Pendedahan Eksklusif !!!! Rahsia Email List Sendiri Dari Sudut Perspektif Seorang Newbie

Semua usahawan internet yang berjaya tidak kira dalam negara atau luar negara mengakui mempunyai email list sendiri merupakan senjata utama untuk berjaya dalam perniagaan internet.

 Apakah maksud senarai email list?

Senarai email list ialah satu koleksi email yang dikumpul melalui kempen yang dijalankan melalui bantuan autoresponder. Kaedah ini dipanggil pemasaran email. Biasanya, usahawan internet akan mengambil nama dan email sahaja dengan bantuan mesin autoresponder. Tidak kira anda newbies atau otai sekalipun mempunyai senarai email list sendiri akan memudahkan anda untuk buat duit di internet.

Mengapa senarai email list ini penting?.

Apabila anda mempunyai email list sendiri anda boleh pergi kepada mereka berkali-kali dan jika mereka yang terdapat dalam senarai email list sendiri anda adalah komuniti yang dahagakan maklumat mereka akan mengikuti anda melalui email yang anda hantar. Bagi mereka anda adalah pakar yang boleh menyelesaikan masalah mereka. Hubungan antara anda dengan mereka akan menjadi lebih rapat jika anda mampu menunjukkan kepakaran yang anda milikki.

Rahsia email list sendiri merupakan seni atau kemahiran yang perlu anda pelajari dalam perniagaan internet. Setiap orang mempunyai gaya serta cara yang tersendiri. Mungkin dengan cara anda prospek akan rasa lebih selesa. Sebagai seorang pemasar dalam dunia internet, mempunyai email list sendiri perlu diberi keutamaan. Tanpa mempunyai email list sendiri anda jangan harap rakan JV akan membantu anda kecuali beberapa niche tertentu yang dijual mengikut musim seperti tip peperiksaan dan juga temuduga.   Anda perlu tanya diri anda sendiri adakah orang akan membantu anda dengan mudah setelah mereka bersusah payah melabur serta mengumpul email list mereka sendiri. jika anda ingin berjaya dalam perniagaan internet, anda perlu mengumpul email list sendiri dari sekarang. Apa yang penting di sini ialah hubungan anda dengan email list anda. Apabila anda dapat menginap di kepala mereka, mereka tidak akan melupakan anda begitu sahaja.

Jika anda masih baru dalam bidang ini mugkin anda tidak tahu bagaimana untuk menguruskan senarai email anda. Bayangkan anda perlu menyediakan modal sekurang-kurangnya RM100 sebulan untuk 1000 list yang anda ada didalam system autoresponder. Setakat ini walaupun baru 3 bulan saya terlibat secara aktif dalam perniagaan internet pembayaran system autoresponder yang saya langgan adalah hasil daripada komisen yang saya dapat setiap bulan apabila menyertai beberapa pertandingan affiliate.  Rata-rata orang yang berjaya buat duit 4-5 angka sebulan adalah melalui senarai email list yang  mereka kumpul sejak sekian lama. Anda perlu tahu setiap email list yang dikumpul oleh usahawan-usahawan internet bermula dengan email list pertama, lima, sepuluh, seratus, seribu dan sepuluh ribu. Mereka bukan mendapat seribu email list dalam masa 30 minit sahaja. Mereka melakukan dengan tekun dan sabar selama bertahun-tahun untuk mengumpul senarai email list sehingga mencecah 10,000. Jika anda mempunyai email list sebanyak itu hari ini anda tidak perlu bersusah payah mengisi borang untuk mencari pekerjaan. Dengan jumlah seramai itu anda boleh buat duit semaksimum yang anda mahu.

http://www.rahsiaemailistsendiri.com

Setiap hari anda boleh lihat orang baru sentiasa datang dalam dunia bisnes online. mereka yang datang ini amat dahagakan info dan ilmu berkaitan perniagaan internet. Mungkin ramai yang mengatakan menguruskan senarai email list sangat rumit berbanding menggunakan medium lain.

Saya akan konsikan serba sedikit cara daripada pelbagai cara yang digunakan untuk mengumpul email list sendiri antaranya:

a)      Anjur PPL

Ini adalah cara paling cepat untuk mendapatkan senarai email list sendiri. Apa yang penting anda perlu ada modal untuk menganjurkannya. Hari ini modal tidak lagi menjadi perkara yang utama semasa menganjurkan PPL. Anda boleh melakukan pelbagai strategi untuk mengurangkan kos komisen yang perlu dibayar dengan meletakkan iklan di produk percuma anda dengan bayaran tertentu.

b)      Facebook

Facebook merupakan medium yang paling hot pada masa kini. Facebook menyediakan pelbagai fungsi untuk anda menjalankan pemasaran. Facebook adalah tempat sesuai untuk anda mencari senarai email mengikut niche yang anda ceburi. Facebook menyediakan application-aplication tertentu untuk anda gunakan sebagai alat untuk mengumpul email list sendiri. Di antara kemudahan yang terdapat di facebook ialah seperti fbads, group, fanpages, wall dan sebagainya. Facebook berbeza dengan medium media social yang lain seperti friendster, myspace, netlog dan sebagainya.

c)       Blog

Blog juga merupakan medium yang ramai pengikut setia. Anda boleh mengumpul email list melalui blog dengan melawat blog yang mempunyai trafik yang tinggi. Apa yang penting ialah anda tahu cara untuk mendapatkan email daripada blog-blog yang mempunyai trafik yang tinggi. Anda juga boleh mencipta blog anda sendiri berdasarkan bidang yang anda minati.

d)      Youtube

Pemasaran melalui video sangat sesuai dilakukan di youtube. Anda boleh mencipta sebuah video mengenai produk yang anda ingin pasarkan di youtube.

Dengan pelbagai strategi yang anda lakukan ini anda boleh lihat senarai email list anda ini datangnya daripada pelbagai latarbelakang dan size.  Di Negara kita tidak ramai usahawan yang mempunyai email list yang jumlahnya melebihi 10,000 orang. Rasanya ia boleh dikira dengan jari. Ini adalah berdasarkan pengamatan saya berdasarkan jualan yang berlaku di internet. Usahawan-usahawan yang dapat mengumpul email list sebanyak itu hari ini adalah terdiri daripada mereka yang telah melibatkan diri dalam dunia perniagaan internet sejak sekian lama. Mereka ini adalah satu kumpulan kecil yang telah menghidu peluang berdasarkan pengalaman mereka dalam memasarkan produk mereka sendiri.

http://www.rahsiaemailistsendiri.com

Mungkin anda beranggapan semua email list di pasaran Malaysia telah dikebas oleh otai-otai. Sebenarnya tidak juga. Walaupun mereka otai, mereka tidak melakukan semua niche yang ada potensi untuk dijual. Setiap otai juga mempunyai kemahiran yang berbeza. Persaingan untuk merebut email list memang berlaku tetapi setiap orang mempunyai daya penarik yang tersendiri.  Jika anda mampu mengubah situasi dalam persaingan kemungkinan list daripada otai boleh beralih kepada anda.

Walaupun pasaran di Negara kita agak kecil berbanding Negara-negara lain seperti Indonesia dan Thailand. Ini bukan alasan untuk kita meremehkan usaha untuk mengumpul email list sendiri. Ramai orang telah buat duit sehingga 6 angka dengan memilikki email list ini.

Sebagai seorang full timer atau part-time dalam bidang ini jika anda tidak mengumpul senarai email list sendiri dari sekarang anda seperti membuang masa berharga anda dengan sia-sia dalam bidang perniagaan internet. Mungkin anda mengatakan kuasa forum juga penting untuk pemasaran produk. Orang yang datang ke forum boleh datang dan pergi.

Saya melihat ramai beginner berhenti di pertengahan jalan dalam usaha mereka mengumpul senarai email list sendiri. Saya katakan begitu kerana apabila anda masuk ke dalam beberapa kempen yang dijalankan oleh beginner sebelum ini mereka seperti berhenti di separuh jalan. Contohnya begini saya ada memasukki kempen beberapa orang beginner tetapi sekarang saya tidak lagi menerima email daripada mereka. Saya mengandaikan mereka telah meninggalkan usaha mereka untuk mengumpul email list atau mereka beralih kepada bidang lain kerana mungkin tiada pulangan yang mereka dapat. Satu kesilapan yang dapat saya kesan ialah apabila anda menghasilkan produk dalam niche yang dikuasai oleh otai anda tidak akan berjaya contohnya ramai orang ingin menghasilkan produk yang mudah seperti affiliate. Pada hal affiliate merupakan makanan bagi otai-otai di Negara kita. Jika anda orang baru saya nasihatkan anda lupakan untuk buat produk affiliate.

Anda perlu cari kelainan, itu yang yang paling mustahak. Pasaran untuk mengumpul email list sendiri masih lagi terbuka luas di Malaysia. Mungkin dalam beberapa niche seperti affiliate, buat duit dan sebagainya yang berkaitan internet marketing anda tidak berpeluang untuk mencipta big money tetapi bagi niche lain potensi untuk buat big money masih terbuka luas.

Mungkin ada fakta yang saya nyatakan diatas salah tetapi saya menulis berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya selama 3 tahun memerhati di dalam akaun yahoo dan gmail yang saya milikki.

Apa yang baik datangnya dari Maha Pencipta Allah swt dan apa yang kurang adalah hasil daripada kesilapan saya sebagai manusia biasa.

Mengenai Penulis

Cikgu Zarihan atau lebih dikenali jiheccc mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet  sejak tahun 2009. Minat yang mendalam dalam bidang penulisan membuatkan beliau memilih perniagaan Internet dalam mencita ebook untuk meluahkan buah fikiran beliau, menambah ramai kenalan dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.rahsiaemaillistsendiri.com untuk mempelajari cara-cara untuk berjaya buat duit di internet.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Cikgu Zarihan Yunus di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Rahsia Email List Sendiri” kepada link affiliate anda untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.

Bookmark and Share


This entry was posted on Friday, February 24th, 2012 and is filed under advertorial. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Pendedahan Eksklusif !!!! Rahsia Email List Sendiri Dari Sudut Perspektif Seorang Newbie”

  1. smartusaha on March 4th, 2012 at 3:10 pm

    Tahniah cikgu Zarihan. Saya telah baca panduan tersebut yang mudah difahami.

Leave a Reply