg tinggi daripada pendaftar dan kebarangkalian untuk membeli adalah lebih tinggi.

    disini bukan jumlah senarai emel yg banyak tetapi mementingkan alamat emel yg berkualiti. oleh itu pemilik senarai emel akan mendapat manfaat yg lebih baik daripada senarai emel yg dimiliki.

  9. Abdul Rahman on June 13th, 2010 at 1:28 pm

    Bagi saya, sebagai admin sesebuah perniagaan internet, strategi PPL adalah strategi paling akhir yang akan saya gunakan kerana bagi saya, strategi PPL amatlah tidak kos efektif.

    Sebagai contoh kalau saya membayar orang sebanyak RM0.20 setiap subscriber, untuk mendapatkan 10 ribu orang, saya perlu membayar RM2 ribu ringgit. Berbaloikah itu?

    Mungkin… KALAU ianya berkualiti tinggi. Masalah yang timbul dengan PPL ini ialah:

    a) orang yang lompat dari satu list ke satu list dah tepu atau dah biasa dengan teknik pemasaran jadi mereka kurang berminat untuk membeli. Mereka lebih cenderung untuk berfikir produk tersebut hanya sebuah produk IM yang orang keluarkan untuk menjual semata-mata.

    b) mereka mungkin pernah membeli dan kecewa dengan produk tersebut. Ini menyebabkan mereka tak mahu membeli produk yang dikeluarkan.

    c) mereka amat skeptik. Jika mereka sentiasa meloncat, mereka tahu ianya hanya sebahagian daripada percaturan dalam internet marketing dan mereka ini, walaupun ambil produk daripada kita, hanya berminat untuk free gift daripada membeli.

    Mereka tersengih melihat anda menawarkan program ppl dan tahu bahawa anda membayar affiliate anda untuk mempromosinya dan dia mendapat “sweet revenge” dengan menggunakan emel “barang percuma” mereka dan jika itu kali pertama mereka membaca emel anda, itu mungkin juga kali terakhir mereka membaca emel anda setelah mendapat hadiah percuma.

    Mereka tahu anda membayar orang, dan dia takkan baca emel anda kecualilah anda ada subject line yang amat irresistible… dan terpaksa berlawan dengan puluhan emel “free gift” yang dia dapat setiap hari.

    Dengan kata lain, PPL sebenarnya merendahkan kualiti sesebuah senarai nama & emel yang anda susah payah kumpulkan. Jika anda seorang affiliate, anda akan untung, tapi sebagai seorang admin program PPL, anda akan rugi kerana kebanyakan daripada mereka sudah biasa dengan taktik yang digunakan dan amat jarang sekali membeli.

    Tapi kalau anda nak sangat list besar cepat dan beritahu orang ramai mengenainya, ini mungin cara terbaik.

  10. tufadz on July 1st, 2010 at 6:54 am

    pandangan saya program PPL, ini bagus untuk tujuan promosi….jika target list anda tepat,pastinya PPL anda berbaloi2. yang penting kualiti bukan kuantiti. saya sedang merancang untuk meyediakan PPL, , tapi limited dan berkala. yg nyata ia bukan list untuk subscriber autoresponder…

  11. thoha on February 10th, 2011 at 2:09 am

    perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat..terima kasih..

Leave a Reply