Senjata Ke-2 Terpenting Selepas Autoresponder

Oleh : As Aziz

Mungkin ramai yang tahu bahawa senjata utama bagi seseorang internet marketer ialah autoresponder. Tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa terdapat lagi satu senjata yang saya kira wajib juga dimiliki oleh setiap internet marketer. Apakah dia senjata tersebut? Jawapannya ialah tracking software.

Sebagai seorang internet marketer, anda sudah pasti banyak melakukan promosi di pelbagai medium seperti Facebook, Twitter, blog, forum, iklan banner, PPC dan sebagainya. Kesemua medium pengiklanan ini memerlukan pengorbanan sama ada dari segi masa ataupun wang ringgit. Jadi, anda mestilah tahu medium mana satu yang paling menjimatkan masa dan wang disamping mendatangkan pulangan yang lumayan. Dengan maklumat-maklumat tersebut, anda seterusnya boleh mengabaikan medium pengiklanan yang tidak mendatangkan keuntungan. Sebaliknya, anda hanya perlu memperbanyakkan lagi promosi di medium yang telah terbukti membawa pulangan kepada anda.

Penggunaan tracking software bolehlah diibaratkan sebagai juru audit untuk perniagaan online anda. Jika anda menjalankan perniagaan offline, anda perlu mengupah seorang juru audit untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Tetapi, untuk perniagaan online, memadai hanya dengan menggunakan software. Jika anda tidak mengaudit perniagaan anda tidak kira sama ada perniagaan online mahupun offline, kemungkinan besar akaun perniagaan anda tidak akan terurus dengan baik. Selain itu, anda juga sukar untuk maju ke hadapan dengan lebih pantas lagi kerana anda tidak memiliki suatu sistem yang mampu mengesan dan memperbaiki prestasi perniagaan anda setiap masa. Jika anda lihat syarikat-syarikat besar, rata-rata daripada mereka mempunyai department audit sendiri untuk mengaudit prestasi syarikat mereka. Ini kerana ia adalah sangat penting di dalam memastikan syarikat terus berkembang pesat tanpa sebarang kerugian yang boleh dielakkan.

Di dalam pasaran kini, terdapat beberapa tracking software yang anda boleh gunakan untuk tujuan tersebut. Di antaranya ialah :

1)      Hypertracker (USD19.95/month)

2)      Linktrackr (USD27/month)

3)      Pro Track Manager (USD97) – One time fee

Ketiga-tiga software di atas mempunyai kelebihan masing-masing. Anda boleh memilih salah satu daripada software-software tersebut mengikut kemampuan anda. Sekiranya anda berminat untuk menggunakan Pro Track Manager, sila baca terlebih dahulu sedikit usalan berkenaan software tersebut di blog saya. —–> WangDotCom

Sekian Terima kasih.

Bookmark and Share


This entry was posted on Wednesday, August 4th, 2010 and is filed under advertorial. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Responses to “Senjata Ke-2 Terpenting Selepas Autoresponder”

  1. ummi on August 5th, 2010 at 10:27 pm

    terima kasih. sangat berguna

  2. Pengetahuan.INFO on August 6th, 2010 at 5:20 pm

    thanks for the info..
    personally, saya cenderung pada yg one time payment..
    tak la pening kepala kalo takde budget utk next month billing..hehe..

  3. As Aziz on August 6th, 2010 at 6:48 pm

    sama-sama… : )

  4. ray ban on August 11th, 2010 at 6:25 am

    terima kasih nice info

  5. sapewady on August 17th, 2010 at 10:23 pm

    untuk tujuan murni tersebut jugalah sy bina http://uhv2c.us ..percuma.. sama2 dapat manfaat drnya. tq.

  6. Angah on August 25th, 2010 at 3:09 am

    menarik gak,nak tau cara untuk tambah income dengan internet ni.saya pun ada cuba-cuba gak buat bisnes ni-www.JutawanJuta.com

  7. Hanafi Wawi on September 4th, 2010 at 2:45 am

    Tq info yang berguna, memang betul lah kita kena jejak sumber utama trafik laman web untuk membuat penilaian

  8. zakie on September 13th, 2010 at 11:58 am

    salam. berkenaan link tracker yg tuan cakap kat atas nie, kalau kat dalam autoresponder tak ade ke yang sama fungsi macam tu? saya tak tahu sangat hal2 internet business nie, baru nak berjinak2..

  9. As Aziz on September 13th, 2010 at 2:00 pm

    ray ban : sama-sama

    sapewady : nice job…

    Angah : thanks 4 sharing

    Hanafi Wawi : sama-sama bro…kerja-kerja audit mmg perlu di buat dalam ape jua jenis bisnes…ia mmg sgt penting.. : )

    Zakie : wslm…dlm Aweber ade…tp terhad untuk traffik dr list sahaje…traffik dr lain-lain sumber x boleh…

  10. Myrna Duran on December 23rd, 2010 at 10:26 pm

    sama-sama… : )

Leave a Reply